2

116 20 2
                                    

"Tema tahun ni ialah masquerade."

"Hahhhhhhhh?" Murid kelas itu semua berteriak bagai terkena histeria.

Tapi belum histeria lagi lah.

Ada yang gembira, ada juga yang gelisah tak tahu nak pakai apa.

Ada juga yang tak kesah pon pasal semua tu sebab pasangan pon takde. aduhh sedihnya hidup!

Kelas bersambung seperti biasa. takde yang istimewa pun. Cuma memang semua tak fokus pon dekat kelas sebab sibuk nak bersembang.

Ketua sembang tu memang tak lain tak bukan si Edros.

---

Prom dah nak dekat. Tapi pasangan pon takde lagi.

Jadi mereka bertiga adakan mesyuarat. Pernah dengar mesyuarat tingkap? Haa kali ni buat mesyuarat tingkap dah, tiga betina tu lagi maju. Mereka namakan mesyuarat mereka sebagai MESYUARAT LANGSIR HARIAN.

"Okay, cikgu dah buat kerja sendiri. Anis," Nadya memberi isyarat kepada Anis. Dengan pergerakan yang lincah, langsir berwarna kuning yang sudah koyak rabak diselak. Anis menarik kerusi untuk duduk di sebelah Nadya di balik langsir.

"Aishah?" Tanya Anis.

"Haaa jap jap. AISHAH." Jerit Nadya.

"Pe?" Jawab Aishah ringkas.

"Nak masuk tak mesyuarat ni?"

"Nak!"

"Haa password lu."

"Urmm I don't know."

"Tet. Salah."

"Tak taulah."

"Tet. Salah."

"Barulah suwegg."

"Haa meh masuk." Nadya menarik langsir untuk membenarkan Aishah menyertai mesyuarat itu tapi-

"ADUH!" Pekik Aishah selepas terlanggar tangan ranting Nadya.

"Oit sorry!"

"Korang mula lah dulu. Japgi aku masuk."

"Okay." Nadya jawab di balik langsir bersama Anis. Disebabkan suasana senyap sahaja, Nadya tiba-tiba bersuara.

"Ehem, suara aku deep."

"Jadi?"

"Ish." Mata Nadya meleret ke bahagian belakang Anis.

"Nape- oh, ada orang kan kat belakang aku?" Nadya mengangguk.

"Aishah eh?" Tanya Anis tapi Nadya menggeleng.

Anis yang sudah bingung memusingkan kepala ke belakang dan-

"BAH!"

"AAAAAAAAAA!" Maka terserlahlah bakat vokal high note Anis, kalah Edros.

Anis terus keluar dari mesyuarat langsir disebabkan trauma.

"Ish, Edros ni! Tak nak duduk belakang langsir dah! Trauma!" Pekik Anis dan Nadya hanya gelak sahaja. Sangat tidak membantu.

"Aip, cepatlah Anis! Kata nak mesyuarat!" Kata Nadya.

"T-tak nak. T-trauma."

"Masuk jelah." Desak Nadya lalu menyelak langsir hapak itu memulakan perbincangan.

"Haa nak buatpe. Ehem, suara kita deep." Ejek Anis dan Nadya hanya menenung wajah Anis.

"Ish, takyahlah buat muka camtu!" Jerit Anis sambil memukul peha Nadya.

Hold Me TighterWhere stories live. Discover now