CINTA PENGGANTI 31

1.1K 42 2
                                    

Selepas exam. Adam menunggu Anim di dalam dewan. Anim tahu Adam menunggu sebab itu lah ia sengaja selesai paling akhir. Semua kawan-kawan dah keluar. Tinggal lah Adam dan Anim.

Farhan tiada kemunculannya. Oh ya, Farhan sekarang tengah ikut program students exchange dekat Manchester.

Ia akan kembali dalam seminggu lagi.

Adam berjalan mendekati Anim yang masih duduk di tempatnya.

"Jom balik" Ucap nya. Macam itu je.

"Abang pergi mana? Anim minta maaf"

Adam tersenyum nipis. "Jom kita balik" Tiada jawaban hanya pelawa untuk pulang.

"Kenapa tak jawab?"

"Ini kolej bukan rumah kan?" Adam balik bertanya dan Anim akur.

###

Maknanya nak gaduh hanya dalam rumah je lah? Fikir Anim dalam hati.

Anim dan Adam duduk berhadapan di meja makan. Mereka berdua tak bercakap sejak 5 minit mereka duduk disitu.

"Abang kenapa semalam tak balik rumah?" Anim akhirnya memecahkan keheningan dengan bertanya soalan yang sama.

"Anim tahu jawaban nya kan?"

Anim memejamkan mata. "Macam mana nak settle kalau Abang lari-lari macam ni?"

"Betul. Tapi lagi tak akan settle kalau Anim terus keras kepala dan tak nak berbaik dengan mama. Jady hypocrite sekali sekala, why not?"

Anim mengangguk. "Okay Anim cuba"

###

Datin Roza meminta pembantu rumah dan juga driver nya untuk mengemas semua barang yang akan dibawa ke vila nya esok.

"Mama.... Mama..." Rina mencuba membodek mamanya.

"Apa?" Jawab Datin Roza yang tengah sibuk menyuruh itu dan ini.

"Hmm... kalau Rina minta ni mama okay ke tak?"

"Cakap lah apa dia? Dia ingat kita ni ahli nujum"

Rina tersenyum. "Alahai mama ni, Rina manja sikit pun dah macam singa buas nya"

"Kamu yang buat mama naik darah. Cakap aje lah"

"Ma, Rina boleh tak bawa student private course Rina pergi percutian kita esok?"

"Ha?" Kening Datin Roza berkerut seribu.

"Ma, dia ni bukan student biasa tau. Dia mesti behave. Lagi pun dia orang kaya teruk tak akan jakun pun cuti kat vila ni. Dia biasa pergi Paris ma kalau bosan kat rumah"

Datin Roza menghentikan kerjanya, ia serious mendengar apa yang Rina cakap.

"Betul ke ada orang bosan je pergi Paris?"

Rina mengangguk "Paris tu contoh je lah, sebenarnya banyak lagi negara dia dah pergi. Mama kaya raya pun belum pernah pergi sebanyak negata dia dah pergi" Pandai nya Rina bodek Datin ni.

"Ajak lah dia. Mama nak kenal juga"

Rina tersenyum. "Okay Boss Datin!" Rina tersenyum manis yang sangat manis pada Mama nya.

"Eh kejap.."

Langkah Rina terhenti. "Ada apa, Ma?"

"Siapa nama mak sedara isteri abang kamu tu?" Dah kenapa Datin Roza ni tanyakan Cik Nur.

"Cik Nur. Why?"

"Ajaklah dia sekali"

Rina terkejut. "Biar betul?"

Datin Roza mengangguk. "Okay Boss Datin!"

###

Rina keluar dari keretanya ia sangat excited nak bagitahu Anim. Rina nak ambil Anim dekat rumah Suraiya yang sekarang Cik Nur tinggal.

"Assalamualaikum!!" Rina masuk saja sebab ia dah biasa.

"Waalaikumsallam. Iya ada apa Rina? Terperanjat Cik Nur tau"

Rina hanya tersenyum sambil menampakkan giginya.

"Cik Nur pack lah barang Cik Nur sebab Mama ajak Cik Nur juga pergi cuti kat vila esok!"

Cik Nur melongo. "Ha? Apa dia? Tak salah dengar ke ni?" Cik Nur memastikan.

"Tak salah dengar. Rina betul ni. Bukan pelawa ayam tau"

Kemudian Anim datang dari arah kolam renang sebab ia terdengar suara seseorang yang ia rindu. Rina.

"Apa ni kecoh-kecoh?" Tanya Anim sambil berjalan menuju Cik Nur dan Rina. Ia juga memegangi perutnya.

"Haaaa Anim! sini sini!" Pinta Rina.

"Ada apa?"

"Cik Nur ni ha tak percaya yang Mama ajak dia pergi sekali percutian esok"

Mata Anim membulat. "Saya pun tak percaya, Rina" Jawab Anim seraya duduk perlahan diatas sofa ruang tamu.

"Saya faham kenapa you both tak percaya, sebab saya tahu mama saya macam mana kan? At first, saya pun tak percaya sampai tanya banyak kali. Tapi akhirnya saya percaya, sebab itu lah saya kat sini. Tolong lah percayaaa" Rina memohon sambil tersengih macam budak tadika rongak yang minta dibelikan gula-gula.

Cik Nur mengangguk. "So maknanya YES lah kan?" Rina meyakinkan lagi.

"Iyaaa Rina. Cik Nur ikut esok"

"Yeaaaay!" Rina mengangkat tangan kemenangan.

###

Anim dah pun masuk dalam kereta bersama dengan Adam, Rina, dan Cik Nur.

Anim tak pasti sama ada mereka masih bergaduh ataupun tak.

"Yang kauorang berdua ni diam-diam kenapa?" Tanya Cik Nur sebab hairan. Rina juga mengangguk sebab sekepala dengan Cik Nur.

"Tak ada apa, Cik Nur" Jawab Adam.

"Ha'a Cik Nur ni. Kitaorang okay je lah"

Cik Nur dan Rina saling menatap. Mesti ada yang tak kena lah tu, fikir Cik Nur dan Rina.

"Kalau ye pun ada masalah jangan pendam lama-lama, settle kan cepat" Pinta Cik Nur.

"Ye" Jawab Anim singkat.

###

Mereka dah sampai di Cameron Highland. Cuaca sejuk, semua orang tahu. Anim memelul tubuh nya sedari tadi. Vila milik Ibu mertuanya ini sangat cantik, klasik tetapi modern.

"Assalamualaikum semua nama saya Nurul Nabila Syed Haqeem. Saya student Kak Rina, saya harap family Kak Rina boleh terima saya hehe" Bella memperkenalkan lengkapnya dengan gaya happy-go-lucky nya itu.

"Mama, nama sama lah dengan Alif dan Izara" Alif, 8 tahun, anak sulung Elnina bersuara.

Elnina menatap Bella tak berhenti. Rina memperhatikan dari kejauhan.

"Tak ke jahat sangat aku ni?" Ucap Rina dalam hati

"Okay. Bella semoga awak seronok lah disini" Ucap Datin Roza.

"Thank you, Aunty" Ucap Bella.

###

Anim mendekati Datin Roza di meja makan. "Nak Anim tolong ke Ma?" Tanya Anim berhati-hati.

"Cuci ayam lepas tu perap dengan bumbu barbecue untuk malam nanti"

Anim tersenyum. "Baik, Ma" Anim segera melakukan tugasan yang Datin Roza bagi.

Mengembang senyuman Anim sebab pelawaanya di sambut dengan baik. Air matanya menitis sikit sebab ia rasa terharu. Mungkin orang rasa kena suruh cuci ayam pun happy tapi benda ni rate tau sebab itu lah Anim senyum tak putus.

CINTA PENGGANTI ✔Where stories live. Discover now