-9-

1.4K 246 28
                                    

Yurin melangkah masuk ke dalam cafeteria diikuti oleh suara-suara lelaki yang mengelilinginya. Setiap langkahnya diperhatikan oleh mereka. Ada yang sudah bersorak, ada yang menangkap gambarnya dan macam-macam lagi.

Yang pasti, dia di situ hanya dengan satu tujuan.

Dia menghampiri meja makan Jimin. Mujur kawan-kawan si Jimin masih tidak kelihatan. Keluar lambat barangkali. Lantas dia melabuhkan duduk di sebelah Jimin.

"Belikan aku sandwich dan jus tembikai. Sekarang." dengan lagak Yurin menyuruh. Jimin hanya akur lalu bangun dari duduknya.

Mata Yurin menghantar pemergian Jimin. Namun tidak berapa lama kemudian, lelaki tersebut kembali dengan apa yang dipesannya.

Tanpa teragak-agak, gelas yang berisi jus itu diambil lalu dihirup isinya rakus.

"Manis lah!" tanpa amaran, terus jus tadi disimbah pada Jimin. Habis basah muka dan bajunya.

"Kau sengaja nak bagi aku kena kencing manis ke?! Atau kau nak balas dendam?"

Biarlah satu cafe ni fikir yang dia jahat. Memang itu yang Yurin inginkan. Watak jahat tidak pernah lari darinya.

"Kau balik jalan kaki harini!" tegasnya lantas bangun dan berlalu pergi sebelum sempat Jimin menghalang.

"Mood dia tak baik kot." gumam Jimin perlahan sambil mengelap mukanya.

Melekit satu macam. Haih nasib badan.

✿✿✿✿✿✿✿

Jimin menyandarkan tubuhnya pada dinding. Sesekali dia menyanyikan lagu kesukaannya. Sungguh tenang apabila berada sendirian di atap bangunan sekolah.

Dia masih teringatkan kelakuan Yurin tadi. Baru sehari dua dia merasakan gadis itu berlembut dengannya. Namun hari ini gadis itu beralih angin. Tinggi semacam.

Kena simbah dengan air tu bukanlah sesuatu yang asing untuk Jimin. Bukan sekali dua. Rasanya dah beribu kali dia disimbah sebegitu. Dia sudah lali. Doanya cuma satu..

Agar Tuhan kembalikan sisi gadis itu yang telah lama hilang.

"Amboi jauh termenung. Teringatkan siapa?" tegur seseorang.

Dahi Jimin berkerut. Macam kenal saja dengan pemilik suara itu.

"Zhen Yu?"

"Wah deria pendengaran awak memang tajam ya?" laju gadis itu berlari mendapatkan Jimin.

Teruja dan rindu. Sungguh dia merindui Jimin.

"Bila awak balik? Mana Zhen Han?" Jimin menyoal sebaik merungkai pelukannya dengan gadis berketurunan Cina itu.

"Baru kelmarin. Zhen Han? Masih di Canada." balas Yu. Matanya tak lekang dari menatap wajah Jimin sedalam mungkin.

Ya Tuhan, wajah inilah yang aku rindukan setiap hari di sana.

Yu bersyukur kerana akhirnya dia sudah pulang ke Korea dan rindunya terlunas.

"Eh kenapa korang tak balik balik bersama?" soal Jimin kehairanan.

"Sebab Han bangun lambat. Saya malas nak kejut jadi saya tinggalkan dia. Itu yang dia tertinggal penerbangan. Padan muka." selamba Yu menjawab. Masak sangat dah dengan perangai kembarnya nan seorang itu.

"Tak baik tau tinggalkan abang awak kat sana sendirian. Macam Canada? Best?" Jimin menyoal lagi. Maklumla dia sudah selesa bersama Yu dari dulu. Selain Yurin dan Yujin, Yu juga menjadi salah seorang yang dekat dengannya.

"Bolehla. Tapi lama-lama saya rasa bosan, jadi saya ambil keputusan untuk pulang ke Korea." terang Yu sambil menguntum senyum.

"Eh? Kenapa baju awak kotor sangat ni? Kena simbah ke?!" terkejut dia saat menyedari baju Jimin yang masih basah. Dah la basah, ada kesan merah pula tu.

Baru dia sedar akan perkara itu. Ah dari tadi matanya terlalu asyik merenung roman lelaki itu, mana mungkin matanya sempat beralih tempat.

"Lebih kurangla." Jimin tetap mengukir senyuman seperti biasa.

Zhen Yu berdecit. Pipi di bahagian dalam digigit geram.

"Kerja Yurin kan? Apa salah awak pada dia? Kenapa dia selalu berdendam dengan awak?" Yu menunduk kesal. Sakit hati bila Jimin diperlakukan sebegitu rupa.

"Sikit je ni. Awak jangan risau." paha Yu ditepuk lembut beberapa kali. Kalau nak bandingkan permusuhan Jungkook dan Yurin, rasanya permusuhan Zhen Yu dan Yurin lebih parah.

Zhen Yu tidak puas hati. Musuh ketatnya itu akan dapat balasan. Tunggulah!

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now