CINTA PENGGANTI 35

1.2K 39 1
                                    

"Bawa isteri Abang elok-elok!" Pinta Adam pada  adiknya yang lasak.

"Bising lah abang ni" Rina memonyokkan wajahnya.

"Pergi dulu Abang, Assalamualaikum" Anim menyalami suami nya.

"Waalikumsallam"

###

Sementara itu, Adam mengambil kunci kereta dan songkoknya. Ia memandu keretanya ke dalam tanah perkuburan.

"Assalamualaikum, Suraiya. Saya rindu awak" Selepas menyatakan kerinduannya, Ia terdiam dan menengadahkan tangannya membaca Al-Fatihah untuk orang yang ia tidak akan pernah lupa. Orang yang dah membuka fikirannya, orang yang telah membuka jalannya sehingga ia bertemu cinta nya, Raina Tasnim.

"Anak kami dah nak lahir. Anim tumbuh jadi perempuan yang cantik, luar biasa, dan saya pasti dia akan jadi ibu yang luar biasa. Suraiya, saya pernah sakit kan hati dia, saya pernah tampar dia, saya hampir kehilangan kepercayaan dia. Saya tak nak hilang dia, Ya. Untungnya, dia bukan seorang yang mudah mengalah, dia bagi saya kesempatan. Dia sebaik awak, Ya. Setiap malam awak tak pernah hilang didalam doa saya. Saya doa semoga awak ditempatkan bersama dengan orang-orang yang berhati baik macam awak. Aamiin."


###

"Kita ambik Bella kat rumah cousin dia dulu, eh?"

Anim mengangguk. "Cousin yang  dia cakap hari itu ke?"

Rina mengangkat kedua bahunya sebab tak pasti. Tak lama diaorang sampai juga dekat depan rumah tu, nampak gayanya ada majlis kecil-kecilan yang dah pun selesai.

Bella keluar dari pagar rumah. "Oh My God! Farhan!" Rina dan Anim menjerit didalam kereta.

"Buka tingkap, Nim" Rina menyuruh Anim membuka tingkap sebab posisi pintu Anim berada tepat di depan rumah itu.

"Farhan!" Rina dan Anim melambaikan tangan sambil tersenyum kearah Farhan. Farhan pula nampak shock melilhat dua orang kawan kolej nya ada di depan rumahnya.

"Weeeei Raina dan Rina. Mimpi apa doe aku jumpa kauorang" Farhan nampak excited juga melihat Rina dan Anim. Panggilan Raina tu memang tak boleh hilang agaknya.

"Kalau macam tu Abang Ayan ikut kitaorang" Bella mengajak Farhan yang dipanggilnya dengan panggilan manja itu.

"Bella nak pergi dengan diaorang?" Bella mengangguk.

###

Mereka sampai disebuah restoran salah satu mall di kawasan Shah Alam.

"Tak sangka, Rina ni cikgu tusyen Bella"

"Tapi Abang Ayan jangan cakap kat Mama tau kalau Bella sebenarnya private course"

Farhan membentuk OK menggunakan kedua belah tangannya.

"So bila datang dari sana? Ingatkan nak teruskan belajar sana terus" Anim menyoal.

"Sebenarnya nak. Tapi program tu sampai situ je, so kena balik jugak. Merasa lah jugak kita convo sama-sama nanti kan, Rina, Raina?"

Bella menggaru kepalanya. "Raina ni siapa? Bukan ke ini Kak Anim?"

Mereka bertiga tergelak. "Lupa lah nak perkenalkan diri secara betul, nama akak adalah Raina Tasnim. Tapi cousin awak ni Bella tak pandai sebut Anim"

Bella membentuk O besar tanda ia faham. Plan awal nak jalan bertiga je tapi dah terserampak dengan Farhan, so diaorang lepak lah berempat.

###

Eliana memasangkan kasut untuk Izara, sementara Alif memakai kasut sendiri. "Mama nak titip almond milk ye" Ucap Datin Roza pada Eliana. "Jangan lah merajuk lagi, Mama tak marah lagi. Benda dah jadi kan?"

CINTA PENGGANTI ✔Where stories live. Discover now