✿ 46(End)

163 13 0
                                    

Chapter ni pun panjang gak.Enjoy~🐝❤

"Maafkan aku Yeri.." Aku hanya memandang Irene sedang melutut bekas abu(?) milik seseorang.

Ya,bekas itu milik Yeri.Sudah 2 tahun dia meninggalkan kami.Walaupun kami tidakla serapat mana,tapi keramahan dia membuatkan aku senang berkawan dengannya.Dia juga meninggalkan kebaikan yang besar bagi kami semua.Disebabkan dia,Irene sedar akan kesilapan besarnya.Sekarang,dihadapan aku ialah Irene yang baharu.Irene telah dibebaskan 2 bulan lepas.

Ya,kami berdua selamat dalam pembedahan.Cuma,Yeri,dia telah menghembuskan nafas terakhir pada waktu itu.Aku sangat berhutang budi padanya.Dia sanggup membahayakan nyawanya untuk kami berdua.Aku harap dia tenang di alam sana.

"Irene..jom balik.Esok kita pergi melawat lagi nae?" Kata si suami,Taehyung.Taehyung buat keputusan untuk kahwin dengan Irene.Dah alang-alang dia single,ada awek cun yang single,baik dia mengurat.Masa kahwin tu la,cinta mula berputik.

Irene mengangguk kemudian dia jalan melepasi kami berdua.Taehyung memandang aku.

"Saya tunggu dalam kereta nae?" Aku mengangguk.Aku memandang bekas abu di hadapan ku.Aku mula memandang bekas itu sambil tersenyum sayu.Aku duduk bertinggung.

"Hai Yeri.Saya datang sini nak jenguk awak.Saya rindu sangat dekat awak walaupun kita tak rapat.Saya tahu,ini dah berjuta kali saya ucap,tapi saya nak ucap jugak.Terima kasih selamatkan nyawa saya dan Irene.Awak sangat baik hati.Awak sanggup bahayakan diri awak untuk kami.Saya harap,Tuhan sahaja dapat balas jasa awak." Aku mula bangun dari duduk.

"Saya pergi dulu." Bunga segar aku letak dihadapan bekas itu lalu aku aturkan langkah menuju ke kereta Taehyung.

•••

"Omma!" Aku memandang Jaehyun yang berumur 7 tahun yang memeluk kaki ku.Haih dah besar anak ku ini.

"Jom" Aku pimpin tangan Jaehyun pergi ke ruang tamu.

"Ma..ma" Aku tergelak melihat telatah anak kedua aku,Jeon Yojung yang sedang duduk.Baru 8 bulan.

"Appa mana?" Soal aku pada Jaehyun.Dia muncung mulut kearah dapur.

"Tengok Jung kejap nae?" Kepala Jaehyun aku usap.Dia mengangguk.Kaki aku bergerak ke dapur.

Jungkook yang sedang buat sesuatu aku peluknya dari belakang.Jungkook toleh kebelakang lalu tersenyum.

"Baru balik?" Dia pusing ke arah ku sambil menggoncang botol susu.Susu kepunyaan Yojung mungkin.Ataupun Jaehyun.

Jangan terkejut.Dia memang suka minum dalam botol susu.Ikut appa dia la tu.😂

Aku angguk.Jungkook kerut dahi pabila mendengar Yojung gelak dari ruang tamu.

"Tadi dia yang nangis sebab lapar.Tetiba,boleh gelak pulak" Aku gelak.

"Rindu saya kut" Aku ikut Jungkook dari belakang pergi ke arah anak-anak kami.

•••

Keletong tong tong~

Dahi aku berkerut pabila sesuatu bunyi telah mengangguku.Dengan mata aku separuh buka,tangan ku cuba mencapai telefon diatas meja kecil sebelahku.Aku jeling dekat jam dalam telefon ku.

3:50 p.m.

Aku jeling dekat notification pula.

Recent events

Jaehyun's birthday🐝❤
Tomorrow

Aku bulatkan mata ku.Ya Tuhan,macam mana aku lupa esok birthday Jaehyun?!

『C』My Cold Husband◆j.j.kWhere stories live. Discover now