-2-

2.1K 317 78
                                    

Sekali lagi Yurin menguap. Matanya ditenyeh oleh kedua tangan. Makin lama makin kabur pula pandangannya.

Kebiasaan bagi Yurin kalau tengah belajar matematik. Satu-satunya subjek yang amat dimusuhi sejak azali. Kim Yurin, nama yang tidak asing didengari setiap kali majlis penyampaian anugerah. Boleh dikatakan hampir semua subjek yang diambilnya mendapat gred yang cemerlang.

Kecuali matematik.

Musuh dahulu, kini dan selamanya.

"Yurin, datang depan. Jawab soalan nombor 5." panggil Cikgu Jae seraya meletakkan sebatang whiteboard marker di atas meja Yurin.

Ah sudah. Yurin dah gelabah satu badan. Sumpah dari tadi cikgu mengajar, apa pun dia tak dengar. Dah macam duduk dekat dunia lain.

"Yurin kamu mengelamun apa lagi? Cepat pergi jawab soalan tu." tegas Cikgu Jae.

Lambat-lambat Yurin menapak. Berat hatinya, berat lagi tangan nak menulis. Tiba saja di hadapan Yurin terus menelan air liur.

"Apa kejadahnya soalan ni?" gumam hatinya.

Automatik otak Yurin tak dapat berfungsi. Dia langsung tak faham akan soalan yang Cikgu Jae beri.

"Haa dah kenapa berdiri macam tugu negara tu? Jawab cepat! Jangan bazirkan masa kawan-kawan kamu yang lain." tegur Cikgu Jae lagi. Kali ini kedengaran lebih tegas.

Menggeletar lutut Yurin. Cikgu Jae ni nampak saja baik orangnya, namun sekali dia naik angin, tempah maut la jawabnya.

"Cikgu, saya tak reti." Yurin menundukkan pandangannya sebaik saja Cikgu Jae menjeling tajam ke arahnya.

"Soalan senang pun tak reti?! Dari tadi lagi saya tengok awak tak beri tumpuan. Apa ni Yurin? Takkan dah besar panjang pun nak kena bebel lagi?" suara lantang itu mula bergema.

Yurin hanya mampu menahan malu tatkala semua mata tertumpu pada dirinya.

"Kamu patutnya malu tahu? Jimin yang tak nampak apa yang saya tulis didepan ni pun masih mampu jawab semua soalan dengan betul. Itu dia yang hanya mampu mendengar saja. Kamu yang cukup sempurna pancaindera ni tak boleh?" Cikgu Jae meneruskan bebelan panjangnya.

Bukan setakat Yurin, satu kelas turut tersentap dengan apa yang dibebelkan oleh cikgu separuh usia itu. Memang betul apa yang cikgu cakap tu.

Selain Yurin, Jimin juga merupakan nama yang selalu didengari di sekolah itu. Tidak hanya memiliki akhlak yang baik tetapi juga kecemerlangan akademik yang sering menjadi bualan ramai. Ditambah pula wajah comel seperti bayi yang dia miliki. Mampu buatkan sesiapa saja menaruh hati.

Kalau tidak tempat pertama dalam tingkatan, pastinya tempat kedua. Jarangla nak dapat selain daripada itu.

Yurin sudah mengigit bawah bibir. Ingatkan mummy dan daddy saja yang menyebelahi Jimin. Rupanya cikgu pun sama.

"Dah pergi duduk. Balik nanti siapkan kerja yang saya bagi. Kamu kan tinggal serumah dengan Jimin, apa-apa masalah boleh la rujuk. Jangan tunjuk lagak sangat." sindir Cikgu Jae lagi. Dia kenal sangat perangai setiap satu pelajarnya.

Lebih-lebih lagi kalau nama mereka yang selalu meniti dibibir orang.

Yurin mengangguk lantas menunduk lalu laju dia menapak ke tempat duduk. Bahang mukanya kini. Semua mata melihat ke arah dia. Dia tidak memperdulikan mereka. Dendamnya kini perlu dilunaskan.

Park Jimin, siap kau.



✾✾✾✾✾✾✾



[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now