CINTA PENGGANTI 19

1.1K 36 1
                                    

Suasana hospital sepi, sunyi, dan senyap. Suraiya masih terbaring diatas katil hospital. Diluar hujan renyai-renyai.

Anim memandang katil dengan penuh sayu. Dilihatnya kakak nya yang terbaring setengah sedar. Suraiya dapat mendengar namun tak boleh bergerak.

Pagi ini mata Suraiya bergerak melihat lihat sekeliling. Sesekali dia memandang Anim. Namun kali ini pandanganya bermakna. Suraiya tersenyum.

Sedar bahawa Suraiya tersenyum melihat dirinya, Anim pun tersenyum sambil mengelap air matanya.

"Akaaaak. Alhamdulillah akak dah boleh senyum dan buka mata lebar-lebar"

Suraiya masih belum menjawab. Mungkin otot otot mulut ataupun lidahnya belum bekerja seperti dahulu.

Suraiya memegang tangan Anim. Dipegangnya sangat lama tangan adik kesayangannya itu.

Ditariknya tangan adik nya itu sehinggalah keatas dadanya.

"Aaa...A...nim" Ucap Suraiya perlahan.

Anim menutup mulutnya menggunakan tangan dek kerana terkejut akhirnya Suraiya berhasil memanggil namanya selepas seminggu tak boleh berbuat apa-apa. Allah itu maha baik.

"Alhamdulillah" Ucap Anim penuh syukur.

"Anim panggil Abang Adam dekat luar ye?"

Suraiya mengangguk.

***

Adam masuk ke dalam wad bersama dengan Anim. Tersenyum ia melihat Suraiya yang sudah mula bercakap.

"Suraiya... saya happy akhirnya awak bercakap"

Suraiya tersenyum sambil memainkan matanya.

"Adam... jaga adik saya"

Adam mengangguk. "Pasti dan selamanya. Awak tak payah risau"

Senyum Suraiya mengembang lagi. Sayu matanya kelihatan dari atas katil.

"Saya tak berharap sembuh. Saya sedar kondisi saya sekarang ini. Sebab itu saya ada permintaan untuk awak sebelum saya pulang"

Anim hanya mampu menutup mulutnya dengan tangan. Mata Anim berkaca-kaca. Ia tak mampu nak bendung perasaan sedih yang membuak buak.

Adam menggeleng. "Jangan cakap macam tu. Bukan kita yang tentukan masa itu"

Suraiya mengulum senyum nya.

"Saya dah terasa. Adam please"

Akhirnya Adam akur. Mata Adam pun nampak berkaca-kaca.

"hufttt... Awak nak minta apa, Suraiya"

Suraiya menghulurkan tangan kanan nya kearah Adam yang sedang duduk di samping kanan nya.

"Pegang tangan saya"

Tanpa ragu Adam memegang tangan Suraiya.

Lembut tangan Suriaya dirasainya. Sudah lama dia tak menyentuh tangan wanita baik nan peramah ini. Matang tetapi tidak garang. Suraiya terlampau bijaksana dan bersahaja.

Adam kadang kesal dengan dirinya. Kenapa ia tak boleh mencintai wanita sebaik Suraiya. Kenapa hatinya tak boleh mencintai Suraiya.

Terpejam-pejam mata Suraiya menikmati tangan nya di pegang Adam.

"Terimakasih, dam" Suraiya hendak melepaskan tangannya dari di pegang Adam. Namun, Adam menahan.

"Biarkan saya pegang tangan awak lebih lama, Suraiya" Pinta Adam.

Suraiya mengangguk dan akur akan permintaan Adam.

Adam memandang wajah Suraiya seperti nak masuk kedalam bola mata hitam kecoklatan milik Suraiya.

Seorang misi masuk kedalam bilik tanpa membawa apapun.

"Selamat malam Encik dan Puan, pembedahan rahim untuk Puan Suraiya akan di lakukan esok pagi pukul 8. Jadi malam ini Puan Suraiya diharapkan berpuasa mulai pukul 8 malam nanti. Saya minta diri dulu" Misi itu pun keluar daripada bilik.

"Terimakasih" Jawab Adam dan Anim.

Mendengar itu Suraiya memejamkan matanya. Seolah-olah, tidak ingin melakukan pembedahan.

Anim tersenyum mendekati Anim. "Akak, selepas pembedahan ini akak akan sihat lagi macam dulu. Anim harap sangat"

Suraiya tak menjawab apapun. Dia juga tak tersenyum. Matanya hanya tertuju pada dinding dihadapan nya.

Adam masih terus memegang tangan Suraiya yang panas sejuk. Seolah suhu tubuhnya berubah-ubah setiap beberapa saat sekali.

"Anim baliklah, kesian baby tu" Suruh Suraiya.

"Hm... tapi Anim nak tunggu akak"

Suraiya menggeleng. "When I say no, it means no!"

"... Cik Nur kan ada teman Anim. Anim tidur kat rumah akak je. Esok ada kelas kan?"

Anim mengangguk namun masih belum akur.

Adam melepaskan tangannya dari Suraiya. "Kejap ye?" Adam meminga diri pada Suraiya untuk bercakap dengan Anim dekat luar.

***

"Sayang balik lah... Abang call Rina suruh ambil sayang dekat sini. Abang tak nak dengar alasan lagi, kesian perut tu. Ingat sikit."

Anim masih belum menjawab. Tatapannya tertunduk kebawah. Semacam merajuk.

"Abang.... Anim rindu kat akak. Anim nak lama-lama dengan akak. Tolong lah faham"

Adam memegang kedua bahu isterinya. "Sayang kan dah seminggu ponteng kelas. Abang tak nak sayang tak lepas semester ini. Nak cepat lulus kan?"

Anim mengangguk. Comel.

"Abang call Rina sekarang ni" Adam mengeluarkan telefon bimbitnya untuk mendail satu-satunya support system yang dia ada, yaitu Rina. Noor Arina.

Seraya Adam call. Anim masuk balik dalam bilik. Tersenyum dia sambil berjalan mendekati kakak nya.

"Anim balik dulu kak. Esok sebelum masuk kelas pukul 10, Anim akan datang sini awal-awal dengan Cik Nur. Anim akan datang sebelum akak masuk bilik operation"

Suraiya mengangguk. "Dah balik lah. Take care"

"You too. Assalamualaikum"

"Waalaikumsallam"

***

Adam menemani Anim yang menunggu Rina dekat pintu lobby hospital. Adam dah minta tolong Nurse untuk jagakan Suraiya sekejap dekat bilik.

Tak lama, sampailah Rina dengan kereta berkaler hijau muda nya.

"Anim balik dulu ye. Abang jangan lupa makan. Jangan lupa sholat. Jangan lupa doakan akak" Di ambilnya tangan Adam untuk bersalaman.

"Ye mak bebel. Jangan lah bebel kuat sangat. Nanti anak kita kuat bebel juga. Habislah Abang"

Anim tertawa kecil mendengar nya. Rina pulak buat-buat batuk.

"Hei ingat Rina tunggul ke dekat sini?" Air muka Rina sudah menyampah melihat love birds yang tak kenal tempat bila nak tunjuk sweet.

Rina tu dah lah single. Tertengok pulak drama cinta tak berbayar sebentar tadi.

"Ye. Sabar lah. Kau ni kan." Adam menghulurkan wang RM 100 untuk Rina.

"Isi minyak"

Mengembang senyum Rina hingga ke telinga.

"Thank you my brotaaaa"

"Ye hati-hati bawa isteri dan anak Abang. Jangan buat racing kat jalan"

Saking tak kuasa mendengar bebelan Abangnya yang memang rare itu, Rina hanya mengangguk.

Anim pula sudah masuk ke dalam kereta Rina.

"Bye Abang. Assalamualaikum. Jangan sesekali tinggalkan wad akak! Ini perintah!"

"Ye Tuan Puteri. Waalaikumsallam" Adam tersenyum.

Kereta Rina pun melaju. Adam juga sudah menghilang dari lobby.

CINTA PENGGANTI ✔Where stories live. Discover now