Tanpa sedar dia telah berjalan jauh meninggalkan rumah mereka... Dia terlalu sibuk melayan perasaannya hingga tidak sedar sudah berada di kawasan yang begitu asing buatnya.

Di sebalik rimbunan pokok yang berdaun lebat dihadapannya kelihatan matahari malu-malu untuk memunculkan dirinya

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

Di sebalik rimbunan pokok yang berdaun lebat dihadapannya kelihatan matahari malu-malu untuk memunculkan dirinya.

Dihadapannya kelihatan seorang jejaka tampan berpakaian segak berdiri  sambil membelek-belek daun yang dikutipnya.

"Where am I ?" Monolognya sendirian.

Tania berpaling untuk berpatah balik namun dia hanya dikelilingi hutan tebal. Tiada jalan keluar.

Tania mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon Shizuma .  Malangnya talian tidak bersambung.

Mahu tidak mahu dia mula mendekati jejaka tadi namun jejaka kacak itu telahpun mula beredar. Tania segera berlari mendapatkannya.

Semakin dia berlari mengejarnya.. Semakin jauh dia masuk ke dalam hutan. Dia terus mengekorinya sehinggalah mereka sampai ke sebuah rumah besar di tengah hutan.

Jejaka kacak itu masuk ke dalam rumah itu. Tania tanpa berfikir panjang terus masuk ke dalamnya.

Tania tergamam sebaik sahaja masuk ke dalamnya. Di dalamnya terdapat banyak buku. Rumah itu adalah sebuah perpustakaan. Perpustakaan di dalam hutan.

" Selamat datang! Ada apa yang boleh saya bantu ?"
Penjaga perpustakaan itu mula menyapanya.

" Ahh.. saya.. tadi.. err... Tadi saya mengekori seorang lelaki yang masuk ke sini untuk bertanya jalan. "

"Nampaknya saya tersalah nampak, saya ingat dia masuk ke sini sebab pintu ini tadi terbuka." Kata Tania serba salah.

Pandangan Tania bertaut dengan  kanak-kanak berambut merah di hadapannya.  Kanak-kanak itu berselindung di belakang penjaga perpustakaan itu.

" Perpustakaan ini jarang dikunjungi orang sebab lokasinya terlalu jauh ke dalam hutan. Mungkin kamu tersilap nampak kut." Kata penjaga perpustakaan itu lagi.

" Begitulah nampaknya," balas Tania sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Tania memandang sekelilingnya. Terdapat makhluk-makhluk hitam tanpa kaki bergerak mengusung dan membelek-belek buku di disitu. Namun dia berpura-pura tidak melihatnya.

" Chise , kamu nak pinjam buku apa pula  hari ini ? Kamu dah buat keputusan dah, nak buat karangan  tentang apa?  " soal penjaga perpustakaan itu kepada kanak-kanak berambut merah itu.

" Belum lagi, saya nak baca dulu seberapa banyak buku yang boleh sebelum buat karangan tu." Balas kanak-kanak itu.

Tania terkejut mendengar kata-kata kanak-kanak itu. Dia pasti kanak-kanak itu adalah manusia biasa.

 TANIAWhere stories live. Discover now