32. Anak kucing.

2.6K 273 26
                                    

" I may not be perfect but at least I'm not fake and copy someone else's. "

-unknown-

---

**Chung Ae's POV**

Saya terkedu.

Adakah Sehun baru mengaku yang...

"Bodoh." Sehun bersuara.

"H-Huh?" Saya memandangnya.

"Kalau aku cakap aku suka kau baru kau senyap? Umm senang lah kalau macam tu. Bila kau jadi degil je, aku cakap aku suka kau. Aku nak kau. Aku sayang kau. Tak pernah terfikir pula." Sehun bersuara dan berjalan semula ke arah keretanya.

"Y-Yah! Awak!" Saya menjerit kepadanya.

Aduh.. Malunya. Jahat Sehun. Rupanya dia main-main sahaja. Tak mungkin Sehun, ketua Silver Group suka kepada saya. Haha.

Saya terkejut. Terkejut kerana Sehun baru hon keretanya di depan saya. Saya menjelingnya dan berjalan ke arah rumah saya.

Saya masuk ke dalam kawasan rumah dan menutup pagar semula. Saya ternampak selipar ayah dan saya tersenyum.

"Saya dah balik!" Saya tersenyum.

"Ayah kat dapur!" Ayah saya yang berada di dapur membalas.

Saya terus ke arah dapur dan tergelak kecil bila nampak ayah sedang membasuh pinggan.

"Ayah! Chung Ae rindu ayah!" Saya memeluk belakang ayah saya.

"Hahaha apa ni.. Dah dah lepas, ayah belum sempat mandi lagi. Hahaha." Ayah saya menjawab dari depan.

Saya melepaskan belakang ayah saya mengambil cawan kosong yang berada di atas rak. Berjalan ke meja makan dan mengambil jag yang sudah terisi air. Saya menuangnya ke dalam cawan dan duduk minum.

"Tadi Sehun datang." Ayah saya bersuara.

Peristiwa tadi mula bermain dalam fikiran saya. Uggh.

"Emm. Tadi Chung Ae sempat jumpa Sehun kat luar. Ayah, kenapa Sehun datang?" Saya bertanya.

"Dia nak bagitahu ayah tentang oven yang terbakar semalam. Nasib baiklah kawan-kawan Sehun tu yang buka oven ni. Ayah risau kalau Chung Ae yang buka." Ayah saya membalas.

"Sehun yang padamkan api semalam." Saya memberitahu.

"Itulah. Ayah sangat sangat berterima kasih kat budak tu. Ayah nak balas budi, tapi kita ni tak ada apa-apa. Hahaha..." Ayah saya tergelak. Saya juga turut serta mengikut gelak tawa ayah.

"Chung Ae." Ayah saya memanggil.

"Umm?" Saya membalas dan berjalan ke arah ayah untuk meletakkan cawan yang saya gunakan tadi ke dalam sinki.

"Ayah suka budak Sehun tu." Ayah saya tersenyum.

"Ugh. Ayah.. Sehun tu kawan Chung Ae je." Saya membalas dengan malasnya.

"Tapi dia baik, sopan santun-"

"Ayah!" Saya mencebik.

"Hahaha!" Ayah tergelak besar dan saya hanya menggelengkan kepala saya.

Saya masuk ke dalam bilik dan terus baring di atas katil.

"Bencinya hari ni." Saya mengeluh. Saya mengeluarkan telefon dari poket skirt saya dan saya terima 3 missed call dari Chanyeol.

Saya teringat insiden Julia yang memeluk leher Chanyeol masa di dalam panggung tadi.

"Eeeeee!!!" Saya menjerit guna suara dalam saya sambil kedua-dua belah kaki saya ke atas dan memukul-mukul angin.

She Is My Girl.Where stories live. Discover now