39. HSSAD

3.2K 221 43
                                    

This big year.. So busy.. Sorry everyone :(

I can't wait to get my Young Forever album! I bought the night version!

YAY

---

**Chung Ae's POV**

"Baiklah Tuan Park." Saya tersenyum dan menunduk tanda hormat seterusnya keluar dari biliknya.

Akhirnya! Saya tak perlu bersusah payah nak ambil jawatan sebagai tugasan seorang pelajar biasiswa ni lagi kerana Julia menawarkan dirinya untuk mengambil jawatan yang susah ni.

Saya membetulkan sedikit blazer saya dan minda saya mula memainkan adegan Kai yang sedang menulis sesuatu di atas kertas tadi. Tambahan pula dengan surat-surat yang saya dapat sebelum ni.

Setahu saya, Kai tak pernah lagi sampai ke rumah saya sebelum ni?

"Aishh.. Takkanlah Kai yang buat?" Saya bertanya pada diri saya.

Tapi mungkin juga.

Saya terdengar suara di dalam minda saya berkata. Dengan itu, saya terus berhenti dari berjalan.

"Saya ada masalah ke dengan budak-budak kat kampung? Rasanya macam tak ada. Semua baik dengan saya. Budak bandar ni je, pelik-pelik."

Saya mengeluh.

"Hi Chung Ae!" Saya terdengar suara Jr.

Saya tersenyum.

"Hi Jr! Kenapa tak ada kat kelas?" Saya bertanya sambil kami berdua jalan semula ke kelas.

"Awh. Tadi pergi toilet hehe." Jr mengusap belakang tengkuknya.

Saya mengangguk perlahan.

"Tadi saya macam nampak awak cakap sorang-sorang. Gila ehh?" Jr tersenyum dan memandang saya seterusnya tergelak kecil.

"Aey! Mana adalah! Saya cakap sorang-sorang sebab saya nak luahkan perasaan saya. Dah penat dah simpan dalam hati ni." Saya tersenyum.

Kami berdua menaiki tangga ke tingkat Platinium sambil tergelak kerana Jr tidak berhenti membuat lawak bodohnya.

"HAHAHA! Jr berhenti. Tolonglah. Hahahaha!" Saya tergelak.

Jr tersenyum dan memasukkan kod kelas seterusnya membuka pintu.

"Humm? Tak ada orang?" Saya memandang Jr.

"Pergi gym." Jr membaca sesuatu di papan putih.

"Ouh ada tulisan kecil kat sini." Saya pergi ke hujung papan putih dan membacanya.

"Saya dah letak baju sukan awak bawah meja. :) - Yeol"

Saya tersenyum.

Saya pergi ke arah meja saya dan melihat bawah meja saya. Saya mengambil baju dan seluar sukan yang diletakkan oleh Chanyeol tadi.

"Chung Ae, awak kena tukar dekat washroom, kan? Saya malas nak tukar dekat bawah. Saya tukar kat kelas je." Jr memberitahu.

"Ahh okay, okay." Saya mengangguk dan tersenyum.

Saya berjalan dengan kelajuan yang agak laju turun ke washroom untuk menukar baju saya.

Bagus. Tak ada orang.

Saya cepat-cepat menukar baju saya serta ambil pin g saya dan terus ke bilik gym. Saya masuk ke dalam dan cuba teka,

Mereka semua buat kerja sendiri. Kai masih dengan headphone nya. Chanyeol, Baekhyun dan Suho sedang berbual tentang sesuatu. Kris dan Xiumin pula sedang bermain pass, pass bola.

She Is My Girl.Where stories live. Discover now