𝒸 𝒽 𝒶 𝓅 01

3.1K 255 155
                                    

Disclaimer: i know nothing about royal life so pls excuse me. This is just fictional and DO NOT claim this story as logical story line.

This story full of fantasy storyline. This story totally tak logic so dont bother utk 'logikkan" cerita ni. This is MY IDEA and MY STORY LINE. If ada yg tersama dengan mana ii cite author minta maaf dahulu.

____________________________________

Sang matahari menyimbahkan panasnya. Angin sepoi-sepoi bahasa memenuhi ruang udara. Sebuah desa kecil indah terletak tidak jauh dari pekan. Pokok-pokok hijau tumbuh dengan subur. Desa lama yang semakin kehilangan daya tarikan dari orang bandar.

Srettt srettt

bunyi daun kering berlaga sesama sendiri kedengaran. Tubuh tua itu berbongkok sedikit untuk membersihkan halaman rumahnya.

Rambut uban disimpul tinggi. Meskipun sudah dimamah usia namun tenaganya masih banyak dan cukup untuk melakukan kerja-kerja rutinnya.

Prang!!

Besi buruk itu dicampak tanpa mempedulikan di mana ia mendarat. Wanita tua yang sedang tenang melakukan kerjanya menoleh ke arah kirinya.

"Astagfirullahalazim Febrina Chalinda"

seorang wanita muda. Mungkin dalam awal 20-an. Dari raut wajahnya memang jelas kelihatan wanita cantik itu sedang menahan amarahnya.

"Febrina berhenti kerja" punggung dilabuhkan. Tangannya disilang ke dada. Nafasnya turun naik. Tak tahu sama ada terlalu marah atau penat mengayuh basikalnya.

Penyapu lidi yang dipegang erat diletakkan di tepi dahulu. Figura tua itu berjalan mendekati cucunya sebelum punggung dilabuhkan di sebelah wanita itu.

"kenapa lagi?"

"Orang tua tu ada ke suruh Febrina jadi bini keempat dia. Dia dah gila ke apa. Dia siap cakap nanti restoren tu dia akan bagi Febrina. Dia dah tak betul lah nek. Geram betul orang tengok dia" bagai peluru perkataan yang dikeluarkan. Agaknya tarik nafas pun tak sempat gamaknya.

Nenek hanya tersenyum kecil. Ada -ada sahaja cucunya ini. Entah kali ke berapa cucunya ini bertukar tempat kerja tetapi dia juga tak mahu memaksa. Kalau dah Febrina tak berkenan kerja di situ nak buat macam mana. Ada lah rezeki lain Allah nak bagi.

"Istighfar banyak-banyak Na. Tak elok marah-marah. Cucu nenek kan seorang yang penyabar" Peha cucunya diusap lembut.

Berkurang sedikit amarahnya tadi. Nasib baik ada nenek kesayangan yang mampu meredakan api amarahnya yang marak.

"Esok Febrina cari kerja lain eh nek. Sorry Febrina asyik tukar kerja je" bibirnya dimuncungkan sedikit.

Wanita tua itu hanya tersenyum kecil. Sepatutnya dia yang perlu meminta maaf kerana sudah menyusahkan cucunya ini. Disaat anak seusia Febrina berjuang di institusi tinggi bagi mendapatkan sijil yang tinggi buat diri mereka malah Febrina di kampung ini harus melupakan hasratnya untuk menyambung pelajaran demi menyara neneknya yang kian uzur.

Ibu dan ayah Febrina sudah lama meninggal dunia. Mungkin ketika dia masih kecil lagi. Dia pun sudah tidak berapa ingat raut wajah mereka.

I'm Not A PrincessWhere stories live. Discover now