2. Platinium Class?

4K 306 1
                                    

Hye everyone :). Happy reads! :)

---

**Chung Ae's POV**

"Hope the best for you okay?" Bomi memberitahu saya.

"Thanks Bomi. Thanks V." Saya berterima kasih kepada mereka.

Mereka berdua tersenyum kepada saya dan berjalan pergi. Saya mengambil nafas panjang dan mengetuk pintu tersebut sebanyak dua kali.

Saya membuka pintu tersebut dan masuk.

Pemuda itu berhenti membuat kerjanya dan memandang saya.

"Uhh... Saya rasa saya dah salah bilik. Maaf." Saya meminta maaf kepada pemuda tersebut dan kaki mula ingin berjalan pergi.

Tiba-tiba pemuda itu memberhentikan saya.

"Cik, nak jumpa dengan pengetua?" Dia bertanya.

"Uhh... Yeah.. Dimana bilik pengetua ye?" Saya bertanya kepadanya.

"Inilah bilik pengetua. Saya Tuan Park Hyung Sik. Pengetua Present Lynwood Highschool." Dia memperkenalkan dirinya dan senyum kepada saya.

Saya agak terkejut kerana dia memang bukan seperti apa yang saya sangkakan sebagai seorang pengetua. Saya ingatkan pengetua sekolah ini agak tua, sedikit beruban dan memakai spek mata. Tapi rupanya dia seorang yang segak, penampilan yang nampak sangat professional dan seperti seorang yang berumur puluhan tahun.

"Silakan duduk." Dia mempelawa saya.

Saya tersenyum ke arah nya. Saya rasa senyuman saya agak awkward sebab saya masih tidak boleh percaya yang tuan Park Nampak sangat segak dan muda.

"Terima kasih." Saya berjalan ke arah kerusi dan duduk dalam posisi yang selesa.

"Pasti cik ingat saya bukan seorang pengetua. Tidak mengapa, saya dapat banyak ekspressi muka macam cik tadi, saya sudah biasa hahaha. So, back to our real story. Saya pasti cik adalah Lee Chung Ae. Pelajar yang  mendapat biasiswa daripada sekolah kami, betul?" Dia bertanya kepada  saya.

"Ya. Saya Lee Chung Ae dan saya difahamkan untuk berjumpa dengan Tuan pada hari ini." Saya membalas.

"Betul. Sebenarnya kami, iaitu saya, pengerusi sekolah dan pastinya ketua presiden sekolah amat terkejut dengan pencapaian yang dibuat oleh cik Lee dalam program biasiswa kami. 100 soalan yang susah dan cik Lee  berjaya menjawab 99 soalan betul dan dengan tepat sekali." Tuan Park memuji saya.

Saya tersenyum.

"Terima kasih sekali lagi. Saya memang tak pernah jangka yang saya dapat memasuki sekolah yang diiktiraf dunia. Saya rasa bangga." Saya membalas.

"Dengan persetujuan semua pihak, kami akan memberikan semuanya percuma kepada cik Lee selagi cik Lee mengekalkan prestasi yang bagus dan cemerlang. Dari uniform hingga ke buku akan disediakan oleh pihak sekolah. Cik Lee boleh memulakan sesi persekolahan esok memandangkan segala keperluan akan diberikan pada hari ini." Tuan Park menjelaskan kepada saya.

Saya agak terkejut. Wah... Ini lebih daripada cukup. Maksudnya ayah tak perlu mengeluarkan duit untuk keperluan sekolah saya? Memang sekolah yang diidamkan oleh ramai pelajar.

"Tuan Park, saya akan berada di kelas mana?" Saya bertanya.

"Ah.. Ye, tentang itu. Saya hamper terlupa. Terima kasih kerana mengingatkan saya. Cik Lee akan bersama pelajar-pelajar istimewa kami iaitu di Platinium Class. Kelas Platinium adalah kelas yang menempatkan pelajar yang tinggi IQ nya dan dapat markah terbaik di dalam setiap test yang kami beri." Tuan Park menerangkan kepada saya.

She Is My Girl.Where stories live. Discover now