55. Terima Kasih Senior Daniel

2K 154 4
                                    

Bercebik bibir Daniel dengan kata-kata lirih Zara. Kenapa Zara cakap macam ni?Tidak sukakah Zara kepadanya?Tidak cukup jelas lagi ke perasaannya ini pada Zara?

"Kenapa awak cakap macam tu Zara?"

Zara melepaskan hela nafas pendek.

"Daniel...hentikan semua ni sebelum awak sendiri yang terluka."minta Zara dengan lembut. Dia mengusap pipi Daniel dengan kasih. "Awak takkan ke mana sekiranya awak pilih saya sebagai pasangan hidup awak...saya hanya akan berikan awak derita dan sakit...macam ayah saya cakap.. saya hanya dilahirkan untuk menyusahkan hidup orang lain...."

Daniel memegang tangan Zara yang ada di pipinya lalu dibawa ke bibir sebelum dikucup tapak tangan itu dengan mata terpejam.

"Sebab saya cintakan awak dan perlukan awak dalam hidup saya Zara. Segalanya dalam hidup saya adalah tentang awak. Tanpa awak hidup saya tak bermakna..."luah Daniel dengan mata terpejam saat bibirnya masih di tapak tangan Zara. Perasaan takut menggunung di dalam dada sampaikan dia berasa mahu menangis pun ada sekarang ini. Janganlah Zara menolak cintanya ini.

Serta merta mata Zara kemerahan mahu menangis. Tapi dia gagahkan diri. Ucapan lirih Daniel menambahkan lagi sebak yang dirasai sejak tadi.

"Saya tak boleh terima awak dalam hidup saya sekalipun saya mahukannya. Saya takut kalau saya terima awak...awak akan lukakan hati saya seperti orang lain lakukan pada saya.." kata Zara.

"Tak Zara...saya janji saya takkan sakiti awak..."Daniel memandang Zara sambil meramas jari jemari Zara.

Kening Zara berkerut.Mencerlung kemerahan. Kalau dia tak boleh beritahu sesiapa. Biarlah dia beritahu pada Daniel. Sebab lambat laun semuanya akan tahu jugak. Lagipun dia tak nak sakit hati sesiapa lagi. Mungkin kalau Daniel tahu, lelaki itu akan berputus asa dengannya.

"Saya tenat Daniel...."luah Zara dengan nada tenang.

Daniel membuka mata, lelaki itu memandang terkejut ke satu arah sebelum dia memandang Zara dengan mulut terbuka. Tangannya yang memegang tangan Zara jatuh lemah ke atas pehanya.

"Apa awak cakap?"soal Daniel dengan wajah tergamam.

"Saya hidap kanser otak..."sebut Zara bersama ketulan udara dalam kerongkong.

Daniel mencebik mahu menangis sambil menggeleng kepala.

"Tak..tak..awak tipu...awak tipu Zara..."rayu Daniel sambil memegang lengan Zara. Dia lihat segenap tubuh Zara dengan wajah seperti orang kalah."Please..no" rayunya dengan sebak.

Zara perhati reaksi Daniel dengan renungan sedih.

"Maafkan saya..."ucap Zara yang cuba mengangkat muka Daniel supaya memandangnya. Tetapi lelaki itu hanya tertunduk memandang ke bawah.

Daniel meratap sedih sebelum menyandarkan kepalanya ke bahu Zara.

"Tak Zara...kenapa...kenapa awak..."nangis lelaki itu sebelum mengangkat kepala dan menatap wajah Zara bersama linangan air mata di pipi. Kenapa mesti orang yang dia cintai?Kenapa tiada siapa yang dapat kekal bersama dengannya?Tidak ibubapanya... sekarang Zara!

Zara menyeka air mata itu dari pipi Daniel dengan senyuman di bibir.

"Shhh...jangan menangis. Saya tak apa-apa. Jadi jangan nangis sebab saya..."pujuk Zara dengan tenang. "Saya tak nak awak bazirkan masa dengan saya. Dan jalani hidup awak tanpa berharap pada saya..saya tak boleh nak berikan kebahagiaan tu pada awak Daniel..."

Daniel menggeleng kepala. Dia tunduk memandang ke bawah bersama air mata berjuraian turun dari batang hidung. Air mata itu menitis jatuh di atas kain dress Zara. Meninggalkan tompok-tompok kecil.

"Sudah berapa lama awak sakit Zara, kenapa saya tak tahu..."rintih Daniel menangis teresak-esak kerana sesak di dada.

Zara mengusap kepala Daniel seperti mana dia selalu pujuk Sarah supaya berhenti menangis.

"Mungkin sebab dekat dunia ni saya langsung tiada fungsinya. Mana sahaja saya berada tak ada sesiapa yang sudi menerima kehadiran saya. Kerana itu Tuhan berikan sakit ni pada saya... supaya saya berhenti susahkan mereka."kata Zara.

Perlahan-lahan Daniel mengangkat kepala. Memandang Zara dengan mata kemerahan dan basah dengan air mata.

"Berapa lama awak tanggung sakit ni?Sejak bila?"tanya Daniel.

Zara menyeka air mata dari bawah mata Daniel dengan ibu jari kanannya.

"Setahun yang lepas. Masa saya pengsan dekat kafe. Saya ingatkan itu hanya migrain biasa. Tapi disebabkan sakitnya kejap datang kejap tak. Saya jumpa doktor. Doktor beritahu yang sakit tu bukan sebab migrain. Tapi ketumbuhan yang ada di tengah-tengah otak saya.Awalnya doktor doktor sahkannya malignant tapi disebabkan saya tangguh rawatan, keadaan itu jadi serius."

Daniel mendengar dengan teliti.

"Kenapa awak tak buat rawatan atau pembedahan lepas dapat tahu?"soal Daniel kedengaran hilang sabar.

"Risikonya tinggi. Dan saya tak dapat ambil risiko tu memikirkan ada perkara yang saya perlu lakukan...."jelas Zara dengan nada tenang. "Saya takut kalau saya jalani pembedahan tu saya takkan sedar atau paling teruk-"

"Beritahu saya..."minta Daniel dengan suara serak nangisnya.

Zara memberi renungan tidak faham.

"Beritahu apa?"soal Zara.

"Keinginan awak. Segala yang awak hendakkan. Beritahu saya. Saya akan bantu untuk tunaikannya. Selepas itu kita jalani pembedahan untuk kanser awak. Dengan itu saya akan dapat jalani hidup saya dengan bahagia jika awak tiada lagi. Kerana saya telah pun bahagiakan insan yang saya cintai pada saat-saat terakhirnya..."ucap lelaki itu dengan nekad.

Terus tersenyum lebar Zara mendengarnya.

"Awak tak menyesal?"tanya Zara dengan nada ceria.

Daniel mengangguk kepala. Setitis air mata turun ke pipi.

"Minta pada saya. Arahkannya pada saya. Apa saja. Saya akan tunaikannya untuk awak. Asalkan awak gembira dan senang hati..."

Zara tertawa kecil sebelum menarik Daniel ke dalam pelukannya.

"Permintaan saya adalah untuk bersama awak dengan saya sehingga hela nafas saya yang terakhir..Daniel"minta Zara di dalam hati. "Terima kasih senior.."ucap Zara sambil tersenyum sedih.

Daniel membalas pelukan itu dan mengucup leher Zara bersama linangan air mata. Kedua-dua tangannya melingkar erat ke sekeliling tubuh itu saat esaknya menjadi-jadi.

2. Love The Way You LieWhere stories live. Discover now