23

4.2K 133 8
                                    

SEJAK kejadian beberapa hari yang lepas Adrian mengetatkan lagi kawalan di sekitar rumahnya.

"Abang bagilah Isya keluar. Sekejap je. Isya bosanlah duduk dalam rumah je." Ujar Farisya cuba memujuk Adrian yang sedang bersiap itu.

"No sweetheart. Isya akan dibenarkan keluar dengan abang sahaja."

Farisya menjulingkan matanya kat atas.

Duduk dalam rumah pun sama aje.

"I know." Terkedu Farisya dibuatnya. Dia boleh dengar?

"Tapi abang risau je sweetheart. Kalau apa- apa jadi kat Isya abang nak jawab apa kat umi dengan abi nanti?" Adrian pusingkan badannya menghadap Farisya.

"Bagilah tahu diorang Isya yang degil nak keluar sangat. So, salah Isya." Ujar Farisya dengan senyuman.

Adrian melepaskan keluhan. Hidung isterinya dicubit. "Kalaulah semudah itu. Ish Isya ni."

Farisya mengusap hidungnya. "Abang lah hari tu kata nak keluar tapi sampai ke hari ini tak pergi mana- mana. Isya bosanlah abang."

Adrian menarik kedua- dua tangan Farisya merapatinya. "Abang minta maaf. Hari ini abang habis awal nanti kita keluar okay?"

"Janji?" Farisya mendongak memandang Adrian.

Adrian mengucup kedua- dua atas telapak tangan isterinya. "Yes sweetheart."

Kedua- dua lengan Farisya dilingkarkan di pinggangnya. "Abang nak pergi dulu. Apa- apa call abang. Okay?" dahi Farisya dikucup.

"Okay boss!" Farisya memeluk Adrian. "Hati- hati."

"I will. Bye love." Kali ini pipi Farisya pula dicium sebelum dia melangkah keluar dari bilik.

Farisya memandang katil.

"As usual. You spend time dengan I sampai suami I balik." Terus dia rebahkan badannya atas tilam yang empuk itu.

-------------[MYMAFI4GUY >,<]-------------

FIKIRANNYA masih memikirkan apa yang telah terjadi kepada isterinya. Risau apa pula yang akan datang menimpa keluarganya. "Leo."

"Si senor." Leo yang sedang Menyusun fail bosnya itu terhenti.

Adrian memandang Leo. "Senor?" Leo pelik ketuanya tidak berkata apa- apa.

"Dante y Evan."

Leo mengangguk sebelum dia melangkah keluar. Dia faham apa yang Adrian mahu kan.

Adrian mencapai telefonnya. "Heidi, teman my wife keluar hari ni." Dia mematikan pangilan dan mencari nama isterinya pula.

"Hello..." tersenyum kecil Adrian. DIa tahu Farisya baru bangun.

"Assalamualaikum sweetheart."

"Abang! Waalaikumussalam." Segar mata Farisya mendengar suara suaminya di hujung talian.

"Sambung tidur ke tu sweetheart?"

"Haah hehe."

Tergelak kecil Adrian. "Tengah hari nanti kawan abang akan datang bawa Isya pergi shopping. Okay?"

Farisya merebahkan badannya semula. Tidak membalas apa- apa.

"Sweetheart... are you there?"

"Kenapa bukan abang?"

Adrian membuang pandangannya ke luar tingkap. "Abang ada kerja yang perlu siapkan hari ni. Mungkin abang akan balik lambat. Sorry sayang..."

"Its okay. Siapkan kerja abang dulu okay? Hati- hati balik. Isya nak mandi nanti kawan abang sampai lama pula dia tunggu. Bye. I love you." Panggilan dimatikan.

"I love you too sweetheart." Telefonnya ditenung lama. "Mierda!" dia melangkah keluar dari biliknya. Leo mengikutnya dari belakang.

"Where to senor?" soal Leo apabila tiba di kereta.

"The room."

Leo angguk. Riak Adrian diperhati melalui cermin pandang belakang. Wajahnya tegang.

Goodluck Aeyna.

Katanya dalam hati.

Beberapa minit di atas jalan akhirnya tiba di tempat yang ingin dituju.

Mereka melangkah ke arah bilik yang terletak dihujung sekali. Pintu bilik ditolak kasar.

Kot hitamnya dibuka dan dicampak ke belakang. Mujur Leo sempat menangkapnya.

Butang di lengan baju dibuka dan disinsing sehingga ke siku.

Dia membetulkan cincin di jari manisnya. "You make me broke my promise."

BUK!

"Auch." Bisik Leo.

Satu tumbukan diberi tepat pada wajah wanita di hadapannya yang tadinya tidur kini sudah bangun. Matanya disapa dengan wajah masam Adrian. "Ad..."

"Don't call me that Aeyna." Dia menarik rambut wanita itu dengan kasar menyebabkan dia mendongak. "Ahora dime quien te paga." (Now tell me, who pays you)


























My Mafia GuyWhere stories live. Discover now