29

522 21 3
                                        

Kini kedua mereka memandang tajam kearah Ainul yang baru sahaja masuk kedalam bilik mereka itu.

"Kau nak apa ni main serbu je bilik kitorang ?"

Soal Jiha.

"Aku nak tidur dengan korang boleh ? Rindu lah nak tidur sama-sama."

"Tiba je kau ni tidur sekali dengan kitorang."

Pelik dulu sebelum kahwin Ainul lah paling anti untuk tidur sekatil dengan Jiha mahupun Aisyah. Tapi kenapa hari ini Ainul tiba-tiba nak tidur dengan diorang ?

"Ala kalau taknak aku tidur dengan korang cakap je la."

Ainul yang terasa sedih dengan sikap kawannya itu berlalu keluar dari bilik kawannya dan ke bilik nya semula. Buka sahaja pintu bilik itu kelihatan suami nya tiada dalam bilik.

'Mana dia pergi?'

Matanya melilau mencari kelibat suaminya namun tiada. Entah kenapa hati nya tiba menjadi emosi perasaan rindu nya muncul. Dengan perlahan nombor suami nya didail sambil kakinya dibawa ke katil.

3 kali telefon tiada jawapan . Hati nya menjadi risau. Mesej yang dihantar juga tidak dibalas. Tanpa buang masa, dia mencapai tudung nya dan menuju ke ruang tamu. Baru sahaja dia ingin membuka pintu depan, wajah suaminya muncul dibalik pintu itu sambil memegang sekotak coklat.

"Eh sayang pakai tudung ni nak kemana ?"

Wajah Taehyung yang baru masuk kedalam rumah dipandang Ainul.

"Awak pergi mana ?"

Soal Ainul sambil kaki nya mendekati Taehyung yang masih didepan pintu rumah mereka.

"Oh ! Sayang ni suprise ! Tengok abang beli apa untuk sayang."

Ucap Taehyung sambil menghulurkan sekotak coklat yang dia beli didepan Ainul.

Namun itu tidak memberi apa-apa kesan kepada Ainul malah lengan Taehyung yang memegang coklat dicubit kuat menyebabkan Taehyung menjerit kesakitan.

"Suprise?! Awak tahu tak saya risau bila tengok awak takda dalam bilik. Call tak jawab. Mesej tak balas."

Emo Ainul sambil tangannya tak henti memukul lengan Taehyung.

"Auch! Sayang kan merajuk tadi, ni abang keluar belikan coklat untuk pujuk sayang. Abang bukan buat apa pun."

Tanpa sedar airmata mengalir dipipi Ainul.

"Saya tak tahu kenapa tapi saya rindu nak dengar suara awak."

Dengan perlahan wajah Taehyung ditatap.

Tanpa menunggu apa-apa balasan, Taehyung membuka mulut menyanyikan lagu untuk Ainul.

Sambil bibirnya menyanyikan lagu untuk Ainul, tangannya perlahan menarik tubuh Ainul dan dipeluk dengan penuh erat seolah menyalurkan rasa sayang dan kasih nya kepada isterinya itu.

"Abang sayang sangat dekat Ainul. Jangan fikir yang bukan-bukan."

Kepala Ainul yang masih berbalutkan tudung diusap perlahan. Kepalanya diletakkan diatas bahu Ainul sambil bibirnya tak henti memujuk isterinya itu.

Dan tanpa sedar scene mereka disaksikan oleh Jiha dan Aisyah.

"Kan best kalau aku ada pakwe."

Luah Jiha sambil memeluk tubuh nya sendiri.

"Aik habis Daus tu bukan pakwe kau ke ?"

Soal Aisyah.

Jiha yang mendengarkan nama Daus terus memusingkan kepalanya dan memandang Aisyah.

"Daus pun tak cakap apa-apa lagi."

Aisyah yang tersenyum kecil mendengar alasan Jiha.

"Ceh ! Dulu beria kata taknak sekarang lain pula jadinya."

Tanpa membuang masa Aisyah terus masuk kedalam biliknya untuk memberi ruang kepada Ainul dan Taehyung.

Jiha yang terasa dengan perlian Aisyah hanya mendengus kasar.

------

"Sayang bangun dah subuh ni."

Selepas sesi memujuk semalam Taehyung telah mengajak Ainul untuk pulang ke rumah mereka.

"Pukul berapa dah?"

Jam yang berada dikepala katil digapai Taehyung.

"Pukul 6 dah."

Ainul yang masih diulit mimpi hanya mengiyakan sahaja dan kembali menarik selimut untuk menutup tubuhnya.

"Sayang bangun or nak abang dukungkan ?"

Dengar sahaja ugutan yang keluar dari bibir Taehyung menyebabkan Ainul bangun dengan serta merta.

"Takpe saya boleh bangun sendiri."

Baru sahaja Ainul nak ke bilik mandi, Taehyung tiba-tiba menegur Ainul.

"Jangan lupa mandi wajib tau sayang."

Mengingatkan apa yang berlaku malam semalam menyebabkan Ainul menjadi malu.

"Diam lah. Saya tahu lah."

Dengan itu Ainul berlalu ke bilik mandi tanpa menoleh kearah Taehyung yang masih galak ketawa kan dia.

-------

"Abang! Cepat lah kang habis subuh ni. Mandi ke berendam dalam tandas tu."

Ye sudah setengah jam Taehyung berada dalam bilik mandi tu. Tak tahu apa yang dilakukan lelaki itu. Ainul yang tadi duduk diatas sejadah kini bangkit dan menuju ke depan pintu bilik mandi mereka. Baru sahaja tangannya bergerak untuk ketuk pintu, Taehyung terlebih dahulu membuka pintu itu.

"Eh sayang ni kalau ye pun nak kiss abang tunggu lah lepas solat subuh."

Sakat Taehyung sambil mengenyitkan matanya,Ainul yang bagai tersedar posisi mereka pantas memusingkan tubuh mereka dan kembali berdiri disejadah.

"Takyah nak merapu, cepat sikit."

Wajah Ainul yang memerah menjadi tumpuan Taehyung. Nasib dia sudah mengambil wuduk kalau tak pasti pipi isteri nya itu dicubit-cubit.

Syurga Menantimu + kth ( COMPLETED) (RE-EDIT)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin