++++

Saera dan Minyoo mengesat peluh di dahi, mereka sudah selesai menghias ruang tamu dengan bunting (banner)  dan belon yang diisi helium supaya terapung. Kek yang ditempah juga telah sampai dan nasib nama telah ditukar.

Kalau tidak, Haechan terus jadi gorila kat situ juga.

"Mama, ayam goreng ni nak letak kat mana? " Soal Yujun yang membawa pinggan besar yang berisi ayam goreng yang banyak.

"Letakkan kat meja tu, susun elok-elok. Kita kena buat budak gemuk tu menangis. Bila dah besar, kita boleh tunjuk gambar hodoh dia kat girlfriend dia" Ujar Saera.

"Haha, ada-ada jelah mama ni. Ada je idea nak menyakat cucu " Yujun ketawa kecil dan letakkan ayam tersebut untuk ambil hidangan lain.

"Siyeun, tolong buka susun kotak piza yang baru sampai tu supaya tak serabut kat meja" Kata Hyejin.

Siyeun bangun dari kerusi dan membantu mengalihkan 12 kotak piza itu. Tanpa disedari, setitis airmata jatuh terkena kotak itu.

"Eomma? " Juno menepuk bahunya.

"Kenapa? " Soal Siyeun dan mengesat sisa airmata yang jatuh.

"Jena menangis, bila Juno buatkan susu dalam botol. Dia taknak minum pun. Itu yang Juno minta tolong" Ujar Juno yang sebenarnya mahu hentikan ibunya dari buat kerja.

"Okay, eomma pergi tengok" Siyeun tepuk punggung untuk hilangkan habuk. Juno tersenyum.

"Makcik Mara, boleh Juno tolong ? " Soalnya.

"Boleh, tapi tangan kamu kuat ke? Makcik taknak kamu cedera lebih teruk" Kata Mara yang sedang lap meja.

"Takde apa-apa pun. Juno kuat"

"Itu, angkat cawan plastik dan pinggan dan letakkan di atas meja" Ujar Mara sambil menunjuk yang perlu dilakukan.

"Aip aip kapten! " Juno terus lakukan seperti disuruh. Semua orang sibuk dalam rumah. Manakala kaum lelaki pula dalam perjalanan balik.

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi van yang selalu hantar budak ke sekolah.

"Alamak, asal lah diorang nak balik masa ni? Kenapa cikgu tak buat kelas tambahan? " Yeri menggaru kepala yang tidak gatal.

"Pintu dah dikunci kan masalahnya? " Soal Riana yang sedang mengikat tali pada belon.

"Dah, kita teruskan sampai Haechan beri isyarat. Kita buat kerja dengan cepat" Ujar Yesung.

"Macam mana kalau budak-budak tu rempuh pintu? " Soal Mintty yang telah seram sejuk.

"Takdenya, tenaga mereka tak kuat macam orang dewasa" Kata Haera.

"Tenangkan hati saudari-saudari semua. Buat kerja seperti tiada apa-apa." Ujar Yujun seperti penceramah bebas.

"Kalau ada Shannon, Charli dan Betty mesti seronok. Jadi makin bising jadinya" Ujar Minyoo dan membuatkan mereka tersenyum nipis.

"Maaflah sebab saya baru masuk keluarga ni. Siapa Shannon? Kalau Charli tu tahulah isteri Mark oppa, Betty tu pula isteri kedua Johnny oppa" Soal Riana yang hentikan kerja.

"Shannon tu isteri kepada Yuta. Abang kandung Jisung. Mereka dah lama kahwin tapi susah dapat anak. Mereka buat IFV dan berjaya tapi Shannon meninggal masa kandungan dia 7 bulan lebih sebab terjatuh bilik air. Alessia dikeluarkan dari perut Shannon supaya tak lemas" Balas Minyoo dengan terperinci.

"Saya tak tahu, betul-betul tak tahu. Tak sangka pula Yuta oppa kehilangan isteri dengan menyayat hati" Ujar Riana.

"Mark pun lebih kurang, Charli meninggal masa bersalin. Sejarah berulang semula" Balas Mara yang sebenarnya lebih kepada menyampuk.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now