"Adik ni, dia terbatuk-batuk sampai muntah sekali. Ada kahak sekali ni hah, nanti nak bawa adik pergi klinik" Balas Minyoo sambil membuka baju Jaemin.

Jisung duduk di katil dan melihat keadaan adiknya yang lemah kerana tidak sihat.

"Jaemin okay? " Jisung mengusap rambutnya perlahan.

"Sakit.. " Jaemin mengadu padanya.

Minyoo mengambil air dari bilik air dan bersihkan kesan muntah Jaemin. Jisung kasihan dengan adiknya yang tidak larat untuk mandi.

"Mommy, biar Jisung mandikan adik. Nanti Jisung temankan pergi klinik sekali" Jisung mengangkat Jaemin masuk ke dalam bilik air.

Minyoo keluar dengan membawa kain, kain pelapik tilam yang dimuntahkan tadi untuk dibasuh.

"Hyung, sse-sejuk.." Jaemin menggeleng.

"Macam mana haba panas tu nak keluar dari badan kalau tak mandi sejuk? Mandi air suam pun tak boleh" Ujar Jisung sambil sabun badannya. Jaemin pasrah dan beberapa minit kemudian, badannya sudah boleh terbiasa dengan air sejuk tadi.

Jisung mengangkatnya dan letakkan di atas katil. Jisung mengambil baju dan seluar didalam almari.

Setelah selesai, Jisung mendukung Jaemin ke dapur untuk makan sarapan.

"Kasihannya anak daddy, meh sini daddy sayang kamu" Sooman mengecup mukanya apabila telah diturunkan.

"Jaemin mula demam tadi malam, tekak Jaemin sakit lepastu hingus pula cair sampai kena guna banyak tisu.. " Ujar Jaemin dengan  merendahkan suara.

"Kasihannya, nanti kita pergi klinik ya? Daddy ambil cuti untuk jaga kamu" Balas Sooman sambil mengusap wajah Jaemin.

Jaemin mengganguk lalu mengeselkan kepala di bahu Sooman seperti kucing.

"Budak demam mesti takde selera. Jadi, mommy dah masak bubur untuk kamu" Minyoo meletakkan mangkuk didepan Jaemin.

Sooman mengambil satu sudu lalu ditiupkan sebelum suapkan kepada Jaemin.

Riana membuka pintu bilik dan turun tangga sebelum menghampiri Jisung yang telah duduk di kerusi.

"Hai sayang, maaf sebab lambat" Riana menarik kerusi lalu duduk disebelahnya.

"Takpe, kitaorang baru nak makan ni. " Jisung mengambil nasi lalu diletakkan di pinggan Riana.

"Korang semua jangan lupa baca doa makan. Appa rotan dua kali nanti! " Ujar Doyoung sambil menjegilkan mata untuk menakutkan mereka.

"Daniel, baca doa. Appa dengan eomma nak dengar" Doyoung dan Yeri telah menadah tangan untuk aminkan.

Dongyeon menadah tangan dan mula membaca seperti yang disuruh.

"Allahuma-"

Doyoung dan Yeri mengaminkan lalu mula makan seperti biasa.

"Semua beratur dekat ayah masing-masing. Minta duit belanja sebelum pergi sekolah" Ujar Sooman setelah melihat jam di dinding.

"Yang belum sekolah pun kena beratur sekali ke? " Soal Ten sambil mendukung anak gadisnya, Minhae.

"Nak cakap bengap, dah jadi bapa kepada dua orang anak pun" Mintty mencubit lengannya.

Sarasorn ketawa kecil apabila melihat ayah tirinya (Ten) dicubit perlahan.

"Pho (ayah), mae (mak). Sarasorn pergi dulu. Bye bye adik, kakak balik sekolah nanti baru boleh main dengan kamu" Sarasorn mencium Minhae dan keluar apabila van yang menghantar mereka ke sekolah telah sampai.

[S3] Keluarga Lee - NCT Where stories live. Discover now