Donghyeon letakkan bantal di sofa dan tutup badan dengan selimut tebal. Donghyeon memandang bilik Juno dan ibubapanya yang tidak jauh dari ruang tamu.

"Juno-ah, maafkan hyung sebab tak dapat membantu keluarga Juno sangat. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami sekeluarga " Ujar Donghyeon lalu berdoa sebelum tidur.

Selepas selesai membaca doa tidur, Donghyeon masih lagi bercakap dalam hati. Dia tidak dapat tidur kerana pelik dan hairan dengan tiga sepupunya tiba-tiba yang berubah.

"Kalau diikutikan, appa aku, atok, Pakcik Haechan,Pakcik Johnny, Pakcik Jaehyun dan Pakcik Winwin yang selalu tanggung kos barang-barang Pakcik Juno sekeluarga, Appa diaorang cuma bayar selebihnya je, appa aku lagi lah, bayar bil Makcik Siyeun bersalin. Kenapa diorang yang panas punggung?" Donghyeon menanya diri sendiri tapi tidak ada jawapan.

Akhirnya Donghyeon tidur di atas sofa empuk dan mahal milik atok kesayangan iaitu Lee Sooman. Yang ditempah dari Eropah dan diperbuat dari kayu mahal.

Semoga mimpi yang indah, anak Doyoung dan Yeri :)
Yang lain patut mimpi ngeri :)

++++

Riana memandang Jisung yang sedang benamkan muka di perutnya. Riana menggeleng perlahan kerana sudah lima minit Jisung benamkan muka pada perutnya.

"Sayang, awak dah puas ke belum? " Soal Riana kepada suaminya, Jisung mengangkat muka dan menggeleng perlahan.

"Belum lagi, anak kita tengah tidur" Balas Jisung dan cium perut Riana dengan penuh kasih sayang.

Riana ketawa kecil apabila Jisung berborak dengan anak mereka didalam perut.

"Anak appa tengah buat apa kat dalam tu? Tak sabar nak tunggu hari nak jumpa apa dengan eomma ya? Kami pun tak sabar nak jumpa kamu" Jisung mengusap perutnya perlahan lalu menciumnya untuk kali terakhir.

"Awak ni, anak kita baru dua minggu. Bukan dua bulan" Riana menarik selimut, bersedia mahu masuk tidur. Jisung baring sebelah Riana dan memegang perut Riana.

"Wanginya bau badan awak" Ujar Riana kepada suaminya.

"Ini kan suami kepada Riana Simon Kim, mestilah kena wangi. Tak boleh bucuk-bucuk" Kata Jisung dan mencubit pipi isterinya sekilas.

Riana memberikan ciuman selamat malam di pipi Jisung lalu masuk tidur. Jisung pula mencium dahi isterinya dan mengusap perut Riana perlahan.

"Selamat malam anak appa~" Jisung memeluk Riana dengan erat. Kemudian masuk tidur tanpa gangguan.

Selepas Jisung masuk tidur, Riana membuka matanya sedikit untuk lihat keadaan suaminya. Riana tersenyum melihat wajah Jisung yang sedang nyenyak tidur.

Tak kira dalam keadaan apapun, sama ada sedang tidur, berkebun, balik bekerja, Jisung tetap encem.

"I love you Lee Jisung" Ujar Riana lalu berikan ciuman di pipi sekali lagi. Kalau boleh, dia nak gigit-gigit Jisung sebab terlalu comel dan gebu. Tapi dia tak mahu orang asyik tanya tentang gigitan nyamuk :)

++++

Pukul 12 tengah malam, Taeil dan Junghee masih lagi belum tidur, kerana sedang menjalankan satu misi, iaitu mencari harta karun aka uban di atas kepala Taeil.

"Cari elok-elok tau, jangan lepaskan satu uban pun. Saya sayang awak ketat-ketat, awak nak apa-apa pun, saya akan belikan untuk awak" Ujar Taeil kepada Junghee.

"Eleh, yelah tu" Kata Junghee.

"Betul lah tu, awak nak apa-apa jajan pun, saya tunaikan" Kata Taeil lalu mengusap perut rata Junghee.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now