CINTA PENGGANTI 17

1.4K 45 2
                                    

Usaha tangga kejayaan. Macam itu lah agaknya apa yang bakal dirasai oleh Adam sekejap lagi. Dia dah banyak kali meminta kemaafan daripada Anim, dia tunggu sampai Anim berlembut pada dia. Tapi hari ini Anim menatap nya dengan senyuman yang lebar. Sampai hujung telinga.

Tak berkedip mata Anim menatap wajah kacak Adam Naufal. Hujan renyai-renyai dekat luar. Petang ini cuaca memang sangat best untuk tidur. Tapi sebenarnya, yang paling best adalah buat muka comel depan suami. Adam pula macam nak gigit je si Anim ni.

Terpejam tercelik mata Anim. Turun naik nafas nya. Susah sangat nak ucap 'Anim maafkan Abang'.

"Kenapa dengan wajah sayang? Nak cakap sesuatu ke?"

Anim mengangguk sepantas kilat.

"Cakap lah!? Abang dengar. Abang tadahkan telinga lebar-lebar"

"Okay lah macam ni. Anim nampak effort Abang untuk kemaafan dari Anim. Abang buat semua yang Anim suruh, Abang belikan semua yang Anim nak. And I'm thankful for that.."

"... Abang pun tahu sendiri kalau apa yang Abang buat kat Anim tu bukan benda kecik dan bukan something yang remeh dan boleh di perlekehkan"

Adam mengangguk dengan pantas membenarkan apa yang Anim cakap.

"Tapi Anim manusia. Anim sedar yang Anim tak pantas untuk membenci seseorang yang dah berulang kali minta maaf. Lebih lebih lagi orang itu adalah suami sendiri. Tapi balik lagi, Anim pun manusia biasa yang patut marah kalau diperlakukan macam tu..."

"Sebab itu lah, Anim menguatkan diri Anim untuk terima maaf Abang. Anim pun bukannya sempurna sangat. Anim harap lepas ni, kita sama-sama belajar dari kesilapan kita kelmarin"

Adam mengangguk angguk sambil mengulum senyum. Di pandang nya wajah isteri nya yang memang comel semula jadi.

"Anim maafkan Abang. Tapi bukan bererti Anim lupa apa yang Abang dah buat dekat Anim"

Adam mengangguk untuk kesekian kali nya. Ia faham sangat dan ia sedar kalau apa yang dibuatnya itu tak patut.

Adam terus saja mengetapkan bibir tersenyum senyum macam anak darjah 5 bercinta masa perhimpunan. HAHA. Maksudnya pandang pandang jeling jeling dari kejauhan.

Bibir Anim pun akhirnya mengukir senyuman saking ia tak mampu nak tengok wajah Adam yang dibuat buat comel. Sebenarnya Adam tak comel hokay? Dia hot!

"Abang... stop pandang Anim" Anim memberi amaran pada Adam untuk tak menyakat nya.

"Tak. Abang nak luahkan kebahagiaan Abang hari ini melalui senyuman"

"Kalau iya pun jangan lah nak buat buat comel"

"Tak kan lah sayang sorang je yang nak jadi comel. Abang pun nak"

Anim tergelak nipis mendengar apa yang Adam ucapkan. Semacam geli lah.

"Mengada nya! This is second chance for you, Abang. I won't give you the third"

Adam mendekat pada Anim kemudian ia mengusap kepala isteri nya. Tiba-tiba dikecupnya kening Anim. Terperanjat Anim dibuatnya.

Tinggi Adam dan Anim lumayan jauh berbeza sebab itulah senang sikit untuk Adam cium kening Anim yang comel ni. Selepas di cium nya maka Anim dipeluk nya.

Mereka berdua sama-sama tenggelam dalam pelukan.



Assalamualaikum..
Chapter kali ni isi dia sikit je. Sebab apa? Sebab saya nak bagitahu kalau 2-5 hari ini macam tak boleh nak update. Sbb skrg saya ada projek tulis script short movie untuk Literature Class. So kena betul-betul tumpukan fikiran untuk menjayakan short movie tu. InsyaAllah, lepas habis je tulis script, terus tulis dan upload balik.

Btw, Thank you so much for choosing my story to be your 'recent story I read' hehe.

CINTA PENGGANTI ✔Where stories live. Discover now