-35-

1.2K 188 21
                                    

Yurin menelan air liur sendiri. Ah! Dia terlupa hendak menyimpan cincin itu di dalam poket.

"Err." Yurin menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Apa pula yang dia mahu beritahu pada Seungcheol?

Cincin bertatahkan permata yang dibentuk elok diatasnya itu merupakan cincin tunang. Bukti pertunangannya dengan Jimin yang diatur keluarganya ketika mereka baru menginjak usia 12 tahun.

Selama ini Yurin memakainya tanpa diketahui sesiapa. Cincin itu sentiasa bersamanya tidak kira di mana walaupun dia cukup bencikan cincin itu dulu.

"Aku tanya ni. Jawab." suara Seungcheol tegas. Dia tahu Yurin cuba mencari akal untuk menipunya.

"Tanggalkan." arah Seungcheol seraya menyuakan tangan kanannya pada Yurin.

"Kenapa pula?" soal Yurin kembali. Sesuka hati saja suruh orang tanggalkan.

"Kau nak aku terus tarik dari leher kau atau kau dengan rela hati tanggalkannya. Pilih, aku bagi kau lima saat dari sekarang." anak mata Seungcheol mencerlung ke dalam mata Yurin. Pandangannya cukup tajam seolah menyimpan bara kemarahan.

Yurin teragak-agak namun perlahan-lahan dia menanggalkan rantai yang digantung pada lehernya itu. Sekalung rantai itu kemudiannya diletakkan ke atas telapak tangan Seungcheol.

Seungcheol tersenyum kemenangan. Rantai tadi digenggam sekuat hati lalu dia mula menapak ke arah jendela yang terbuka luas. Tak semena-mena Seungcheol terus mencampak rantai itu keluar tingkap sejauh mungkin.

Yurin terkesima. Tidak menyangka yang Seungcheol akan berbuat sedemikian rupa.

"Seungcheol! Kau buat apa ni?!" bentak Yurin. Seungcheol mengukir senyuman sinis.

"Apa? Aku cuma buang benda kotor tu saja. Kau fikir aku tak tahu itu cincin tunang kau? Kim Yurin, aku tahu semuanya pasal kau." muka marah Yurin dipandangnya tanpa perasaan.

"Kau kejam! Aku benci kau!" tengking Yurin. Dia sudah tidak mampu menahan kemarahnnya lagi. Dia perlu keluar dari situ!

"Perempuan semuanya sama. Mulut kata benci tetapi hatinya lain. Aku hampir percaya yang kau bencikan Jimin dulu. Aku silap." tubuh kecil Yurin dirapati. Dalam sekelip mata Yurin kini berada dalam dakapannya.

"Kau tak nampak ke yang aku betul-betul cintakan kau?" Seungcheol menyoal sambil tangannya bermain-main dengan rambut ikal mayang milik Yurin. Sesekali beberapa helaian rambut itu diciumnya. Wangi.

"Aku tak perlukan cinta sampah macam kau." bidas Yurin.

Pelukan dilepaskan.

Pang!

Satu tamparan kuat dilepaskan pada wajah Yurin.

"Biadap!!" nafas Seungcheol tidak terkawal. Kalau ikutkan hati dia sudah menamatkan riwayat Yurin sekarang. Namun pantas Seungcheol menggeleng.

Tidak, dia masih mahukan Yurin.

Pipi yang terasa pedih itu disentuh perlahan. Untuk pertama kalinya dia ditampar oleh lelaki sebegini. Airmata Yurin jatuh. Sakit.

Seungcheol tidak berkata apa-apa. Langkahnya diheret keluar dari bilik Yurin. Pintu bilik juga turut dikunci dari luar. Bimbang andai gadis itu melarikan diri.

Yurin merebahkan diri di atas katil. Dia menangis semahu mungkin.

"Mummy, daddy.. Yurin nak balik." ucapnya tersedu-sedan sambil mukanya ditekupkan pada bantal.

✾✾✾✾✾✾✾


"Kau pasti ke ini rumah dia?" Jimin yang dari tadi mendiamkan diri mula menyoal.

Sebaik saja dia mendapat panggilan daripada Yurin, dia terus memberitahu tentang perkara itu kepada Yoshio. Yoshio menyuruh orang-orang ayahnya mencari keberadaan Yurin menerusi panggilan telefon dari gadis itu. Ternyata rumah Seungcheol yang sekarang terletak jauh di pinggir bandar Seoul dan berada di pertengahan hutan kecil yang tidak terlalu tebal.

Alamat rumah yang dia tinggal semasa bersekolah tidak sama dengan alamat rumah ini. Mungkin ianya rumah kedua Seungcheol.

"Anak buah ayah kata di sinilah tempatnya. Jimin, aku minta kau duduk di luar ya? Biar aku dan pihak polis saja yang uruskan Seungcheol. Kau tunggu kami." pinta Yoshio seraya membalas isyarat dari beberapa orang polis yang ada bersama mereka di balik semak itu.

"Okay. Tapi kau kena berhati-hati, Yoshio. Kita tak boleh jangka pergerakan Seungcheol." sahut Jimin dengan nada kerisauan.

"Jangan risau aku tahu jaga diri. Dan aku tahu dia tidak akan menyakiti Yurin." Yoshio menepuk-nepuk bahu Jimin.

Kedua-dua lelaki itu mula bangun dari bertinggung. Jimin memegang erat baju Yoshio, bimbang andai dia tersalah langkah. Mereka mula mendekati kawasan rumah Seungcheol yang tersergam indah itu. Pintu pagarnya tidak berkunci seolah-olah menjemput mereka masuk.

"Jimin kau tunggu di sini. Aku akan bawa Yurin pulang." kata Yoshio lalu mengukir senyuman.

Jimin mengangguk faham. Yoshio meninggalkan Jimin di hadapan stor kecil yang terletak bersebelahan rumah ini itu. Lebih selamat untuk Jimin berada di situ. Manakala Yoshio dan beberapa orang polis tadi memulakan misi mereka untuk menyelinap ke dalam banglo itu.

Tanpa mereka sedar, Seungcheol telah memerhatikan setiap gerak geri mereka dari balik langsir tingkat atas dan juga cctv.

Seungcheol tersenyum manis. Akhirnya si hero yang ditunggu sudah tiba.

"Welcome, Park Jimin."

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now