10

6K 187 1
                                    

ADRIAN membiarkan air pancuran membasahi tubuhnya. Rambut diraup ke belakang. Satu keluhan dilepaskan.

What have I done...?

Air pancuran ditutup sebelum dia mencapai tuala lalu dilingkarkan pada pinggangnya. Saat dia membuka pintu bilik air, Farisya sudah pun berdiri beberapa langkah di hadapannya. Di dalam tangannya terdapat tuala dan pakaian.

Farisya hanya jalan melintasi Adrian yang hanya dibalut dengan sehelai tuala di pinggang itu. Langkahnya terhenti apabila lengannya ditarik dari tepi.

Dengan sekelip mata dia berada di dalam pelukan suaminya.

Adrian memeluk erat tubuh wanita yang bergelar isteri itu. "I'm sorry..."

Farisya hanya diam tidak berkata apa- apa. "Please cakap something..." Adrian melonggarkan pelukannya. Wajah Farisya yang menunduk itu cuba diihat.

"Isya takut..." wajah disembamkan pada dada Adrian.

"Oh no, I'm sorry sweetheart." Adrian mengeratkan pelukannya semula. "Abang tak suka Isya buka pasal tu lagi. I want you to know that I won't let you go no matter what. Now we will close the case okay sweetheart?"

Farisya mengangguk perlahan. "Isya minta maaf juga..."

"Its okay. Abang faham." Dahi Farisya dikucup. "Pergi mandi kita solat sama- sama okay?"

Farisya akur.

Selesai mandi dia meletakkan baju kotornya di dalam bakul yang telah disediakan. "Isya." Matanya memandang Adrian yang memanggilnya.

"I am not sure what happened but..." jarinya menunjuk ke satu tompokan merah di atas katil.

Terus dia berlari ke katil. Tubuh Adrian ditolak ke tepi. Sarung tilam lantas dicabut. "Are you..."

"Yes." Balas Farisya faham dengan soalan Adrian. Malu.

Adrian tertawa kecil. "I see... Abang pergi ambil wudhu dulu."

Farisya terduduk di birai katil.

Macam manalah boleh ada kat situ!!

-------------[MYMAFI4GUY >,<]-------------

"AWAL turun dik." Tegur Irfan yang baru sahaja masuk ke ruangan dapur.

"Ah kau, awal salah lambat pun salah!" Farisya meneruskan kerjanya malas mahu melayan Irfan.

"Pagi- pagi tak baik masam-masam. Kang cepat berkedut." Usik Irfan lagi.

"Diam." Batang sayur dibaling ke arah Irfan. Irfan sempat mengelak namun balingan kedua elok batang sayur itu hinggap pada dahi dia.

Tergelak Farisya dibuatnya.

"Ambil balik." Batang tadi dicampak semula ke Farisya.

Seperti budak- budak sahaja mereka bermain.

"Ish."

Tak sempat Farisya ingin membalas pinggangnya ditarik ke belakang. Lengannya turun digenggam. "Hey, hey." Sayur di tangan Farisya diambil dan diletak di atas kabinet.

Irfan menjelir lidah sebelum dia pergi dari situ.

Bertambah sakit hati Farisya melihatnya. "Kenapa abang pegang Isya?" Adrian disebelah dipandang dengan tajam.

"Tak baik main makanan sweetheart. Isya nak masak apa ni?"

"Umi suruh Isya goreng nasi semalam lebih tu..." dia meneruskan memotong sayur tadi yang terabai. Pinggangnya masih dipeluk oleh Adrian.

Adrian hanya senyap memerhati Farisya membuat kerja. "Abang sampai bila nak peluk Isya?"

"Sampai bila- bila." Leher Farisya dikucup banyak kali.

"Ab- abang. Geli!"

Adrian mengabaikan tolakan Farisya dia meneruskan mengucup leher isterinya.

"Ehem!" deheman itu membuatkan Farisya menolak Adrian jauh daripadanya. "Kot ya pun janganlah sweet- sweet kat sini. I yang dah bersuami pun jealous." Tegur Shira.

Muka Farisya sudah merah melihat umi dan Shira masuk ke dapur. Abi di belakang dengan Irfan hanya menahan gelak. "Abang pergi keluar jap." Sempat dia mengucup pipi Farisya.

Tidak sempat Farisya menghadiahkan cubitan kasih sayang sudah dia menjauhi wanita itu. 




























My Mafia GuyWhere stories live. Discover now