"Sial lah dia! Nasib tak makan kaki aku!".

"Esok kita semua pergi bercuti", kata Hayes tiba-tiba.

"What!!", jerit mereka semua termasuk Alec dan Harry Yang baru bangun. Dengar bercuti terus nampak biji mata!

Vacay on again!

🥀🥀🥀

Esok merupakan hari mereka sekeluarga bercuti beramai-ramai. Macam hari keluarga Yang biasa dilakukan oleh sesetengah orang untuk mengeratkan silaturrahim. Oleh itu, hayes ingin membawa Zaskia keluar.

"Awak dah siap?", tanya Hayes kepada zaskia yang baru muncul dari bilik.

"Dah tapi kita nak pergi mana?".

"Ada la. Rahsia!". Hayes mengenyitkan matanya lalu merangkul pinggang zaskia.

"Korang nak pergi mana?", tanya Harry.

"Hal rumah tangga.Jangan sibuk".

Usai berkata dia terus menarik zaskia agar mengikutinya. Tiba-tiba telefon hayes berdering. Hayes terus mengangkat.

Zaskia hanya mendengar perbualan antara Hayes dengan si pemanggil dalam bahasa asing. Serius betul wajah Hayes. Habis sahaja perbualan, hayes mengeluh.

"Kenapa ni?". Zaskia mengangkat wajah hayes.

"Sorry sangat-sangat sayang. Saya betul-betul kena pergi. Saya ingat nak bawa awak pergi mall tadi, beli untuk esok. tiba-tiba ja ada orang call cakap urgent", terang Hayes panjang lebar. Zaskia hanya senyum sambil mengusap pipi Hayes.

"It's okay. Saya tahu awak kena cepat. Tak apa. Lain kali ada masa lagi kita pergi jalan ya?". Hayes mencium dahi Zaskia sebelum memeluknya.

"Thank you sebab memahami saya. Im really really really sorry". Zaskia ketawa sebelum membuat isyarat 'OK'.

"Tak apa Hayes. Biar kitaorang bawa zaskia".

Zaskia dan Hayes terus memusingkan badan mereka melihat gerangan lembaga yang bercakap. Hayes dan Alec sudah siap dengan pakaian yang segak. Nampaknya mereka terdengar perbualan Hayes dan Zaskia.

"Biar betul? Telinga lintah ke telinga gajah? Cepatnya korang siap. Tak payah la. Korang bukan reti jaga isteri aku pun".

"Siapa cakap?".

"Haritu aku tinggal kejap je dia dekat kau, last-last ada dalam kereta kebal". Harry buat-buat tak dengar.

"Ala boleh la Hayes. Aku teringin nak bawa zaskia pusing-pusing Maldives ni", kata Alec dengan bibir yang mencebir.

Hayes pandang zaskia meminta kepastian. Zaskia sudah buat muka kesian. Alahai cair hati pula tengok muka comel tu!

"Please".

Tangan kiri dan kanan zaskia bersatu. Matanya dikelip beberapa kali. Hayes menghembus nafas berat. Berat hati pula rasa nak lepaskan zaskia kat budak dua orang ni.

"Promise me you will take care yourself no matter what?". Hayes sudah mula buat akur janji.

"Promise!".

"With all of your heart?".

"Yes jefe!".

"Okay then. Awak boleh pergi". Zaskia sudah bersorak kegembiraan bila Hayes bagi greenlight. Harry dan Alec sudah mula bergerak ke bot untuk ke jeti.

THE HITMAN SECRETÒ✔️Where stories live. Discover now