23

31 7 0
                                    


"Kamu ni berbakat sebenarnya tau tak? Nasib baik saya suruh kamu masuk pertandingan ni." Kata cikgu Aziz.

"Terima kasih." Kata betina bertiga tu serentak.

Ya, mereka baru sahaja menyertai pertandingan nyanyian berkumpulan dan memenangi tempat pertama, mengalahkan ratu dugong, Edros.

"Kamu punya graduasi dah dekat, kan? Kamu buat lah persembahan nanti."

"Yeah, tengoklah nanti." Kata Nadya selaku leader.

"Kami keluar dulu ya." Kata jantan idaman bertiga tu. Baru sahaja betina bertiga nak ambil langkah keluar-

"Eh, kamu bertiga, saya nak cakap sikit lagi ni." Kata Cikgu Aziz menahan mereka daripada keluar.

Kamu nak debut tak? Tanya cikgu Aziz guna bahasa kening.

"Jap, cikgu tanya yang kami nak debut ke?" Tanya Anis yang agak terkejut dengan penguasaan bahasa isyarat Cikgu Aziz.

"Ya."

"Emm, keinginan tu ada lah. Kenapa cikgu?" Tanya Aishah.

"Kamu ni dah menarik perhatian ramai penonton tau tak? Worldwide you know!"

"Okay, jadi?" Tanya Aishah lagi.

"Tengoklah ni." Cikgu meletakkan tiga jenis kad bisnes di hadapan mereka bertiga.

"JYP? YG? Koffee Ent.?" Nadya membaca nama syarikat yang tertera.

"Anis dapat YG. Tengoklah nanti awak debut dalam group Blackwhite ke. Nadya dapat JYP. Entah-entah boleh debut dalam kumpulan nama Thrice ke?" Mereka mengerutkan muka.

"Aishah dapat Koffee Ent. Kamu tau kan ni syarikat yang tengah mendadak naik ni? Femes. Ada group pernah debut, Banana Split tapi dah disband sebab nama diorang ada split so kena split." Sambung cikgu lagi.

"Jap, kami dapat syarikat lain lain eh." Tanya Anis.

"Ya."

"Bighit takde?" Tanya Aishah.

"Bighit tak nak trainee perempuan buat masa ni. Bigshiet boleh je kalau kamu nak mohon."

"Jadi, kalau kami setuju, apa nak buat?" Tanya Aishah. Macam bersemangat je nak debut.

"Mereka ada tawarkan untuk kamu debut. Lepas graduasi, kamu boleh sain kontrak dengan syarikat pilihan kamu."

"Oh." Mereka pun mengambil kad syarikat dan meminta diri.

"Damn! Kita dapat tawaran debut!" Jerit Anis sambil melompat-lompat.

"Ye doh. Tak sangka dengan skills kita, sampai macam ni rezeki yang kita dapat." Kata Nadya.

"Lepas graduate, aku nak sign doh. Bayangkan, eh kita betul-betul pergi talk shows, awards. Takdelah sendu macam show 'Takkan Tak Tau'." Kata Aishah.

"Weh, dengar nama pun dah macam nak nangis." Kata Nadya acah menangis. Maklumlah, diramalkan akan debut berlakon.

"Kita boleh pergi talk show, award ngan BTS kan?" Tanya Anis dan menggerakkan keningnya.

"Kan! Ohmaigosh!" Jerit Aishah sambil memegang pipinya. Memikirkan masa depan ngan Jungkook eh eh.

"A-aku nak pergi tandas jap." Kata Nadya lalu berlari ke tandas.

"Eh bukan kau ke yang sembelit Aishah?" Tanya Anis.

"Eh at least dia pergi toilet daripada dia berak dalam tong sampah."

"AISHAH!"

Maka perang dunia ke berapa pun aku tak tau terjadi.

Hold Me TighterDonde viven las historias. Descúbrelo ahora