07

2.8K 464 222
                                    

Crush yang baik adalah crush yang notice pada orang yang crushing pada dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Crush yang baik adalah crush yang notice pada orang yang crushing pada dia

————— ☻☻☻ —————



"Su-sunbae.. Tolong lepaskan saya.." rayu Chaejun membuatkan Taehyung menggulingkan mata. Sejak dari sekolah tadi lagi budak ini tak henti-henti menangis dan merayu untuk dilepaskan.

"Budak mentah.." katanya perlahan.

Kereta yang dinaiki mereka itu berhenti di hadapan sebuah kelab. Kelab ini juga telah dibuka memandangkan sekarang mula masuk waktu senja dan tak lama lagi juga sudah waktu malam.

Pintu belakang kereta tadi dibuka dari luar oleh dua orang lelaki bertubuh sasa yang tidak dikenalinya. Mereka berdua cuba menarik Chaejun untuk keluar dari kereta itu.

"Tae-taehyung sunbae! Tolong saya!"

Dia sudahpun menangis lalu meronta dengan sekuat hati. Tapi itulah, dia tidak berjaya melepaskan diri bila dipegang kemas oleh dua orang lelaki yang bertubuh sasa ini. Memang tak lawanlah dia!

Taehyung pula hanya tersenyum sinis lalu memakai cermin mata hitam.

"Ahjusshi! Go!" arah Taehyung kepada pemandunya. Pintu kereta itu lantas ditutup lalu mula bergerak meninggalkan Chaejun bersama dengan dua orang lelaki tadi di sini. Mereka berdua mula menarik Chaejun dengan paksa menuju ke dalam kelab.

"Tak nak! Lepas!" Chaejun meronta lagi tetapi tetap tidak berjaya. Muzik kuat disekeliling mereka juga membingitkan suasana bila mereka kini sudah tiba di dalam.

"Ahjusshi.. Tolong.. lepaskan saya.." rayu Chaejun lagi kepada dua orang lelaki ini.

"Diamlah budak!" jerkahnya membuatkan Chaejun terkedu. Dia lantas diam walaupun jiwa masih lagi dalam kelam kabut.

Sakit hati bila dia memikirkan Jungkook yang jadi punca semua ini. Nampaknya lelaki itu pula yang memijak maruahnya. Chaejun sekali lagi mengalirkan air mata. Perasaan benci terhadap lelaki itu semakin menjadi-jadi. Kenapa dia begitu kejam?

"So, ni lah anak buah Taehyung? Nice!" kata seorang lelaki yang berpakaian sut hitam pula yang baru tiba di hadapan mereka.

"Yes, boss!" kata salah seorang lelaki yang menariknya tadi.

Chaejun hanya diam dan menunduk ke bawah. Dia sudah tidak tahu untuk buat apa lagi. Menangis saja yang dia tahu.

Lelaki yang bersut hitam tadi mula memegang dagu Chaejun dan menariknya hingga terdongak ke atas.

"Pretty. Agaknya malam ni berapa banyak hasil aku boleh dapat dari kau ye?" soalnya sambil sebelah keningnya dijungkit. Chaejun hanya mengetap bibir bila air mata tidak henti-henti mengalir.

"Lepaskan dia!" terdengar suara dari seorang lelaki yang memakai tuxedo kemas, datang menghampiri mereka.

"Kau siapa?"

Pujaan Crush Malaun ◽ jjkWhere stories live. Discover now