25. Party Pooper

2.7K 194 0
                                    

Rancangan tidak menjadi setelah Hana tiba di kediaman utama keluarga Hunter. Meriah tu memang meriah, tapi bayang Blaze langsung tidak kelihatan di parti itu. Hanya Yuta dan tiga lagi rakan lelaki itu saja yang kelihatan.

Hana rancang nak kenakan Blaze dengan meletakkan julap dalam minuman lelaki itu biar tercirit-cirit lelaki tu nanti, tapi tak boleh nak buat kalau mangsanya tiada. Buatkan kehadirannya di situ berasa sia-sia. Entah apa-apa la, buat parti tapi host tak ada. Kalau macam tu baik tak payah buat langsung.

Jadi masa semua orang hiburkan diri dengan minuman, makanan serta tarian, Hana di penjuru sendiri menghadap telefon. Main game catur online dengan lawan-lawan yang menjemput dia masuk ke permainan. Tiada mood hendak berparti seperti yang lain.

"Hana...sinilah menari!"panggil Nadine di petak menari sewaktu Adam memusingkan badannya.

Hana yang dengar hanya menggeleng kepala enggan. Bukan style dia semua ni. Sudahlah bingit, sibuk pula dengan orang. Pening kepala dibuatnya. Malas nak lama-lama dekat situ, Hana keluar dari rumah. Dia jalan ke laman berumput rumah tersebut.

Sunyi gelap dan sejuk. Itulah perkara pertama yang terlintas dalam fikiran Hana lepas dia berdiri dekat laluan pavement belakang laman tu.

Rumah agam itu sangat besar dan luas. Hampir seluruh hektar tanah di disitu penuh dengan tumbuhan hijau. Silap hari bulan mahunya harimau berkeliaran dekat kawasan hutan tu sebab luas dan menyeramkan setiap kali dipandang.

Yalah mana tahu keluarga Hunter berminat hendak bela harimau. Tak masuk akal?Well kalau perangai Blaze yang sentiasa tak masuk akal apa nak di hairan kan.

Sedang Hana asyik memerhati sekeliling tempat itu, Hana terdengar bunyi yang datang dari semak berdekatannya.

Terus tegak bulu roma dia!

Huissh! Apa pulak tu?

Takkanlah harimau?

Kssk!Kssk!

Sekali lagi bunyi pelik kedengaran. Hana menjadi Hana, gadis yang suka ingin tahu atur langkah ke punca bunyi tersebut. dia angkat kain dress yang labuhnya tu ke atas apabila kasut tumit tingginya memijak permukaan berumput.

Dia jengah kepala melihat dibalik tumbuhan renek di situ. Bersumberkan cahaya lampu dari telefon bimbit Hana suluh ke dalam kegelapan. Dia suluh dan suluh mencari sesuatu dalam kegelapan penuh debaran di dada.

Tanpa Hana sedar satu kelibat bayang menyelubungi badannya dari belakang. Sesaat sebelum Hana sempat berpaling dia disergah.

"Boo!"sergah satu suara dari belakang.

"Argh!"jerit Hana dengan mata terpejam.

Satu sentuhan di bahu membuatkan Hana melompat terkejut semasa berpaling sebelum kakinya hilang keseimbangan dan bergerak hendak terjatuh ke belakang.

Masa itulah satu tangan melingkar sekeliling pinggang Hana dan menarik dirinya rapat ke dalam pelukan.

Hana membuka mata apabila merasakan deru nafas hangat menyapa wajahnya. Sebaik dia buka mata, hanya membuatkan dia bertentang mata dengan sepasang mata hazelnut.

Terus tersekat nafas Hana dalam kerongkong sejurus sedar siapakah gerangan orang di depannya.

Blaze Hunter!

"Aku rasa kau kena jumpa coordinator untuk latih kau berjalan supaya berhenti dari terjatuh."komen suara itu. Membuatkan Hana tersentak membutang mata terkejut.

Namun tak lama lepas tu, Hana sedar dari terkejut sebelum dengan marah Hana tolak dada Blaze jauh darinya. Tapi tangan lelaki tu erat melingkar sekeliling pinggang buatkan dia hanya semakin rapat pada dada tu setiap kali dia cuba menolak.

"Apa masalah senior ni! Kenapa suka sangat buat saya?Apa salah saya dekat senior hah? Senior nak saya meninggal sakit jantung dekat sini sangat ke!"Hana pukul-pukul dada Blaze dengan bengang. Lelaki mental ni kena masuk hospital betul la!

Blaze hanya menatap wajah yang disimbahi cahaya bulan penuh malam itu tanpa bersuara. Matanya melihat bibir yang bergerak tanpa henti dengan lama tidak berkedip.

"Lelaki menjengkelkan! Macam mana kalau kalau saya kena heart attack betul-betul? Huh? Senior nak bertanggungjawab?Senior tak fikir ke apa perasaan orang yang saya tinggalkan nanti?Sukalah senior tengok saya mati sendiri dekat sini tanpa saksi. Saya tak nak mati muda. Ada banyak benda saya nak buat-"Hana berhenti bercakap bila dia bertentang mata dengan Blaze yang sejak tadi mendiamkan diri.

Blaze memandang tepat ke mata Hana sambil melentokkan kepala sedikit ke kanan sewaktu mengeratkan pelukannya pada badan Hana. Gadis ni sangat hangat. Sampai dia boleh rasa bahang dari badan ni.

"Kenapa diam?"tanya Blaze dengan perlahan sewaktu meletakkan tangan sebelah lagi di belakang badan Hana. Menolak Hana supaya sandar rapat lagi padanya. Sampaikan hidung gadis itu bertemu dengan hujung hidung dia. "Teruskan bebelan kau tu sebab aku suka bagi hukuman biasa aku dekat kau.."mata Balze tunduk memandang bibir Hana pula.

Hana menelan air liur gemuruhnya. Terus teringat dia pada kejadian di belakang lorong tempoh hari. Sepatutnya dia maki dan hamun lelaki di hadapannya ini. Namun begitu lain pulak yang dia rasa sekarang!

Perasaan lega dan senang setelah melihat wajah lelaki depannya buatkan Hana terkedu. Kenapa lelaki ni beri kesan yang mendalam terhadapnya?Menjengkelkan betul!

Mereka berdua saling merenung mata masing-masing tanpa berkelip buat seketika. Melihatkan Hana tenang dan tidak bergelut, Blaze menarik senyuman nipis di bibir. Cantik rupanya si duck face ni ya?

Hana tersentak kecil lepas tengok wajah Blaze tersenyum padanya. "Kenapa?Ada yang lucu pada muka saya ke?"

Blaze menggeleng kepala.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now