155

267 32 0
                                    



6 Pesanan Imam Al-Ghazali

-Apabila berjumpa dengan kanak-kanak,
anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.

-Apabila berhadapan dengan orang tua pula,
anggaplah mereka lebih mulia
kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.

-Apabila berjumpa orang alim,
anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.

-Apabila melihat orang jahil,
anggaplah mereka lebih mulia kerana mereka berbuat dosa atas kejahilan sedangkan kita berdosa dalam keadaan mengetahuinya.

-Apabila berjumpa orang jahat,
jangan anggap kita lebih mulia.
Mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu akhirnya kehidupan kita.

-Apabila bertemu orang kafir,
katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

❆Islamic Quotes❆ «PEDOMAN» ✔Where stories live. Discover now