21

2.9K 410 218
                                    

Malaun manapun dia, percayalah dia seorang yang setia 🌚

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Malaun manapun dia, percayalah dia seorang yang setia 🌚

————— ☻☻☻—————


Beberapa keping gambar dihempaskan di atas meja. Berkerut-kerut dahi Puan Jeon melihat gambar-gambar dimana anaknya, Jungkook, kelihatan mesra dengan Chaejun di jalan lapang sekolah itu.

Sudahlah dia dikejutkan dengan berita tentang Chaejun yang dituduh GRO di sekolahnya. Inikan pula anaknya sendiri yang buat hal?

"5k, Puan Jeon."

Puan Jeon memandang remaja lelaki yang berada di hadapannya ini. Dialah yang memberi dia gambar-gambar tadi. Kelihatannya dia seperti masih budak sekolah.

"5k? Kamu gila ke ambil gambar ni saja pun nak minta 5 ribu? Awak tu bukannya orang suruhan saya pun!"

"Kalau puan tak bagi saya duit, saya yang bernama Seungkwan ini akan sebarkan gambar-gambar ni di sekolah dan puan pun akan dapat malu sebab anak puan ada hubungan dengan GRO. Puan nak ke?" ugut Seungkwan, lelaki yang mengambil gambar tadi tanpa disedari Jungkook dan Chaejun.

"Haish! Ye lah ye lah!" Puan Jeon mendengus geram. Dia terus bangun dari duduknya dan pergi pergi dari situ.

Seungkwan tersenyum puas.

"Yesss.. Seungkwan bijak! Memang bijak! Hahaha! Senang betul cari duit ni."

Tidak lama selepas itu, Puan Jeon datang semula ke ruang tamu itu bersama sekeping kertas di tangannya.

"Nah 5k!" kertas berupa cek tadi dihulurkan kepada Seungkwan.

"Wohooo terima kasih, puan! Kalau puan perlukan perkhidmatan Seungkwan bijak ni, seru saja nama saya tiga kali, saya akan datang."

Puan Jeon menyilang tangan ke dada.

"Tak nak! Perkhidmatan kamu mahal! Kamu ingat orang kaya ni tak pokai ke?"

***

Kereta BMW berwarna putih itu diberhentikan di hadapan rumah agam mewah milik keluarga Jeon.

"Turun."

Jungkook membuka seatbelt yang berbelit di tubuhnya. Namun Chaejun yang berada di sebelahnya itu masih lagi terkaku. Perkara tadi dimana Jungkook mencium dia itu betul-betul membuatkan dia tergamam. Tidak berkelip matanya memandang ke hadapan tanpa langsung mendengar arahan Jungkook.

Pujaan Crush Malaun ◽ jjkWhere stories live. Discover now