14. Rakan Sebilik

2.8K 196 7
                                    

Ketika loceng terakhir bergema, maka berakhirlah sisi pembelajaran pada petang di Akademi Cross Swords itu. Para pelajar mulai beransur ke dormintori masing-masing pulang dari aktiviti kelas dan kelab.

Ace buka pintu biliknya ke dalam. Sebaik Ace berjalan masuk, dia melihat seorang daripada roommatenyan sedang baring di atas katil dengan telefon di tangan. Berkerut kening menyentuh itu dan ini di skrin telefon tersebut.

"Awal kau balik hari ni?"soal Ace sambil meletakkan beg di kaki katil sebelum menanggalkan kot di badan. Dia pandang akan susuk panjang yang merentangi katil yang agak kecil untuk orang itu.

"Sir tak datang."balas rakannya acuh tak acuh.

Ace buka butang baju sebelum bergerak ke arah almari pakaian. Hendak mandi sebab badan dia dah melengas dengan peluh. Badan dia juga dah penat sangat ni. Kalau sempat nanti lepas mandi dia nak terlelap sekejap sebelum waktu makan malam tiba.

"Wei...kau tahu nak bukak password telefon tak?"tanya roommatenya tadi di atas katil.

Ace berpaling menghadap katil itu dengan tangan masih membuka butang baju kemeja sewaktu pintu biliknya terbuka. Renungannya terarah hairan. Dah kenapa pulak tanya macam tu.

Pada masa yang sama, ketika itu juga rakan sebiliknya kedua Ace berjalan masuk. Orang berpakaian jersi tenis itu melewati hadapan Ace tanpa menegur.

"Kenapa kau tanya?Memangnya kau lupa password ke Blaze?"soal Kim Yuta tidak semena.

Ace mengerling ke arah Kim Yuta sebelum ke Blaze Hunter.

Blaze bangun dari baringnya lalu tunduk memandang skrin telefon di tangannya. Entah apa-apalah yang Si Duck Face telah letakkan sebagai password. Dia dah tekan pelbagai digit,tapi satu pun tak masuk.

"Ha'ah..."jawab Blaze.

Ace jalan mendekati katil Blaze. Lalu menghulur tangan untuk meminta.

"Sini...bagi aku tengok.."

Blaze mengangkat kepala lalu menyerahkan telefon skrin sentuh berkeychain 'heart' pada Ace.

Yuta berdiri di sisi Ace untuk lihat apa yang berlaku. Dan bila Ace tekan butang tepi telefon, wallpaper bentuk 'heart' terpapar.

"Wow...aku tak tahu pulak cita rasa kau girlish?" komen Ace yang mengundang tawa kecil dari Yuta.

"Heart kau...class gitu."komen Yuta sewaktu memegang keychain pada telefon tersebut.

Blaze menjuling mata menyampah. Sebab phone tu bukan dia yang punya!

"Diamlah kau...bukak jer telefon tu.."

Ace tekan beberapa digit yang kemungkinan menjadi password telefon Blaze. Setelah ditekan beberapa kali password telefon itu berjaya dipecahkan.

"Dah..."Ace menyerahkan telefon itu kepada Blaze semula. "Itu bukan telefon kau kan?"soal lelaki itu selepas Blaze capai telefon itu.

Blaze kembali baring di atas katil dan mula menggeledah telefon Hana. Dia nak cari sesuatu yang dia boleh gunakan untuk kenakan gadis tu nanti.

"Apa kau cakap ni...ini telefon aku lah."nafi Blaze sewaktu menyentuh ikon galeri telefon itu. Tidak terkejut bila melihat kebanyakan gambar di situ adalah gambar Yuta. Ish!Buat spoiled pandangan mata dia aje la!

"Kau pengguna Iphone bukan slide....siapa pulak jadi mangsa kau kali ni?"seloroh Yuta semasa menanggalkan jersi dari badannnya.

Blaze tekan semua gambar Yuta dan padam semua gambar itu dari galeri tersebut. Heh! Padan muka!

"Aku guna dua telefon lah...dah lah mandi sana busuk..."halau Blaze semasa pintu bilik terbuka sekali lagi. Dan kali ini rakan sebilik terakhir pulak yang pulang.

Rakan sebilik keempat mereka berjalan masuk dengan tangan penuh buku di dalam pelukan.

"Oii....Kau orang semua dah balik.."sapa Adam sewaktu bergerak ke arah meja belajarnya dan meletakkan buku serta fail di atasnya.

Dengan serentak mereka yang ada dalam bilik itu menyahut sapaan itu.

"Oii!"balas mereka sewaktu melakukan hal masing-masing.

Seorang di atas katil, seorang sedang tunduk mengeluarkan barang dari dalam almari, seorang sedang berjalan mendekati pintu bilik air.

Blaze yang ada di atas katil memegang telefon sudah menahan ketawa dari meledak sewaktu melakukan sesuatu pada telefon Hana. Padan muka perempuan tu nanti! Nak cari pasal dengan dia kan! Sekarang tengok la!Siapa bos siapa kelindan!

"Dah kenapa kau tersengih-sengih macam tu?"tegur Adam kepada Blaze sebaik menyedari rakan sebiliknya kelihat riang semacam. Jarang dia lihat wajah serius Blaze mengukirkan senyuman.

"Nothing....just this and that.."jeling Blaze sekejap ke Adam sebelum pandang ke telefon semula.

3. Prince Charming Untuk Clumsy CinderellaWhere stories live. Discover now