Bab 14

38 4 1
                                    

"Acik Piaa... jomlah main sorok-sorok!" panggil Hani. Fia menggeliat. Biasa lah budak-budak suka bermain. Takde teman, dengan mak sedara sendiri pun jadi.

Bagi Fia, ini luar biasa gais. Pukul 11 malam lebih Hani ajak main sorok-sorok?

"Pergi la ajak aunty ara ngan uncle Ejat main..." balas Fia dalam keadaan mamai.

"Diorang da tido."

"Pakcik Ayis kan ada?"

"Pakcik Ayis tengah buat apabenda eh tuu... Haa! Assignment!"

"Acik Pia tau permainan apa paling best untuk kita buat." Fia membetulkan posisi baringnya. Mata dia masih terpejam rapat.

"Apa dia acik Pia?" celoteh Hani. Tahan betul mata budak kecik ni. Tak bagi langsung minum kopi pun mata still fresh. Padahal minum susu tepung Everyday ja.

"Game ni terbaik punya. Kita start. First, Hani baring kat sebelah acik Pia," Hani mengesot atas katil lalu membaringkan badan kenitnya.

"Hani dah baring. Game dia apa acik Pia?" Hani meletakkan kedua-dua tapak tangan ke atas dada. Hani menoleh mata melihat Fia disebelah.

"Game ni acik Pia suka sangat buat masa sekarang. Game dia adalah...," drum roll berbunyi tiba-tiba. Bukan real punya ya, just notification alarm je😂.

"...Game dia adalah...!"

"Game dia adalah!" Hani menyambung ayat Fia.

"Siapa cepat tutup mata terus tidur, esok acik Pia belanja makan coklat,"

Terus membulat mata Hani disertai perkataan 'heh?!' apabila Fia menyuarakan tentang coklat. "Acik Pia, betul ke!?"

Dalam hati Fia bersorak menang, 'Senang betul nak umpan dia bagi tido dengan umpan cerita pasal coklat'

"Betul punya. Jarang lah acik Pia menipu. Menipu lagi menambah dosa je nanti."

"Wow! Hani suka, suka!"

"So, kalau suka, Hani tidur awal-awal. Esok pagi kita gerak."

"Hep! Obey you instruction, acik Pia. Goodnite!" Hani menutup mata lalu terus tertidur.

Fia mengucup dahi Hani dan dia turut tertidur lena disamping Hani. Lantak lah Ariz aka monster aka mamat beremosi tu tidur kat mana nanti. Dia kan ada bilik tidur sendiri buat apa berhimpit di bilik orang.

#ArizBoboDiMana?

...

Ariz menguap semasa menaiki tingkat atas. Assignment yang diberikan oleh lecture siap akhirnya.

Pintu bilik tidurnya dikuak. Terpandang atas katil yang tidak berpenghuni. Mana Mylowi?...

Ariz terpandang bilik sebelah. "Bilik ni kut."

Hanya sehari sahaja Fia tidur sebilik bersama. Itu pun ketika dia tengah demam tenat nak mampus. Selepas demamnya beransur pulih, Fia berpindah ke bilik sebelah.

Kaki dia melangkah ke bilik sebelah. Pintu dikuak. Memang betul ada sekujur tubuh Fia lena tidur bersama Hani. Cuma selimut Pooh sahaja tidak tersarung.

Bimbang mereka berdua kesejukkan, Ariz menyelimuti badan mereka dengan selimut Pooh. Muat-muat aje untuk dua orang. Sebabnya, Fia tu kecik molek. Hani pula jenis chubby sedikit plus kenit.

Dipandangnya Fia dan Hani sedang lena tidur. Bibir Ariz mengukir senyuman.

Fian Risya as Mylowi dan Nurhani Shazani. Dua orang insan istimewa kesayangan seorang lelaki bernama Danial Ariz. Serta dua pembantu peribadi, Naurah dan Aizat.

Suami JudgementalWhere stories live. Discover now