CINTA PENGGANTI 21

1.2K 45 1
                                    

Adam mengambil wudhu sedangkan Suraiya bertayamum diatas katil.

Suraiya memandang wajah Adam yang basah oleh air wudhu. Nampak segar wajah Adam. Senyuman Suraiya tak hilang sejak Adam memakai songkok.

"Kenapa awak tenung saya?" Tanya Adam sambil tersenyum.

Suraiya tersenyum tetapi menggeleng. "Awak handsome"

Itu saja yang dapat Suraiya katakan. Wajah Suraiya terlihat malu selepas mengucapkan ayat itu.

"Memang saya handsome" Adam menjawabnya dengan selamba dan tersenyum. Itu membuatkan Suraiya ikut tergelak.

Ada seminit Adam dan Suraiya berdiam diri sebelum akhirnya Suraiya mula bercakap.

"Adam, saya ada permintaan yang saya nak sangat awak tunaikan"

"Kita sholat dulu lah"

Suraiya menggeleng. "Takut tak sempat."

"hushhh... jangan cakap macam tu"

Suraiya tersenyum dan memainkan air muka memohon pada Adam. Mau tidak mahu Adam kena akur.

"Apa dia?" Adam membetulkan songkok nya kemudian duduk semula disamping Suraiya.

Suraiya menghela nafasnya barang dua atau tiga kali sebelum bercakap.

"Tolong awak lepaskan saya. Saya rasa inilah masanya. Kalaupun saya pergi dulu, saya nak pergi sebagai Suraiya yang tanpa suami. Saya tak mahu bebankan awak. Tolong ye?"

Adam mengusap wajahnya.

Adam menggeleng. "Never. Awak bukan beban saya. Saya tak akan tunaikan apa yang awak minta tadi"

"Adam... ini saja yang saya nak. Kalaupun hidup saya panjang lagi selepas pembedahan, saya tetap nak awak lepaskan saya. Tak kira apa juga situasi kita"

Adam hanya mendekat pada Suraiya. Dia tak menyentuh Suraiya barang sedikit pun.

"Saya pun ada permintaan. Saya nak awak tunduk pada suami awak. Saya tidak akan lepaskan awak! Kalau pun awak lepas nanti, saya nak awak pergi sebagai isteri saya..."

"....saya akan khabarkan pada dunia dengan bangga nya bahwa wanita sebaik awak, sesabar awak ini adalah isteri saya. Saya tak nak awak dikenal sebagai bekas isteri saya yang sakit dan lemah. Please, Suraiya!"

Suraiya tak rebah berkata-kata, tunduk pada suami lebih besar pahala berbanding dengan menguatkan ego nya sendiri.

Suraiya mengangguk. "Maafkan saya..."

Adam tersenyum "Dah jom sholat!"

Adam sebenarnya hendak menangis. Seolah-olah air matanya menahan diri sendiri dari mengelurkan air mata. Perasaan sedih dan pasrah ini hanya Allah sahaja yang boleh melihat. Di pegang nya dada nya.

***

Sementara itu Anim dan Cik Nur sudah berada di lobby hospital diikuti oleh Rina. Anim tak faham kenapa kakinya ini ngin cepat-cepat sampai di dalam wad Suraiya.

"Pelan-pelan lah, nim" Pintu Cik Nur.

Anim tak menghiraukan dia tetap saja berjalan melaju meninggalkan Cik Nur dan Rina yang berjalan berpegangan tangan.

***

"Assalamualaikum warahmatullah...." Adam menyapu tangan nya dengan tangan kanan nya tanda selesai sholat. Kedua belah tangan nya di tadahkan untuk berdoa.

"YaAllah Ya Tuhan ku, kuatkan lah kami dalam menghadapi dugaanMu ini"

***

Bibir Suraiya tersenyum saat rakaat terakhir shalat. Ia tersenyum dengan sangat lebarnya. Mata dan wajahnya pucat namun tetap terlihat berseri. Bibirnya melafazkan halus kalimah syahadah "Asyadu an La Illaha Illa Allah wa Asyadu anna Muhammadar Rasulullah"

CINTA PENGGANTI ✔Where stories live. Discover now