✿ 27

323 30 1
                                    

Malam sudah melabuhkan tirai.Burung berterbangan balik ke sarang mereka semula.

Katilnya sedikit tenggelam kerana dia duduk diatasnya.Selang beberapa minit,otaknya terimbas yeoja yang meminta kerjanya tadi.Sekarang,sudah menjadi personal assistant.

Hatinya berdebar debar melihat yeoja itu.Rupa paras,percakapan seperti isterinya.Senyumannya membuat dia terkaku.Nama pon sama juga.Tiada beza.Suara.Haih,boleh dikatakan,sifat dalam diri yeoja itu sama dengan isterinya!

"Choi Yuna" Kakinya bergerak pergi almari yang ketinggian sederhana.Satu frame diambilnya lalu tenung frame itu.Frame itu ada gambar Yuju yang tersenyum manis.Gambar muka Yuju disapu,seperti dia membelai muka Yuju.Dia berasa sebak.

"Yuju..bogoshipeo..hiks..Pulang la..Saya tak boleh hidup tanpa awak.." Tanpa sengaja,air mata Jungkook galak keluar mengalir ke pipi.Matanya dipejam.Frame ditangannya dipeluk kuat.

Rindu kian bertambah hari ke hari.Dia sayang Yuju separuh nyawanya.Yuju la nyawanya.Jika Yuju hilang,nyawanya seperti terhenti.Kini,Jaehyun yang mengganti Yuju.

"Appa.." Jaehyun berada di muka pintu dengan matanya merah.Cepat Jungkook kesat air matanya lalu bergerak ke arah Jaehyun.Dia duduk bagi samakan ketinggian dia dan Jaehyun.

"Kenapa anak appa nangis ni?" Soal Jungkook sambil mengesat air mata anak namjanya itu.

"Jae..Jaehyun mimpi omma.Omma kata..dia akan balik...Tetiba,angin terbangkan omma..Jaehyun nak omma.." Ujar Jaehyun dalam keadaan menangis teresak esak di dalam dakapan Jungkook.Badan belakang budak itu disapu.Dia tahu Jaehyun rindukan ommanya.

Jaehyun masih kecil lagi untuk mengharungi semua ini.Kalau dibiarkan anak kecil ini keseorangan,dia boleh kemurungan.

"Appa pon rindukan omma.Kita tak boleh menangis macam ni.Jaehyun tak nak kan bila omma balik nanti,Jaehyun sakit?So,kita hanya mampu berdoa kepada Tuhan semoga omma sihat dan selamat.Nae?" Rambut anaknya diusap.Kanak kanak itu mengangguk.

"Appa..nak tido ngan appa boleh tak malam ni?"

Skip

Jarum menunjukkan angka 8.Maknanya,pukul 8 pagi.Matahari sudah menaik tinggi.Burung berterbangan untuk mencari sarapan.

Pinggan dan cawan tersusun diatas meja.Juadah makanan sarapan disediakan diatas meja.Sekali pandang,terliur.

"Awal kamu bangun Lia" Sapa Mrs.Choi pabila dia ternampak Lia di meja makan.Lia hanya tersengih.

"Lapar.Dari semalam lagi.Aunty,jemput makan." Ajak Lia.Mrs.Choi hanya mengangguk lalu mengorak langkah pergi ke arah meja makan.

"Kamu ni,sarat mengandung pon,kamu buat kerja lagi ya?Tak payah la.Kan doktor dah pesan kamu ni kena rehat"

"Mm tak nak.Lia bosan la duduk kat rumah.Tak de kerja nak buat" Mrs.Choi hanya mengeluh.Kalau berdebat dengan dia ni,confirm Mrs.Choi kalah.

"Hmm..Mana Chanyeol,Jungkook,Jaehyun?" Mrs.Choi sisip sedikit air teh hijau kegemarannya.

"Erm Chanyeol tengah mandi.Kejap eh Lia bangunkan Jungkook dan Jaehyun." Mrs.Choi mengangguk.

Dalam beberapa minit kemudian,keluarga besar Mrs.Choi berkumpul di meja makan.Memasing fokus pada makanan.Hanya dengar bunyi sudu dan garfu berlaga.

"Erm omma dengar,kamu dah jumpa personal assistant baru.Betul ke Kook?" Soal Mrs.Choi yang memecahkan suasana sunyi.Jungkook mengangguk.

"Haah." Mrs.Choi hanya mengangguk.

"Yeoja atau namja?"

"Yeoja,omma" Mrs.Choi hanya mengangguk.Malas nak sambung perbualan,nanti Jungkook lewat masuk kerja disebabkan ralit bersembang.

『C』My Cold Husband◆j.j.kWhere stories live. Discover now