-11-

1.3K 256 31
                                    

Pintu bilik Jimin diketuk beberapa kali dari luar. Mendengarkannya, terus Jimin bangun dari kerusi. Pintu dibuka dan terpancul muka Yurin yang berdiri tegak di hadapan biliknya.

"Yurin?" tebak Jimin. Bau sabun mandi kegemaran gadis itu menusuk rongga hidungnya. Pasti baru lepas mandi.

"Hmph." tubuh Jimin ditolak sedikit untuk membolehkannya memasuki bilik lelaki itu.

Laju dia melabuhkan duduk di atas katil Jimin. Mata Yurin kini hanya tertumpu pada Jimin.

"Baju sekolah kau dah basuh ke?" soal Yurin memecahkan kesunyian antara mereka.

"Saya baru masukkan dalam mesin basuh tadi." beritahu Jimin seraya mengukir senyuman.

Park Jimin, kenapa kau murah sangat dengan senyuman?

Entah kenapa bila Yurin melihat senyuman Jimin, bibirnya juga turut menguntum senyuman. Namun cepat-cepat dia menggeleng. Makin dilayan perasaan sendiri, makin menjadi-jadi pula.

"Basuhkan baju aku sekali." pinta Yurin lalu menyerahkan baju yang dibawa bersamanya ke sana.

Jimin mengangguk laju. Apabila Jimin sudah hilang dari pandangan, matanya beralih kepada meja belajar lelaki itu. Penuh dengan sticky notes pada setiap penjuru. Buku-buku tersusun rapi. Ada beberapa buah yang terbuka luas di atas meja. Mungkin Jimin sedang mengulang kaji.

"Rajin betul kau ni kan?" Yurin tersenyum lagi. Dibeleknya buku nota Jimin. Tulisannya yang turun naik bagaikan ombak itu buatkan Yurin ketawa.

Timbul rasa kasihan dalam dirinya. Mesti susah kan jadi buta ni? Tak jadi Yurin nak mengelamun tatkala Jimin kembali ke biliknya.

"Yurin, baju awak saya masukkan sekali dengan baju saya. Awak tak kisah kan?" soal Jimin takut-takut. Mana tahu kalau-kalau Yurin tidak suka bajunya bercampur dengan baju Jimin.

"Takpe. Erm Jimin." panggil Yurin lembut.

"Ya?" sahut Jimin.

"Zhen Yu ada jumpa kau?" Yurin menyoal. Walaupun dia malas hendak membuka cerita mengenai Zhen Yu, mahu atau tidak dia tetap nak tahu!

"Ada. Tapi sekejap saja. Tu pun sebab dia naik ke rooftop dua hari lepas." ujar Jimin jujur. Yurin tidak berkata apa-apa.

Sebaliknya dia menarik tangan Jimin agar lelaki itu duduk di sebelahnya. Apabila Jimin sudah melabuhkan punggung terus Yurin mendaratkan kepala di atas paha Jimin.

"Pinjam kejap paha kau. Aku letih." kata Yurin lalu meletakkan tangan kirinya ke atas dahi.

Jimin mengangguk.

"Aku tertanya kalau aku dan Zhen Yu perlukan kau, kau akan tolong siapa?" sayup-sayup suara Yurin menyoal.

Entah apa yang tak kena dengan lidah dia. Asyik bercakap benda mengarut dari tadi.

"Erm—" Jimin mengacah seperti sedang berfikir.

Yurin menatap wajah Jimin dengan muka tidak puas hati. Ceh fikir punya lah lama. Bukan susah pun.

"Saya.. tolong awak." Jimin menundukkan kepalanya, tepat bertentangan dengan wajah Yurin. Jimin tersengih comel.

Membulat mata Yurin dibuatnya. Tetapi Yurin tetap melepaskan keluhan kecil. Keluhan lega barangkali.

Tapi betulkah Jimin akan pilih dia berbanding Zhen Yu? Eh kenapa pula dia tertanya?

Ahh! Mengarut!

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now