-15-

1.3K 259 33
                                    

Yurin keluar dari tandas dengan muka berkerut menahan sakit. Ditelek muka sendiri di hadapan cermin. Satu senyuman pun tidak mampu diukir pada wajah suram itu.

Adakah dia tersalah makan lagi? Pastinya ya. Kalau tidak, memang tidaklah dia nak bertapa berjam-jam di dalam tandas. Perut ni pun satu. Sensitif. Itu ini tak boleh. Benci! Semua ini membuatkan dia tampak lemah tidak seperti biasa. Kalau bertembung dengan si Jungkook pasti dibahan teruk. Minta simpang.

Dengan keadaan terhuyung-hayang, Yurin menguatkan kakinya untuk berjalan. Selangkah dua, kakinya kembali lemah. Terus terduduk dia jadinya. Bibir digetap geram. Marah pada diri sendiri.

Tap tap tap!

Bunyi derapan kaki seseorang mula menghampiri tandas pelajar perempuan. Aduh siapa pula yang mahu ke sini? Bukankah waktu persekolahan sudah tamat? Semestinya semua pelajar sudah pulang bukan?

Sudahlah kakinya masih tidak mampu berdiri. Bukan apa cuma Yurin malu andai ada yang melihat dirinya sebegitu. Bukankah si puteri ais selalunya terlihat kuat? Apa tanggapan orang lain sejurus melihat dia dalam keadaan begitu? Adakah dia akan diketawakan atau dibantu?

Semakin lama derapan kaki itu semakin jelas didengari. Semakin jelas gerangan yang sedang menghampiri tandas itu.

Yurin menghembus nafas lega. Mujur hanya dia.

"Yurin?" Jimin menegur.

Membulat mata Yurin apabila Jimin memanggil namanya. Kuat sangat ke dia menghembus nafas tadi?

"Ya. Kau nak apa? Dah kenapa pula datang tandas perempuan? Jangan kata kau nak intai pula, aku korek biji mata tu kang." dalam menahan sakit, lagak biasa ditonjolkan.

"Saya ke sini sebab nak ajak awak balik. Kawan-kawan beritahu awak ada di sini. Jadi saya datanglah. Awak ada di mana?" soal Jimin. Rasanya suara Yurin kedengaran dari bawah?

"Kat hati kau. Tak nampak ke aku dah tersadai sepi kat lantai ni?" Yurin merengus. Bengap betul.

"Saya mana boleh nampak." Jimin segera duduk mencangkung betul-betul di hadapan Yurin.

Aduh terlupa pula yang Jimin ni buta. Yurin mengutuk diri sendiri.

"Awak paut pada bahu saya. Biar saya dukung. Awak tak boleh berjalan kan?" pelawa Jimin seraya mengalihkan badannya ke hadapan.

"Aku masih boleh berjalan la." balas Yurin masih tetap dengan egonya. Tangannya cuba memegang dinding bangunan untuk membolehkan dia untuk bangun.

Namun sia-sia. Tiada sedikit pun kekuatan yang tinggal padanya.

"Biarlah saya bantu awak kali ini. Jangan risau saya dukung awak elok-elok." Jimin cuba menyakinkan Yurin. Belakang badan Jimin dipandang lama.

Satu keluhan berat dilepaskan. Nak tak nak dia terpaksa menerima pertolongan Jimin. Yurin pun tidak mahu berada lebih lama di sekolah. Kedua tangannya dikunci kemas pada leher Jimin. Separuh mukanya disembamkan pada belakang badan Jimin.

"Awak tolong jadi mata saya ya?" pinta Jimin selepas dia bangun. Yurin mengangguk lemah.

Teringat pula kisah zaman kecilnya. Apabila dia terjatuh semasa bermain, Jimin yang akan mendukungnya hingga ke rumah. Jimin bagaikan superman yang selalu datang menyelamatkan Yurin setiap masa.

"Kau buatkan aku teringatkan kisah lama." dalam kesunyian antara mereka, Yurin mengeluarkan suara.

"Masa awak jatuh ke?" Jimin tertawa kecil. Dia masih ingat tangisan Yurin dulu. Kuat semacam. Mujurlah Jimin pandai pujuk.

"Janganlah ketawa! Bencilah! Kau ingat jatuh tu tak sakit ke?" badan Jimin ditampar geram. Boleh pula dia gelakkan kita yang tengah sakit ni.

"Maaf maaf." Jimin meminta maaf seraya menyeluk poket seluar sekolahnya.

"Pim pim pom, Jimin ada lollipop!" mantera dibaca lalu dua batang lollipop berperisa strawberry dan susu ditarik keluar daripada poket seluarnya bagaikan magik.

"Nah satu untuk Yurin. Satu untuk Jimin." Jimin menghulurkan lollipop tadi kepada Yurin. Yurin mengambil tanpa ragu.

"Terima kasih Jimin si magician." seusai mengucapkan terima kasih, terus Yurin ketawa. Memang betul Jimin orang paling pandai memujuknya.

Jahat betul kau kan Jimin? Selalu buat aku teringatkan kisah dulu.

[C] Malaikat Kiriman Tuhan || 박지민Where stories live. Discover now