BAB 2

59 9 5
                                    

Seperti biasa, bangun pagi sediakan sarapan. Nak kena gastrik sebab kebulur, dipersilakan. Nak duit habis cepat, boleh pergi makan western sepinggan RM25. Mahai baq ang.

Sementara memasak, Danial Ariz mengskroll Instagram milik dia. Macam biasa, followers dia cuma 90 orang. Tak cakap pasal gambar lagi, satu gambar dapat 10 like jer. Siapa tak sedih.

Mungkin disebabkan caption 'Aku hensem' yang menyebabkan followers dia meluat. Dah elok-elok 90, jadi 85 follower yang tinggal. Hampeh. Ariz menutup semula handphone.

"Miau..." Johny menggeselkan kepala di kaki Ariz. Antara sebab kenapa Ariz menamakan Johny ialah kucing berbaka parsi itu akan mengiau jika Ariz menyanyikan lagu 'Johnny, Johnny, Yes Papa?'

Jika umur Ariz sekarang sudah berusia 24 tahun, maka Johny sudah berusia 7 tahun persamaan sebanyak 50+ tahun. Wau... tua bangkanya...

Johny merupakan kucing jantan yang dihadiahkan oleh papanya ketika Ariz menyambut ulang tahun ke-17. Waktu itu kecil sahaja Johny. Ibu Johny meninggal semasa ingin melintas jalan. Sama seperti insiden yang berlaku ke atas arwah orang tuanya.

"Tak makan whiskash?" tanya Ariz. Kucingnya mengiau tanda tidak mahu.

Ariz membawa sandwich sardin dan segelas mug Nescafe ke atas meja.

"Nak sandwich?" Ariz mengambil pinggan kecil dan meletakkan sandwich sardin ke atasnya. Rakus kucing itu melahap hidangan paginya.

Jam dinding dilihat. "Baru pukul 6.55 pagi. Belum lagi pukul 7.30 pagi. Masih sempat aku siapkan lagi sikit kerja lecture semalam." Ariz mengeluarkan kertas A4 dan menulis tugasan yang diberi lecture semalam.

"DANIAL Ariz bin Mohd Riezal." Mr. Goh mengetuk meja Ariz untuk mengejutkan Ariz yang lena tidur berbantalkan lengan. Ariz menggosokkan mata selepas dikejutkan.

Nasib di dalam dewan kuliah itu bilangan mahasiswa dan mahasiswi semester akhir dan juga semester yang lain hanya sedikit. Dalam dua puluh orang lebih gitu. Lagipun kelas pada pagi itu kelas untuk mereka yang mengambil jurusan Akauntan. Danial Ariz tergolong sama.

"Mr. Goh, i'm sorry," Ariz mencantumkan telapak tangan tanda minta maaf. Mr. Goh masih berpeluk tubuh.

Dengan gaya Mr. Goh yang begitu tak ubah seperti Jackie Chan tengah serius nak tewaskan musuh.

"I forgive you. Have you done the work i give you yesterday?"

Ariz mengeluarkan fail poket dan keluarkan tugasan yang dibuat pagi tadi.

"I'm done do this work" kata Ariz. Mr. Goh tersenyum senget.

"Good. I take that work, okey?" Mr. Goh membawa fail poket Ariz dan kakinya melangkah ke meja hadapan.

"Ahmad Zaki, apasal tak kejutkan aku?" Pondan sebelah Ariz memandang Ariz.

"I tak suka nama tu. I suka nama Zakiah Mariah." Dengus Zakiah Mariah atau nama sebenarnya Ahmad Zaki. Dia ni pun, nak jadi mahluk transgender ker? Macam Faiz Roslan, Safiey Illias ngan Nur Sajat...

"Kau lelaki, nama kau pun ada erti. Lantas kenapa ingin menjadi seperti wanita? Itu berdosa. Kau dah mengubah ciptaan Allah. Allah sempurna ciptaannya. Dan kau sesuka hati ingin mengubah pulak." dakwah Ariz. Zakiah Mariah terdiam. Kerana menusuk.

ARIZ bersandar pada pokok besar di sebuah taman bunga. Pokok berdaun redup mendamaikan lagi suasana. Terasa oksigen yang menyegarkan. Dedaun luruh yang gugur menandakan bahawa musim luruh hampir tiba.

Dia memakai headphone dan mendengar lagu Senorita nyanyian Syamsul Yusof feat AC Mizal sambil memikirkan sesuatu.

"Hari ini aku nak buat anniversary kucing aku kali ke-6." katanya. Dia menutup mata untuk merasai suasana damai di taman bunga.

'Kamu sesuai berkahwin dengan Fian Risya'

Ariz tersedar dari lamunan apabila suara tua berlegar-legar dalam kepala. Muncul tiba-tiba dalam kotak fikiran. Ariz pening. Siapa Fian Risya?

Kalau Fynn Jamal ngan Fasha Sanda dia tahu lah.

Semuanya terjawab suatu hari nanti.

Suami JudgementalWhere stories live. Discover now