7

5.7K 192 0
                                    

DALAM masa seminggu Farisya menumpang di rumah Adrian langsung dia tidak bersua muka dengan tuan rumah. Bibir bawah digigit. Hatinya diserang rasa bersalah.

Farisya keluar dari rumah dan melangkah ke arah Leo yang sedang mengelap cermin kereta. "Hai Leo!"

"Hai senora. Dah breakfast?"

"Alhamdulillah dah. Hmm... saya nak minta tolong awak boleh?"

Leo meletak tuala di dalam baldi. "Yes. Anything for you."

"Nak minta tolong awak hantar saya ke airport boleh? Pukul 1:30 petang nanti."

"Sure." Balas Leo.

"Alright, thanks!"

Leo hanya melihat Farisya menghilang ke dalam rumah. Dia tahu ada yang tidak kena dengan hubungan mereka berdua tapi dia tidak boleh buat apa- apa.

Farisya menjengah ke dalam bilik kerja Adrian. Wajah serius lelaki itu ditatap. Dia ingin memohon maaf tapi dia takut.

Badan ditegakkan Kembali. Tangan diangkat bersedia untuk mengetuk pintu bilik itu.

"Masuk." Arah Adrian dari dalam.

Farisya masuk ke dalam setelah menarik dan menghembus nafas 50 kali.

Adrian mengangkat kepalanya untuk melihat siapakah gerangan yang masuk itu. Pen diletak di atas meja. Dia melihat Farisya yang seperti takut- takut itu.

Farisya menggenggam tangannya.

"Saya nak minta maaf pasal hari itu. Saya terlalu selesa. Dan... Terima kasih sebab teman saya, beri saya duduk sini selama seminggu. Terima kasih Ryan... pukul satu nanti saya nak gerak dah jadi sebelum apa- apa saya nak minta maaf pada awak. Maaf ganggu awak kerja. Saya keluar dulu."

Tak sempat Adrian ingin membalas apa- apa Farisya sudah membuka Langkah untuk meninggalkan bilik itu.

-------------[MYMAFI4GUY >,<]-------------

"ASSALAMUALAIKUM, umi, abi." Farisya masuk ke dalam rumah.

"Dina, kata balik minggu depan." Tegur Datin Fareeda melangkah ke arah anak perempuannya itu.

Farisya memuluk tubuh Datin Fareeda dengan erat. "Dina rindu..."

"Yalah tu rindu. Selama study kat situ tiada sibuk pun nak balik." Belakang anaknya ditepuk. Farisya hanya tersengih mendengarnya.

Dia kemudiannya melangkah ke arah Dato' Ikram yang sedang duduk bersama tetamu. Tangan bapanya diambil lalu dikucup. "Welcome home Dina." Tubuh anak gadisnya dipeluk.

"I miss you abi." Dia mengeratkan pelukan.

"Abi pun."

Datin Fareeda tersenyum melihat anak dan suaminya itu. "Dina ni salam bakal mertua awak."

Farisya melepaskan pelukan dan dia melihat seorang wanita yang mungkin sebaya dengan umur uminya. "Maaf auntie..." Farisya mengucup tangan wanita itu.

"Apa auntie lagi, panggil mummy." Lengan Farisya ditepuk lembut.

Farisya tersengih sebelum menjawab, "baik mummy."

-------------[MYMAFI4GUY >,<]-------------

FARISYA mencampak tubuhnya ke atas katil. Penat. Kertas kecil yang berada di dalam tangannya dilihat. Dia melihat isi kertas tersebut. Terdapat nombor telefon seseorang.

Telefonnya dicapai lalu dia mendial nombor tersebut.

"Hello?"

Hampir terlepas telefonnya akibat terkejut. Tetapi suara tadi membuat dia rasa bahawa dia pernah mendengar suara itu. "H- hi assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Balas pemilik suara garau tadi. "Boleh saya tahu siapa yang bercakap dengan saya sekarang?"

"Farisya, tunang awak?"

Ya, tunang. Walaupun baru beberapa minggu yang lepas Irsyad sendiri memutuskan pertunangan mereka. Farisya agak terkejut tapi dia tidak kisah.

Dia berharap kali ini punya tiada perkara pelik yang terjadi.

"Oh, I see." Lelaki itu tergelak kecil. "Maafkan saya. Still out of my reality few minutes ago."

Giliran Farisya pula tergelak. "Jadi, ada apa- apa yang saya boleh bantu?"

"Oh, maaf saya kacau awak... Mummy suruh saya call tadi."

"Tak apa. Saya okay je. So, we will meet this Saturday?"

"Hmm nampaknya begitulah." Kain katilnya dikuis- kuis.

Lamajuga mereka berborak sehingga terlupa yang masing- masing masih lagi orang asing



























My Mafia GuyWhere stories live. Discover now