Yoongi menanggalkan coat hitamnya dan melemparkan ke arah belakang.Lengan baju disinting hingga ke paras siku.Vest diperbetulkan kemas dan lelaki itu melangkahkan kaki keluar dengan sepucuk pistol.Sedikit carutan keluar daripada bibirnya.Sh*tteu.

Dia terpaksa mencabut nyawa seorang demi seorang daripada kumpulan penyangak ni sebelum selamatkan Jaerim dan Namjoon.Habis kemeja putihnya dihiasi dengan percikan darah merah.
Tembakan yang mengenai bahu kiri tidak dihiraukan lelaki itu.Semakin teruk kecederaan Yoongi,namun lelaki itu masih kuat.Kedua-dua adiknya dalam keadaan bahaya,dia sanggup hingga ke hujung nyawa.

Anda yakin wahai Min Yoongi?


Bbang!!

Jaerim yang tertiarap lemah di atas tanah selepas mengalahkan lima lelaki tadi terkejut dengan bunyi tembakan.Sepatutnya tembakan itu disasarkan ke arahnya,namun ianya dihalang.Jaerim mendongak mukanya ke atas.

Namjoon berdiri kaku lalu pistol terlepas daripada genggaman.Lengan kirinya mengalirkan cecair merah pekat hingga tertitis ke atas muka bumi.Jaerim membulatkan kedua-dua matanya.

Mafia 01 tersengih.Itu memang taktik awalnya bagi melemahkan Mafia 02 itu melalui gadis yang bernama Yoo Jaerim,yes...cederakan tangan kirinya.

Ketika Jaerim bertarung,pistol diacu ke arah gadis itu dari jauh dan Namjoon sedari akan hal itu.Disebabkan rasa kasih sayangnya,Namjoon terpaksa melindungi adik bongsunya daripada butir kematian.

Tidak disangka,Mafia 01 mengubah target ke arah tangan kiri lelaki itu.Bijak bukan?Nampaknya dia mahu Namjoon terseksa dahulu sebelum mencabut nyawa lelaki 02 itu~

"Biar aku buat kerja aku,korang semua pergi uruskan yang lain~",arah Mafia 01.Semua si pengkhianat yang masih berbaki segera meninggalkan tempat itu.Jaerim semakin gelabah dengan situasi sekarang.

Kini hanya tinggal Jaerim,Namjoon dan lelaki yang bergelar Mafia 01 itu.Gulp.Namjoon menghela nafas perlahan dan mengeluarkan pistol miliknya yang sejak tadi tersarung di dalam poket.Akhirnya,dia gunakan pistol sendiri dalam pertarungan.First time?

"Kalau kau nak adik kau selamat,lawan aku~",cabar Mafia 01.Jaerim dapat merasakan senyuman terukir di bibir lelaki itu disebalik mask.Seram.

"No!Jangan Namjoon oppa!Jae ok!Sedarlah yang oppa takkan dapat kalahkan dia!",pinta Jaerim dengan tangisan membasahi pipinya.Kaki Namjoon dicengkam gadis itu bagi membantah pertarungan gila.

Namjoon tersenyum dan sempat mengusap kepala adiknya yang tertiarap lemah dengan kesan lebam di kaki serta di wajah gadis itu.
Senyuman lelaki itu sangatlah manis,Jaerim seakan-akan tidak pernah melihatnya sebelum² ini.

"Keyakinan itu mesti ada walaupun kita tahu apa yang akan terjadi☺️.Kekalahan bukan imej utama bagi aku sebagai ketua korang.",balas Namjoon tenang.

"Kalau kekalahan itu milik aku,aku harap kau tak akan menyambung kekalahan itu Jae,teruskan perjuangan aku.",sambungnya lagi.Jaerim terjegil mata luas.Gadis itu mula sebak.Tangannya ditepis kasar dan Namjoon menerima tarungan Mafia 01.

Kedua-dua lelaki itu bertarung hebat.Namjoon masih lagi kuat walaupun mengharapkan tangan kanannya.Itu pun bahu kirinya terkena tembakan.Sakit...tapi Namjoon tetap bertahan.

Jaerim menangis teresak dan cuba untuk bangun.Setiap kali dia cuba melangkahkan kaki asyik terjatuh semula.Kakinya cedera teruk,Jaerim amat lemah untuk menerima kesakitan.
Jarak Jaerim antara mereka berdua begitu jauh.Dia tiada pilihan,pistol yang berada berdekatan dicapai gadis itu.

Dalam pergelutan mereka berdua,Jaerim menyasarkan pistol ke arah betis Mafia 01.Kalau tangan cedera masih boleh pertahankan diri lagi,kalau kaki yang cedera...mustahil untuk selamatkan diri.Benar bukan?
Namjoon ketika itu sudahpun terjatuh akibat lututnya ditembak.Lelaki itu semakin lemah dikerjakan.Jaerim tiada pilihan lain.

°•SIBLINGS•°[-♚BTS♚-]✔Where stories live. Discover now