42. Bilik Muzik

2.6K 186 4
                                    


"Duduk sini."arah Blaze sambil menepuk tempat kosong di sebelahnya.

Hana pandang sekeliling bilik muzik itu dengan renungan hairan."Buat apa kita dekat sini?"tanya dia.

Blaze yang duduk menghadap piano tu pandang jengkel ke Hana. Kenapa la susah sangat bercakap dengan Hana ni?Ada je songehnya.

"Kau ni kalau di cakap sekali tu dengar terus tak boleh ke?Perlu banyak bertanya?Duduk aje la!"arah Blaze dengan jengkel.

Hana berkerut kening tak puas hati dengan sikap bossy Blaze. Dengan muka bercemberut tak puas hati, dia duduk di kerusi piano itu. Meninggalkan jarak beberapa inci di antara mereka.

Blaze kerling ke kanannya sebelum melepaskan keluhan letih apabila melihat jarak mereka berdua. Nak je dia beritahu Hana yang dia tak suka berjauhan dengan Hana. Kalau bukan sebab ego...memang tak dia nak beritahu.

Terus Blaze hulur tangan ke belakang badan Hana. Dia pegang pinggang gadis itu dan menarik Hana untuk merapatkan jurang mereka berdua sehingga lengannya berselisih dengan lengan Hana.

Hana menahan nafas terkejut apabila tangan Blaze menyentuh pinggang dan tubuhnya berlaga dengan tepi badan lelaki itu. Dengan muka terkejut dia berpaling memandang Blaze. Keningnya berkerut tak faham. Lelaki ni memang tak boleh nak letak tangan dekat diri sendiri ya?Sesuka hati je pegang orang!

"Senior...apa sebenarnya kita buat dekat sini? Saya ada kelas yang kena hadiri. Lain lah senior. Boleh buat ikut suka sebab tempat ni parents senior yang punya. Tapi tidak saya. Saya ada gred yang saya kena jaga. Ada hati ibubapa yang saya kena jaga. Masa depan yang kena secure. Diri yang kena jaga. Kalau senior nak ponteng kelas atau buat sesuatu di luar jadual...sampai jejaskan gred sendiri jangan libatkan saya-"bebel Hana tanpa henti.

Blaze buat muka jengkel lantas memalingkan mukanya ke sisi dan sondong merapatkan wajahnya ke wajah Hana. Tanpa amaran dia mengucup tepi bibir gadis itu sepintas lalu.

Tindakan itu terus membuatkan Hana terdiam serta merta. Mata gadis itu terbutang kaku apabila pipinya dikucup dengan Blaze begitu sahaja.

Keadaan menjadi senyap serta merta.

"Good."ucap Blaze bila Hana mendiam beberapa saat kemudian."Sekarang diam dan dengar."arah Blaze sebelum tunduk memandang papan kekunci piano.

Hana menelan air liur saat menahan diri dari bersuara. Takut kalau lelaki itu cuba mengucupnya semula.

Perlahan-lahan jari jemari runcing Blaze mula menari di atas papan kekunci piano dengan anggun sekali. Menghasilkan alunan lagu yang mendayu-dayu menenangkan telinga mendengar.

Hana yang lihat terpegun sendiri disitu. Dia memandang jari jemari Blaze tetapi tidak lama selepas itu dia memandang tepi wajah Blaze pula. Menilik rupa paras tenang tanpa emosi marah atau menakutkan itu dengan sengih fangirlnya.

Lama Hana tatap tepi muka Blaze sampai tidak berkedip matanya. Terpegun dengan ketampanan Blaze. Like a perfect  drawing, semuanya nampak sempurna dan menggamit hati kecilnya.

Tapi itulah kan.

Macam mana ya lelaki ni boleh nampak menjengkelkan dan dalam masa yang sama menggamit hati?

Blaze memalingkan mukanya sewaktu jari jemarinya masih menekan papan kekunci piano apabila perasan dirinya di perhatikan. Dan apabila dia bertemu mata dengan Hana, Blaze menarik senyuman ikhlasnya. Hujung bibir ikut terjungkit manis.

Hana yang melihat senyuman itu ibarat dipanah cupid cinta. Nafasnya tersekat di kerongkong. Jantungnya seakan berhenti berdetak apabila melihat senyuman yang tidak pernah dia lihat di wajah Blaze muncul di bibir itu. Yang mana berjaya mencuit hati dia.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now