9

5.8K 196 4
                                    

TEGAK Kembali badannya apabila pintu biliknya ditolak dari luar. Maka, muncullah Adrian yang kehadirannya agak mengganggu Farisya.

Lelaki itu duduk di sebelah Farisya. "Awak nak explain?" soal Farisya.

"Nak saya terangkan pasal apa?" Adrian membuka stokinnya dan dilipat lalu diletakkan di atas lantai.

"Sebab awak kahwin dengan saya. Awak ambil kesempatan atas apa yang terjadi dekat saya ke?"

Berkerut dahi Adrian dengan soalan terakhir Farisya.

"Ambil kesempatan apa?"

"Irsyad dengan saya putus."

"So?"

"Adrian it's not funny." Farisya berdiri menghadap Adrian.

Dia melangkah ke hadapan mendekati Farisya. "Ada nampak saya gelak?"

"Jadi, sebab apa awak kahwin dengan saya? Cara awak jawab macam benda ni main- main. Tak serius." Secara jujurnya dia rasa gugup berhadapan dengan Adrian tapi dlam situasi sekarang dia perlu tepis perasaan itu.

"I don't do jokes Farisya." Balas Adrian serius.

"Okay. We're done for today. Saya penat, nak tidur. Awak tidur atas sofa." Farisya terus sahaja baring di atas katil.

Nafas dihela. Wajah diraup.

Ini bukan apa yang dia bayangkan akan terjadi pada hari ini.

Farisya yang sedang baring di atas katil itu didekati. "Isya..."

Farisya tidak layan panggilannya. "Isya." Panggilnya lagi.

"Isya." Pinggang Farisya dicucuk.

"Apa dia?" farisya duduk menghadap Adrian.

"Baju awak tu. Tak panas? Takkan nak tidur terus dengan tak mandinya lagi. Tak selesa. Pergi mandi dulu bersihkan badan tu baru boleh tidur."

"Tak mahu."

"Saya hanya jalankan tugas saya sebagai seorang suami. Now do it or I make you." Tegas Adrian berkata.

"Kalau saya tak nak juga?"

"Then I have no choice but to do it for you." Adrian terus mencempung tubuh Farisya.

Terlepas jeritan kecil Farisya. "Apa ni?!"

"Shush sweetheart. You yang minta tadi. Sekarang jangan merungut." Adrian meneruskan berjalan ke bilik air. Rontaan farisya diabaikan.

Beberapa minit kemudian Adrian keluar dengan baju yang basah kuyup. "You know what? Kadang- kadang saya rasa macam nak kurung awak dalam almari. Can't you behave for once?" Adrian berdiri di hadapan Farisya yang sedang duduk di atas katil itu.

"Saya dah cakap saya tak nak. Siapa suruh awak paksa."

"Salah saya? Awak yang nak tidur dengan baju tak tukar lagi. Umur dah 24 tapi perangai masih macam kanak- kanak 4 tahun."

"Habis tu kalau bukan salah awak salah siapa lagi? Awak tu boleh tak jangan nak memaksa orang. Saya bukan orang bawahan awak tahu." Dari duduk dia berdiri di hadapan Farisya.

Adrian menghela nafas. "Are you serious Farisya?"

"Ada nampak muka saya macam main- main ke?"

Adrian agak terkedu dengan jawapan Farisya. "Awak benci saya sangat ke?"

"Yes."

"Awak nak saya lepaskan awak?"

"Yes."

"Well, that's not what I heard from Shira and Irfan. Jadi, tak perlu nak menipu sangat okay sweetheart?" hidung Farisya dicuit.

Farisya terkejut dengan jawapan Adrian. "maksud... awak?"

"You do understand what im talking about Isya. Saya mandi dulu. Awak pergilah tidur." Adrian membuka langkahnya berlalu dari situ.

Farisya terduduk di birai katil. "Shit!" bantal diambil dan ditekupkan di muka. Dia melepaskan jeritannya di situ.

-------------[MYMAFI4GUY >,<]-------------

PAGI itu matanya disapa dengan dada seseorang lelaki yang terdedah. Matanya naik ke atas untuk melihat pemilik dada itu. Tidak dapat dinafikan Adrian merupakan seorang yang sangat kacak. Baik. Dia tidak layak untuk berada di samping Adrian.

"Good morning." Sapa Adrian.

"Morning. Awak buat apa kat sini?"

"maksud awak?" soal Adrian semula.

"bukan awak sepatutnya tidur atas sofa?"

"Baru kahwin takkan nak dapat dosa sebab biarkan suami tidur atas sofa kot."

Zap!

Menusuk jantung kata- kata Adrian itu. Auch!

"Sebab tu saya nak awak ceraikan saya sebab saya-"

Adrian memotong kata- kata Farisya. "This again..." dia bangun dari pembaringannya.

"Adrian jangan buat- buat tak dengar."

"Farisya. Stop." Dia mencapai tualanya.

"Ryan!" panggil Farisya sedikit tinggi suaranya.

"Farisya Irdina!" tegur Adrian. "I am your husband. Saya tak akan ceraikan awak kalaupun itu yang awak mahu. Now we're going to close this topic. Understood?"

Farisya tidak menjawab dia hanya menunduk memandang katil. Sedikit terasa apabila Adrian memarahinya.

Adrian meninggalkan Farisya lalu masuk ke dalam bilik air. 





























My Mafia GuyWhere stories live. Discover now