25

4.2K 133 0
                                    

TANGANNYA meraba- raba sesuatu di sebelahnya. Farisya pelik kerana selalunya sebelahnya kosong tapi kali ni seperti ada bantal yang besar dan lembut dan juga sedikit keras.

Aik, keras?

Lantas matanya terbuka melihat apa yang dia sentuh itu. Saat dia membuka mata dia rasa mahu masuk ke dalam katil kerana Adrian sedang merenungnya dengan satu pandangan mengusik.

"Its still morning sweetheart. Sabar." Ujar Adrian.

Merah muka Farisya dibuatnya.

"Abang buat apa kat sini? Bukan selalunya abang dah pergi kerja?" Farisya mengubah posisi ke duduk menghadap suaminya.

"Abang cuti." Adrian menarik tangan Farisya menyebabkan wanita itu terbaring di atasnya. "I'm all yours today sweetheart." Pipi Farisya dikucup.

Mendengar ayat itu Farisya rasa mahu menjerit. "You're kidding."

"Mana ada. I'm serious." Balas Adrian.

"Abang pasti?"

"Sangat pasti. You can do anything you want to do with me." Adrian memicit hidung Farisya.

Farisya mula mengukir senyuman jahat. "Anything?" dia merapatkan wajahnya ke wajah Adrian.

Agak was- was Adrian mahu menjawab. "Yes..."

Sudahnya, memang satu hari itu Farisya menggunakan perkhidmatan Adrian dengan sebaik mungkin. Dia pula hanya duduk menggoyang kaki sambil menonton drma korea yang sedang ditayangkan di televisyen.

"Here you go my queen." Adrian meletak sepinggan buah epal yang telah dipotong di atas meja yag berada di tengah ruang tamu itu.

Dia mengambil tempat di sebelah Farisya sebelum dia meletakkan kepala di atas peha isterinya.

Farisya menyuakan sepotong epal ke mulut Adrian. "Thank you abang." Satu kucupan diberi pada dahi suaminya.

Adrian tersenyum kecil. "No problem sweetheart. Lagipun ini memang kerja abang." Dia baring mengiring menghadap perut Farisya.

Pinggang isterinya dipeluk.

Farisya mengusap lembut rambut Adrian. "Abang kerja esok?"

"Yes." Pelukan dieratkan. "Sweetheart," Adrian mengubah posisinya ke duduk. "Abang nak tanya sesuatu boleh?"

"Apa dia?" Farisya duduk bersila menghadap suaminya.

Adrian mencapai kedua- dua tangan Farisya. "Ada apa- apa yang Isya nak cerita kat abang?"

Farisya diam. Dia tahu apa yang suaminya maksudkan. Lambat atau cepat suaminya akan tahu juga bukan?

"Kalau Isya tak nak cerita takpe abang tak paksa."

Farisya menggeleng. "Abang ada hak untuk tahu pasal ni tapi abang janji abang jangan buat benda gila." Bukan dia tidak percaya akan suaminya itu tapi mengenangkan kerja Adrian selain menjadi CEO Fern'z dia perlu juga mendapatkan kepastian.

"Abang tak boleh janji."

Tergelak Farisya mendengar jawapan suaminya. Sudah tentu Adrian akan jawab itu. Memang sudah boleh agak jawapan suaminya itu. "Okay."

10 TAHUN LEPAS

Hari itu Farisya dan Irfan perlu tinggal di rumah bekas orang gaji di rumah mereka memandangkan kedua- dua ibu bapanya perlu outstation dalam masa seminggu.

"Irfan jaga Dina tau." Irfan mengangguk sambil memeluk bahu adiknya dari tepi. "Umi dengan abi pergi dulu. Jangan nakal- nakal." Pesan Datin Fareeda.

Irfan dan Farisya akur.

"Umi dan abi jaga diri ya." Laila memeluk Datin Fareeda sambil membuat muka ingin menangis.

Irfan dan Farisya menjulingkan matanya ke atas. Menyampah!

"Laila pun tolong tengokkan Irfan dan Dina ni. Kalau diorang nakal bagi je tahu umi."

"Umi dah lambat ni. Baik pergi. Nanti tertinggal flight." Ujar Irfan selamba malas nak layan drama tv3 tu.

Makcik Ina yang merupakan ibu kepada Laila menjemput kedua- dua anak bekas majikannya masuk ke dalam rumah.

Penghuni di dalam rumah itu bukan sahaja Laila dan Makcik Ina tapi ada lagi seorang lelaki bernama Aqil. Aqil merupakan sepupu kepada Laila. Dia tinggal bersama mereka kerana kedua- dua ibu bapanya telah meninggal dunia.

Selama lima hari berada situ hanya Aqil sahaja yang rajin berborak dengan mereka.

"Dina, saya ada satu game yang saya pasti Dina akan suka." Ujar Aqil.

"Game apa?" soal Farisya tertarik dengan pelawaan Afiq. Tanpa membuang masa mereka berdua pergi ke bilik Aqil.

Mereka hanya berdua dalam bilik itu tanpa Irfan kerana Makcik Ina pinta pertolongan Irfan untuk membantunya mengangkat barang dapur yang baru sahaja dibelinya.

Mata Adrian ditenung. Air liur ditelan sebelum dia menyambung cerita. "Dia... ehem! Aqil tolak Isya atas katil sampai Isya baring. Dia ikat pergelangan tangan Isya dengan tali. Dia sumbat mulut Isya dengan sehelai kain. Isya... tak mampu nak buat apa- apa selain menangis. Isya..."

Adrian terus menarik Farisya ke atas pangkuan dan memeluknya. Erat.

Bahu isterinya diusap. "Shush... Its okay. I'm here. Abang akan lindungi Isya. Don't worry."

Farisya menyembamkan wajahnya di ceruk leher Adrian. ingin membuang bayangan apa yang terjadi 10 tahun yang lepas.

























My Mafia GuyWhere stories live. Discover now