LCN 20

12K 405 188
                                    

∴━━━✿━━━∴
ʟᴀ ᴄᴏsᴀ ɴᴏsᴛʀᴀ

Markas bawah tanah itu dipenuhi dengan anak-anak buah Ayden. Ayden sedang menerangkan strategi rancangan yang telah dibincangkan. Serangan ini akan diketuai ahli Brighton mengikut kepakaran masing-masing.

"Faham semua. Aku nak rancangan ni berjalan dengan teratur. Dismiss" tegas Ayden.

Bilik itu kini hanya tersisa Ayden dan Brighton. Ayden menghenyak punggung pada kerusi. Dia meraup muka sebelum memejamkan mata. Urat jejaka itu timbul di sekitar leher dan lengannya seperti sedang memikirkan sesuatu.

Ayden berubah dingin sejak hari Ella diculik. Hatinya tidak tenteram selagi gadis kesayangan tiada di depan mata.

Brighton mengambil tempat duduk.

"So, bila kita nak serang?" Rico menyoal apabila mereka hanya mendiamkan diri.

"Today" sepatah Ayden menjawab.

"Aku tak nak dengar apa-apa. Get out" sebelum sempat Rico mencelah Ayden sudah memotong.

Nampak benar jejaka itu tidak mahu diganggu. Rico mencebik lalu keluar diikuti yang lain tanpa banyak bunyi.

Ayden menghirup secawan kopi. Kopi yang sememangnya asli pahit semakin bertambah pahit dengan masalah yang berlaku. Dia bangun dan melihat sekeliling. Sudah tiga hari mereka di German.

Markas bawah tanah ini merupakan salah satu tempat persembunyian Ayden yang terdapat di German. Mereka bersembunyi sebelum memulakan serangan hendap kerana anak buah Cattivo begitu banyak di serata tempat.

Ella terhuyung-hayang di dalam  mansion itu mencari seseorang. Setiap kali ada maid yang melintasinya pasti ditahan untuk menanyakan tentang keberadaan seseorang. Dan jawapannya pasti gelengan.

Ella mengeluh. Dia berjalan disekiyar tingkat ketiga. Ella mengecilkan mata apabila telinga menangkap bunyi seseorang yang sedang bercakap. Dia berjalan ke arah pintu bilik yang tidak ditutup rapat.

Bunyi yang kedengaran sayup-sayup tadi kini mula kedengaran jelas.

"Bersedia malam ni. Aku tahu Demon dah rancang sesuatu. Nampaknya dia tak cukup bijak"

Ella mendekatkan telinga di permukaan pintu. Dia yakin itu suara Shawn.

'Demon?'

Itu code name Ayden. Apa yang Ayden rancang?

Bunyi panggilan ditamatkan, membuatkan Ella kembali ke realiti. Dia berdehem dan menolak pintu bilik itu.

Shawn yang berada di dalam tersentak seketika sebelum memberikan senyuman mencurigakan. Mukanya kelihatan resah. Barangkali takut Ella terdengar perbualannya di telefon bersama seseorang.

"Aku cari kau daripada tadi. Rupanya dekat sini" Ella memberikan senyuman manis seperti tiada apa yang berlaku.

"Kau tak dengar apa-apakan?"

"Dengar apa? Aku baru naik" Ella menayangkan wajah blur.

"Nothing. Kenapa cari aku ni?" Shawn menghembuskan nafas lega.

Ella semakin bertambah curiga.

"Saja. Bosan"

"Come here" Shawn memanggil sambil menepuk pehanya.

Ella menuju ke arah Shawn. Dia duduk di atas peha lelaki itu. Shawn meletakkan sebelah tangannya pada pinggang Ella untuk menampung tubuh gadis itu daripada jatuh.

La Cosa Nostra Where stories live. Discover now