"Kau tinggalkan suami kau sebabkan perempuan tu?!"
Amuk Jiha apabila mendengar penjelasan dari mulut Ainul selepas dia menjemput Ainul di KLIA sebentar tadi.
"Dahtu yang Bang-pd nak,aku ikutkan ajelah. Nak bantah pun aku tengok macam takda guna dah."
Ucap Ainul dengan wajah kosong tanpa sebarang reaksi. Jiha yang sedang membancuh air menoleh kearah Ainul yang sedang duduk disofa sambil menonton televisyen.
"Ainul? Kau memang tak hairan langsung ke pasal suami kau?"
Wajah Ainul yang masih kosong tanpa sebarang emosi ditatap Jiha.
Tanpa disedari airmata mengalir dipipi. Tiada esakkan kedengaran. Hanya airmata mampu mengalir. Tiada siapa sangka dibalik wajah nya yang kosong,dia menyimpan seribu satu kesedihan.
"Aku penat Jiha. Aku letih. Aku penat jaga pastu fikirkan perasaan orang. Tapi sampai aku? Tak sorang pun yang peduli tak da siapa amik tahu."
"Tapi aku nak tahu kenapa kau balik sini tanpa suami kau?"
Suara Ainul bagai tersekat dikerongkong. Wajah Jiha ditatap sendu.
"Kau ingat aku nak balik sini tanpa suami aku? Kau ingat aku tak risau ke suami aku kat sana? Aku risau Jiha! Tapi aku mampu pendamkan semuanya. Sebab aku tak tahu macam mana nak luahkan."
Dengan perlahan tubuh Ainul dibawa kedakapan Jiha. Hatinya turut terasa sedih dengan apa yang terjadi terhadap Ainul.
"Habis sekarang apa plan kau?"
Airmata yang sudah kering dilap menggunakan hujung bajunya. Matanya yang masih sembab menantap wajah Jiha.
"Naka tau taknak aku terpaksa tunggu sampai Bang-pd panggil aku balik sana."
"Sampai bila Ainul. Sedangkan kau sendiri pun tak tahu macam mana nak hubungi suami kau sendiri."
"Sampai selesai semuanya."
*
3Tahun kemudian,
"Entah apa-apa jelah diorang ni. Biarkan ajelah si Menteri tu nak jemput BTS datang Malaysia."
Adu Jiha dan Aisyah sambil matanya tak lepas dari membaca komen-komen para netizens ni twitter mahupun di instagram.
Kini sudah 3 tahun Ainul tidak bertemu dengan Kim Taehyung. Tahu-tahu suaminya itu telah melakukan kemunculan dengan lagu baru iaitu Boy With Luv. Walaupun hatinya melonjak gembira apabila melihat wajah suaminya didalam video,hatinya tetap saja berasa sedih.
"Tulah kecoh je lebih. Diorang komen ni macam lah dorng bawak sumbangan yang banyak kat Negara kita . Setakat cakap je lebih tapi apa pun tak ada."
"Biarkan je diorang tu,diorang takkan diam selagi kita bising."
Kalini Ainul pula membuka mulut. Matanya naik berpinar membaca komen yang tidak baik tentang suaminya dan ahli kumpulan BTS yang lain.
"Tapi BTS tak buat pun apa benda yang diorang cakap ni. Diorang sedar tak kalau benda yang diorang cakapkan tu tak betul boleh timbul fitnah?"
Nafas berat dilepaskan. Sejujurnya dirinya sendiri pun tak tahu kenapa manusia sekarang lebih mempercayai kata-kata orang daripada mencari maklumat sendiri?
"Yang penting aku tahu siapa suami aku yang sebenanya."
"Kau serius ke nak pergi konsert diorng?"
Nafas kasar dilepaskan.
"Jiha? Kalau aku tak pergi sampai bilapun aku takkan ada peluang nak jumpa Taehyung."
Airmata yang telah lama tidak mengalir kini perlahan mengalir dipipi. Jujur dia rindu pada suami nya itu.
"Macam mana kalau si Taehyung tak ingat?"
"Aku akan buat dia ingatkan aku.Aku dah tekad. Aku akan rampas semula suami aku.DIA MILIK AKU!"
*
"Ainul yakin nak pergi fanmeeting tu?"
Soal Kak Syafiqah. Masih kurang yakin dengan jawapan yang diberi dari Ainul.
"Ye kak, Ainul yakin Ainul nak pergi fanmeeting tu. Akak boleh uruskan tak?"
"Demi Ainul akak sanggup je buat apa."
'Aku tak terlalu memuja kan ? Aku hanya nak curi hati suami aku semula. Tak salahkan ?'
Sejujurnya dia sendiri tidak yakin adakah dia bersedia atau tidak. Tapi inilah takdir dia sedia atau tak dia akan bangkit untuk cinta yang Allah hantar kepada dia.
YOU ARE READING
Syurga Menantimu + kth ( COMPLETED) (RE-EDIT)
RomanceDari artis dan peminat bertukar kepada suami dan isteri tanpa sengaja ? Demi menjaga nama baik kumpulan , Ainul Mardhiah terpaksa menerima meskipun dapat bersama selama beberapa bulan. Kim Taehyung atau Adam Firdaus mulai jatuh cinta terhadap gadis...
