37. Bengang

2.5K 177 5
                                    

Tak tahu la kenapa.

Angin apa dah melanda. Saka apa dah merasuk. Hormon apa yang terlebih.

Blaze Hunter bercelaru.

Seharian ini dia tiada mood. Segalanya yang ada di depan mata menjengkelkan dia. Segala perkara yang dia dengar menyakitkan hati dia. Setiap kehadiran yang muncul merimaskan dia. Pendek cerita, semuanya salah. Tiada yang betul.

Sampaikan semua orang yang melintasi Blaze akan jadi mangsa amarah dia!

Dua cawan berisi kopi ais dituang atas kepala pelajar perempuan yang berdiri di depannya tanpa perasaan. Habis kuyup rambut pelajar perempuan bertubuh gempal depannya.

"Sekarang kau rasa sedap ke tak sedap air yang kau bawakkan untuk aku ni?"soal Blaze sebelum mencampak cawan plastic yang kosong ke lantai dengan kasar. Hah!Sudahlah hati dia tengah mengelegak panas. Ditambahkan lagi dengan kesalahan remeh macam ni!Memang cari pasal la namanya.

Pelajar perempuan itu menikus kerana terkejut apabila cawan itu menghentak lantai. Kepalanya tunduk memandang ke lantai sebab tak berani nak pandang wajah menakutkan Blaze.

"Now move your fat ass and fetch me new order!"arah Blaze.

Pelajar perempuan tu angkat kepala. Memandang sedih ke Blaze.

"Tapi senior saya ada kelas sekejap lagi. Kalau lewat saya akan dihukum."kata pelajar perempuan itu.

"PERGI!"bentak Blaze tak semena depan muka pelajar perempuan tu. Langsung tak peduli untuk dengar kata-kata pelajar perempuan tu.

Melompat terkejut pelajar perempuan tu bila suara lantang lelaki itu memenuhi gegendang telinganya. Air mata yang bertakung dekat kelopak mata terus jatuh ke pipi.

"Baik."balasnya dengan patuh sebelum berpaling dari situ dengan kepala tunduk memandang ke lantai.

Blaze yang keberangan tu mencekak pinggang dan kembali menghadap jendela bilik umum khasnya. Dia pandang keluar tingkap, melihat pokok-pokok kanopi berwarna hijau memenuhi laman belakang bangunan tersebut dengan kening berkerut.

Serabut betul kepala dia bila Hana tak ada. Kalau Hana ada, gadis tu yang jadi tempat dia lepaskan perasaan. Ini tidak bayang tak ada kelibat pun tak ada. Makin bengang dibuatnya.

"Kau tahu kau tak perlu buat macam tu sekali?"tegur Yuta di belakang tiba-tiba.

Blaze mengetap rahang menahan sabar. Haish! Masa ni jugak nak menyemak. Asal ya tak boleh biarkan dia sendirian buat sementara waktu? Blaze hanya mendiamkan diri, dia tak balas.

Yuta ambil tempat di sofa lalu duduk menyilang kaki dengan buku di tangan. Dia selak sehelai muka surat sebelum mula membacanya.

"Kalau kau marah, lepaskan dekat aku. Bukan dekat orang lain."aju Yuta lagi.

Barulah Blaze berpaling, dia pandang Yuta dengan renungan skeptikal. Memang dia marahkan Yuta. Dia benci pada Yuta, Ikutkan hati dia nak tumbuk muka lelaki depannya ini sampai tak ada rupa langsung.

Masalahnya sekarang kalau dia buat macam tu, dia hanya akan dapat masalah dari ayahnya. Yuta kan anak kesayangan ayahnya. Dan Yuta tahu tentang hal tu. Sebab tu lelaki ni boleh berlagak tunjuk kuat depannya.

"Kau nak apa?"soal Blaze sambil mengepal penumbuk.

Yuta mengangkat kepala dari bacaannya.

"Kau tahu Hana pergi mana?"soal Yuta.

Blaze mengecilkan mata saat mendengar soalan itu.

"Sekalipun aku tahu dia dekat mana, buat apa aku beritahu kau?"balasnya dengan jengkel.

Yuta menggeleng kepala lalu kembali tunduk memandang buku bersama senyuman sinis di bibir.

"Dia ada dekat hospital sekarang."jawab Yuta bersahaja. Sempat dia tersengih selepas itu.

Bahu tegang Blaze jatuh hilang semangat selepas mendengarnya. Kerutan di kening terus kendur.

"Aku dengar dia tak sihat sebab demam panas. tengah malam tadi suhu badan dia cecah 47 darjah. Dia kena tahan wad lewat malam tadi. Aku beritahu kau kalau kau tak tahu..."maklum Yuta. Dia sendiri tahu pun dari pelajar perempuan kelab catur yang di ayat sikit untuk dapatkan maklumat gara-gara tak nampak Hana satu hari ni.

"Asal kau beritahu aku semua ni?"soal Blaze.

Yuta selak helaian muka surat seterusnya.
"Mana tahu kau still clueless tentang keberadaan dia."lelaki itu mengangkat kepala memandang mengejek akan Blaze.

Blaze berasa jengkel dengan perangai berlagak Yuta. Memang lelaki tu tak tunjuk tapi Blaze boleh rasakannya.

"Kata suka, takkan lah tentang dia satu pun kau tak tahu?"perli Yuta."Kau tahu, aku lebih tahu tentang dia di bandingkan kau, still kau cabar aku untuk berebutkan dia?"Yuta lentokkan sedikit kepalanya ke kanan.

Kening Blaze berkerut tak faham lepas dengar. Dia sedia maklum tentang perasaan Hana terhadap Yuta. Tapi tak tahu pula dia apa perasaan Yuta terhadap Hana. Lagipun Yuta kenal ke Hana tu?

"Kau apa?"tanya Blaze sambil mengepal penumbuk marah.

"Aku sukakan Hana."sebut Yuta dengan berani.

Rahang Blaze berketik kebengangan apabila dia mendengar kenyataan itu. Memang tak la!

"So?"soal Blaze dengan renungan mencabarnya.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now