3. Gold & Silver Group.

3.7K 301 2
                                    

**Chung Ae's POV**

"Esok dah sampai sekolah tunggu saya dekat cafe."

Saya teringat apa yang dikatakan oleh Luhan sebelum saya  balik semalam. Hmm... Hari pertama di sekolah baru saya. Let's see...

First, semalam saya jumpa lelaki pelik. Dia agak tinggi and handsome. Mungkin dia seorang yang sangat kaya dan anak tunggal di dalam keluarganya. Harap-harap saya tak sama kelas dengan dia.

Second, Bomi dan V.

First impression saya terhadap Bomi ialah dia seorang yang peramah dan happy go lucky. Agak peramah dan comel. V pula dia seorang yang agak senyap dan caring. V pun agak handsome. Diorang sangat baik dan saya harap mereka berdua antara pelajar Platinium.

Luhan, penolong ketua pengawas.. Hmm, kalau Luhan pun penolong ketua pengawas, agak nya siapa lah ketua pengawas?

Perwatakan Luhan memang nampak baik dan ada ciri-ciri seorang pemimpin. 

Peramah? Bolehlah.

Dia suka senyum dan saya agak selesa dengannya.

Platinium Class.

Apa yang special sangat pasal kelas ni? Hanya ada 12 orang untuk satu kelas. Kelas saya di kampung lebih kurang 35 orang dalam satu kelas dan saya sangat gembira. Saya rindu kawan-kawan saya semua.

Sedang saya dalam lamunan saya sendiri, saya dikejutkan dengan suara.

"Chung Ae?" 

"Bomi?" Saya terkejut.

"Hi! Hihi... Kita jumpa lagi..." Bomi duduk di sebelah saya.

"Hi Chung Ae." V menyapa saya dan duduk di depan Bomi.

"Kenapa duduk sorang-sorang dekat cafe ni?" Bomi bertanya.

"Macamlah budak baru macam saya ni ada kawan dekat sekolah yang besar ni. Hahaha..." Saya membalas.

"Awak boleh berkawan dengan saya. Dengan V. Betul tak, V?" Bomi bertanya V.

Saya memandang V dan dia tersenyum.

"Mestilah." V menjawab.

"Yeay!" Bomi tersenyum gembira.

Saya juga tersenyum. Kawan baru, checked.

"So awak duduk kelas mana nanti?" Bomi bertanya kepada saya.

"Ahhh... Pasal tu... Luhan cakap saya duduk di Platinium Class." Saya menjawab.

Bomi seperti terkejut dan memandang saya dengan mata besarnya.

"Pla..Platinium Class??" Bomi terketar-ketar bertanya kepada saya.

"Ahh... Yeah... Kenapa?" Saya membalas dengan kerut di dahi saya.

Saya memandang V dan dia pun agak terkejut bila saya bertanya.

"Chung Ae. Awak kena berhati-hati dengan pelajar-pelajar Platinium." Bomi memberitahu saya.

"Huh? Kenapa?" Saya kebingungan.

"Di dalam Platinium Class hanya ada 12 orang pelajar sahaja dan kesemuanya lelaki." V membalas.

"Huh?! Lelaki?" Saya terkejut. 

Takkanlah semuanya lelaki...

Tiba-tiba kami bertiga dikejutkan dengan suara pelajar-pelajar perempuan sedang menjerit-jerit.

"Chanyeol oppa! Chanyeol oppa!!!"

"Chanyeol oppa sini! Sini sini!"

Saya memandang ke arah suara-suara kecoh itu dan saya ternampak lelaki pelik sedang berjalan bersama lebih kurang lima orang di belakangnya.

She Is My Girl.Where stories live. Discover now