CINTA PENGGANTI 33

1.1K 46 1
                                    

Anim ke hulu ke hilir daripada tadi dibantu oleh Rina dan Bella. "Kak Anim, kak Anim cantik lah. Cuba imagine kalau kak Anim belum kahwin saya akan kenenkan dengan cousin saya" Rina mencubit pipi Bella yang sejuk sebab udara.

"Kak Anim juga yang dia nak kenenkan. Cikgu dia yang single kat sini dia tak pandang pun" Rina pura-pura merajuk.

Bella tersengih dan segera mendekati Rina seraya membawa mangkuk yang berisi sos barbecue untuk dibawa ke taman belakang. "Kan Bella cakap 'imagine'. Kak Rina nak ke dengan cousin Bella? Kalau nak balik dari sini, Bella kenalkan"

Anim tersenyum dan mencolek Rina sebelum ia membawa ayam perapan ke taman belakang. "Try lah, siapa tahu berkenan" Selepas mengatakan itu Anim pun blah.

Tersipu malu Rina dibuatnya. "Nak gambar dia" Pinta Rina.

"Tak payah lah gambar, nanti terbayang-bayang. Nanti jumpa terus" Bella pun blah macam tu je selepas membuat Rina berangan.

Rina mengangkat kedua belah bahunya kemudian membawa semangkuk besar salad ke taman belakang.

###

Anim semacam terhuyung-huyung membawa ayam itu. Tiba-tiba bekas itu diambil oleh Datin Roza. "Kenapa bawa berat-berat ni? Adaaaaaam!!" Datin Roza memanggil Adam dengan nyaring. Anim tersenyum nipis melihat apa yang ada di hadapannya malam ini. Benda rare ni.

Adam datang daripada tandas. "Ada apa, Ma?"

"Jangan lah biarkan isteri kamu bawa benda berat. Bawa ni" Selepas itu Datin Roza blah macam tu je tetapi meninggalkan lakaran senyuman dibibir Anim dan Adam. "Jom sayang" Ajak Adam.

"Jom" Anim mengangguk sambil tersenyum lebar malah hampir tergelak.

Macam ini ke rasanya di terima? Walaupun belum rasmi diterima, tetapi Datin Roza dah berubah jauh daripada dulu.

Senyum Anim tak putus daripada tadi. Ia duduk bak permaisuri malam ini. Adam, Rina, Bella, driver, pembantu rumah pun semua buat kerja.

###

Bella mengambil kamera nya kemudian mengambil gambar semua orang dan juga makanan. Ia tampak bahagia sebab benda macam ni ia tak pernah rasa. "Makan lah" Pelawa Datin Roza.

"Terimakasih aunty" Ucap Bella. Mereka semua menjamu selara. Meja panjang disediakan dengan lampu kelap kelip yang cantik. Semuanya terasa berbeza. Bahagia sudah tentu.

"Thank you, ma" Ucap Anim. Datin Roza tersenyum nipis "Sama-sama. Bila lagi kan? Nanti dah berpantang" Datin Roza nampak dingin tetapi ia tersenyum selepas bercakap dengan Anim.

Anim mengambil peha ayam kemudian memakannya dengan senyuman. Adam duduk di depan Anim dan tersenyum "I love you" Ucap nya tanpa suara. Anim tahu Adam ucap I love you. Makin tersipu malu lah Anim dibuatnya.

Anim dan Adam seperti budak sekolah bercinta. Malu-malu dan penuh kata-kata rahsia.

"I love you too" ucap Anim tanpa suara membalas pernyataan cinta Adam.

Tiba-tiba suara phone berbunyi. "Sorry, Bella angkat call dulu" Bella blah dari kumpulan dan ia masuk ke dalam rumah seorang diri.

"Hello, kenapa pa?"

"Bella kat mana?" Bella melihat syiling dan sekeliling. Tak kan dia nak cakap yang dia jauh daripada KL sekarang ni.

"Hm... Bella kat rumah kawan tidur sini"

"Okay... papa dah bank in duit Bella pakai je. Mama tadi pergi Shanghai, malam ni Papa balik Malaysia. Esok Papa keluar lagi"

Bella mendengarkan dengan malas. "Okay" Jawab nya singkat.

CINTA PENGGANTI ✔Where stories live. Discover now