1 (EDIT)

3.2K 70 4
                                        

Langkah nya dihayun keluar pintu sambil anak mata nya melilau mencari seseorang.

"Ainul!"

Senyuman lebar jelas terukir dibibir nya sebaik sahaja wajah yang dinanti muncul didepan nya.

"Aisyah ! Lailatul !"

Langkahnya dilajukan lagi menuju kearah kawannya. 

"Rindu gila gila gila kat korang!"

Rengek Ainul sambil memeluk erat tubuh dua rakan nya itu.

"Tahu pun rindu, ingat kan tak ingat kitorang dah."

Perli Lailatul sambil tangan mencubit lengan Ainul. Aisyah yang berdiri disebelah Lailatul hanya mengelengkan kepalanya sahaja.

Ainul hanya tersengih tanpa menjawab perlian Lailatul.

"Aku ingat je korang, cuma tu lah masa tak mengizinkan aku nak contact korang."

"Alah nak buat cerita sedih lah tu."

Perli Lailatul. Ainul hanya membalas perlian Lailatul dengan jelingan. Selepas itu, wajah Aisyah ditatap persis anak sedang memandang ibu nya.

"Aisyah ada masak ke kat rumah? Ainul lapar gila."

Bibirnya sengaja direngus-rengus agar kelihatan comel dimata Aisyah.

"Ada, Aisyah dah siap masak lauk kegemaran Ainul."

Mata nya membulat sebaik sahaja mendengar jawapan dari Aisyah.

"Asam pedas ikan pari ke?"

Tanpa menjawab persoalan Ainul, Aisyah hanya menggangungkkan kepalanya sahaja dan terus menarik bagasi Ainul dan menuju ke kereta nya.

"Yeah! Aisyah juga baik. Tak macam orang tu."

Perli Ainul sambil anak matanya menjeling kearah Lailatul yang turut menjeling nya.

"Diam eh kau!"

Tanpa membuang masa Ainul berlari meninggalkan Lailatul yang masih membebel.

---

"Ha, rindu nya katil ni. Siapa yang rajin kemas kan bilik aku ni?"

Soal Ainul sebaik sahaja dia menghempas tubuh nya diatas katil nya itu.

"Siapa je yang rajin kemas bilik kau ni selain aku?"

Jawab Lailatul yang sedang menunjuk ke diri nya.

"Eleh iya lah tu."

Bukan Ainul tak percaya, cuma dia sengaja nak sakat si Lailatul. 

"Eh! Tak percaya tanya sendiri kat Aisyah! Dasar tak kenang budi."

Ainul hanya memandang sepi Lailatul yang baru sahaja keluar dari bilik nya itu.

'Eleh koyak lah tu'

Malas nak layan kerenah Lailatul, Ainul terus mencapai tuala nya dan mula membersihkan diri nya.

---

"Sedap nya Aisyah masak."

Puji Ainul tak henti mengunyah lauk yang dimasak Aisyah. 

"Sedap tambah lah lagi."

"En!"

Aisyah dan Lailatul hanya memerhatikan sahaja wajah Ainul yang seronok mengunyah nasi.

"Oh Lailatul thanks sebab kan bilik aku setiap hari, sayang kau."

Ucap Ainul dengan senyuman manis nya. Lailatul hanya meng'hm'kan sahaja kata-kata Ainul.

"Jangan lah merajuk, nanti aku belanja Burger King."

Pujuk Ainul.

"Iyelah."

"Oh anyways nanti lepas makan aku nak ziarah kubur mak ayah aku tau.

Aisyah yang mengemas pinggan yang diguna mereka berpaling kearah Ainul yang masih kusyuk mengunyah ayam.

"Nak kitorang teman kan ?"

"Em takpe lah Ainul nak pergi sorang, Ainul pinjam kereta Aisyah boleh?"

Tanpa kata banyak Aisyah hanya menganggukkan kepala nya.

---

Rumput-rumput yang tumbuh disekitar pusara kedua orangtua ku cabut. Tanpa sedar airmata nya mengalir. Dengan perlahan airmata yang mengalir dikesat.

"Mak,Ainul dah balik. Lama kan Ainul tak jenguk mak? Mak sihat ?"

Seakan dapat mendengar jawapan dari arwah mak , airmata yang tadi dikesat kembali mengalir.Dengan tangan yang mengigil batu nisan arwah mak aku usap. Yassin yang dipegang dibuka lalu dengan perlahan aku mula membaca Yassin untuk kedua arwah orang tua aku.

Dalam hati aku bersyukur kerana ada yang sudi menjenguk dan membersikan serba sedikit kubur arwah kedua orang tua aku.

"Mak nak tahu tak?"

Aku cuba mengukirkan senyuman walaupun hakikat nya aku menangis,seolah taknak arwah mak aku tengok kesedihan aku.

"Ainul dah habis belajar, Ainul happy sangat sebab Ainul dapat balik sini semula lepas 2 Tahun Ainul tinggalkan Malaysia."

Yassin yang tadi dipegang kini diletakkan didalam beg, sebelah lagi tangan aku masih kusyuk mengusap batu nisan arwah mak.

"Ainul happy tapi dalam masa yang sama Ainul sedih sebab tak dapat nak tengok senyuman kegembiraan dari mak dengan ayah."

Kata-kata aku terhenti separuh jalan apabila air mata aku mengalir deras mengingatkan kata-kata arwah mak masa mereka masih hidup.

"Mak nak sangat tengok kamu pakai topi empat segi tu Ainul."

"Mak,Ainul janji satu hari nanti Ainul akan buat mak bangga, nanti masa Ainul naik pentas pastikan mak tangkap gambar Ainul banyak-banyak tau."

"Mak harap umur mak panjang."

"Ainul harap sangat masa dapat diundurkan semula,kalau Ainul tahu perkara macam tu akan berlaku, Ainul akan halang mak dengan ayah pergi sana mak."

Puas mengadu nasib dipusara mak, aku beralih kepusara ayah pula.

"Assalamualaikum ayah,"

Batu nisan yang tertulis nama ayah aku pandang. Siapakah bakal menjadi wali aku disaat aku akan diijabkabulkan nanti ?

"Ayah sihat?"

Soalan yang sama aku berikan kepada ayah aku. Seolah dapat rasa ayah aku menjawab persoalan aku, airmata kembali mengalir. Lengan baju kurung aku telah lencun dek kerana mengelap airmata aku yang tak henti mengalir.

"Ayah nak tahu tak? Ainul rindu sangat-sangat kat ayah. Ainul rindu nak ayah usap kepala Ainul."

Dengan perlahan aku mengusap batu nisan ayah aku. Sambil airmata tidak henti mengalir.

Dia ialah hero aku. Dia adalah orang yang selalu memberi semangat disaat aku jatuh tersungkur. Tapi apakan daya. Setiap hero pasti akan kalah.Dan aku telah kehilangan hero yang paling aku sayang,ayah.

"Hm, Ainul dah puas tatap pusara mak ngan ayah. Ainul balik dulu ye. Nanti ada masa Ainul datang jenguk lagi.Assalamualaikum."

Dengan hati yang berat aku melangkah meninggalkan pusara kedua orangtua ku. Mataku sembab kerana setengah jam aku menangis dipusara kedua orang tuaku.

Melihatkan jam sudah menunjukkan angka 6, aku terus berlalu pergi meninggalkan kawasan perkuburan dan pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan pulang, fikiran aku hanya dipenuhi dengan memori aku bersama kedua arwah mak ayah aku. Aku harap satu hari nanti aku akan berjumpa dengan kebahagiaan aku.

Syurga Menantimu + kth ( COMPLETED) (RE-EDIT)Where stories live. Discover now