45

3.1K 406 406
                                    

Maaf sekiranya Hanacun selalu kelewatan dalam update dan reply comments korang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maaf sekiranya Hanacun selalu kelewatan dalam update dan reply comments korang . Aku tak leh desc lagi busy aku yang kecoh sangat nak masuk uni minggu depan 😭😭😭😭

Sorry gaiss...

————— ☻☻☻—————



Chaejun's pov

Telefon milik Jungkook ini aku pegang. Sudah berapa hari telefon ini berada dengan aku memandangkan aku masih belum memulangkannya.

Bila bercakap saja tentang telefon, telefon lama aku yang kena campak dalam kolam dengan Jungkook hari itu sampai hari ini tak hidup-hidup. Huhuhu sedihnya..

Nasib baiklah petang tadi aku dah beritahu Haerin yang aku berada di rumah Jungkook. Tak adalah dia nak risau sangat.

Aku memandang telefon Jungkook yang berada di tangan. Kalau telefon ni berada dengan aku, maknanya Jungkook tak ada telefonlah sekarang kan? Hmnn.. tak bosan ke?

Kini aku pula yang rasa bersalah. Dia sanggup buat apa-apa saja demi aku. Sedangkan aku? Penyebab dia kena kecam di sekolah adalah. Nampaknya aku perlu bersihkan semula nama baik Jungkook.

Telefon ini aku buka. Nasib baiklah Jungkook tidak meletakkan apa-apa password. Tak leceh nak buka.

Setelah slide ke tepi skrin telefon ini, terpapar terus gambar aku yang dijadikan sebagai wallpaper telefon ini.

Terharu.. terharu! Jungkook terlalu sayangkan aku tapi kenapa aku senang sangat kecut perut dengan amaran Puan Jeon dan bertindak meninggalkan Jungkook semudah ABC begitu je?

Hmnn.. Terasa bodoh..

Instagram Jungkook aku tuju. Kelihatan followers dia dah hampir mencecah Millions. Apak femes! Kalau nak dibandingkan dengan aku memang bagai ubi dengan kentanglah jawabnya.

Oleh kerana Jungkook ramai followers, terdetik satu idea di minda aku. Aku tersenyum comel. Harap idea ini bukannya idea bodoh.

Bahagian live aku tekan. Okay sekarang kita buat live guna ig Jungkook ye. Hee—

Baru sesaat aku buat live, dah sampai bilangan k orang yang menonton. Untung jadi pemes ni, terkenal sangat!

"Annyeong!" Aku melambai tangan di hadapan telefon sambil membuat peace.

"Hari ni saya nak buat sesi soal jawab dengan semua. Haa korang tanyalah apa-apa pun saya jawab," kata aku dengan ceria.

Pujaan Crush Malaun ◽ jjkWhere stories live. Discover now