LS 13

19.4K 753 20
                                    

Faizal mengelap darah di bibir. Nafasnya tercungap cungap.

"Ya, aku memang pembunuh. Dan kalau aku pembunuh, mestilah aku takkan takut untuk bunuh kau." ujar Luth. Kemudian dia mencengkam kolar baju Faizal dengan kuat

"Bunuhla aku." ujar Faizal perlahan. Luth terdiam.

"Kenapa? Tak berani?" soal Faizal. Luth tersenyum sinis sebelum muncung pistolnya diletakkan betul betul pada dahi Faizal. Menunjukkan bahawa tiada langsung gentar di hati untuk menamatkan riwayat lelaki itu.

Faizal hanya tersenyum nipis.

"Kalau kau tak bunuh aku, aku takkan berhenti dari mengganggu hidup kau. Aku akan terus buat Sandra menderita." ujar Faizal. Luth masih diam.

"Kenapa kau jadi macamni Faizal..?" soal Luth sambil lepaskan kolar baju Faizal. Faizal terjatuh ke lantai.

Sepi.

"Dulu kita kawan.. Kenapa sekarang ni kau nak hancurkan hidup aku..? Apa salah aku sampai kau benci sangat dengan aku?" soal Luth perlahan. Faizal memalingkan muka ke arah lain.

"Aku tak benci kau." ujar Faizal mendatar.

"Habistu apa?! Kenapa kau nak rosakkan hidup aku? Kau tahu betapa susahnya aku nak selamatkan Adra daripada ayah aku sampai Isyraf jadi mangsa. Isyraf sanggup kena bunuh semata mata nak aku selamatkan Adra. Kau tahu semua tu, Faizal. Sekarang bila Adra dah selamat, kenapa kau nak bahayakan dia balik? Kalau dia bercerai dengan aku, siapa nak jaga dia? Kalau dia bercerai dengan aku.. Macamana aku nak tebus kesalahan aku dekat dia?" soal Luth.

Faizal hanya diam.

Luth kemudian mencampakkan pistolnya ke arah dinding.

"To kill you, there's a price. Aku akan hilang kawan aku. Aku takkan jumpa kau lagi. Aku takkan dapat tahu apa salah aku sampaikan kau benci dengan aku." ujar Luth. Faizal bangun.

"And to leave me alive, there's a price too. Kau akan hilang Adra. Kau takkan jumpa dia lagi." ujar Faizal. Kemudian dia berlalu pergi. Luth bersandar di dinding. Rambutnya diraup ke belakang.
____________________________________

Pintu rumah dikuak. Luth memerhati sekeliling.
Semua berubah. Selalunya Sandra akan menunggunya pulang. Selalunya sudah ada hidangan di atas meja. Selalunya Sandra juga akan menyambutnya pulang.

Luth menghela nafas. Dia melangkah ke sofa sambil duduk di situ.

Tiba tiba ada satu mug diletakkan di hadapan Luth. Luth mengangkat muka.

"Tak tidur lagi?" soal Luth. Sandra menggeleng sambil duduk di sebelah Luth. Wajah Luth dipandang.

"Nah." ujar Sandra sambil menghulurkan satu sampul berwarna coklat.

"Masa I kerja dengan Teo,  I ada simpan duit sikit. You jangan risau, I akan berusaha untuk bayar duit you. Dan lepas I selesaikan hutang you, lepaskan I." ujar Sandra sambil menghulurkan sampul surat kepada Luth. Luth memandang sampul itu.

Luth menghela nafas.

"Adra.."

"No. Jangan cakap apa apa. Kalau you masih ada belas kasihan dekat I, tolong. Tolonglah lepaskan I. Tolong hormat keputusan I. I dah penat dengan semua ni." ujar Sandra.

"Aku lagi penat. Penat nak tutup semua." ujar Luth pantas. Sandra terpinga pinga.

"Lelaki dalam video tu, tu bukan aku. Tu Isyraf. Luth Alisyraf. Dia abang kembar aku. Kami sama. Memang sama. Isyraf ada dekat situ sebab nak cover aku. Supaya ayah aku tak perasan yang aku cuba belot dia. Ayah kau, ada hutang dengan ayah aku. Banyak sangat. Bila tak mampu bayar, ayah kau serahkan ibu kau dekat ayah aku untuk ayah aku lepaskan nafsu dia. Lepastu ayah aku bunuh ibu kau, sebab ibu kau nak buat laporan polis. Aku rasa bersalah. Tambahan lagi bila kau dah takde orang lain. Jadi aku nak selamatkan kau. Aku suruh Isyraf menyamar jadi aku. Isyraf dibuang keluarga sebab dia taknak ikut jejak ayah aku. Jadi Bila ayah tahu yang itu Isyraf, ayah aku bunuh dia. Mulanya, aku benci kau. Sebab nak selamatkan kau, Isyraf kena mati. Tapi.. Isyraf dah pesan dekat aku, jaga kau. Sebab tu aku jaga kau." ujar Luth. Kemudian dia menunduk.

"Aku rasa bersalah. Isyraf amanahkan aku untuk jaga kau, tapi aku tak jaga kau. Kalau aku jaga kau, Faizal takkan dapat buat kau benci aku. Kau takkan mintak cerai daripada aku." ujar Luth perlahan. Kemudian dia bangun.

"Jangan risau,  aku akan terus jaga kau walaupun kita berpisah. Kalau betul kau nak cerai. Kau simpanlah duit tu, mana tahu nanti kau perlukan bila kau hidup sorang sorang lepas ni." ujar Luth sebelum bangun dan terus berlalu ke biliknya. Sandra masih statik.

Luth menutup pintu bilik. Telefon diambil.

Nombor Faizal ditekan untuk menghantar mesej.

Aku akan ceraikan dia. Dan aku taknak kau ganggu hidup dia lagi. Biar dia hidup macam orang lain.

*Bluetick*

Luth menghela nafas.

Maafkan aku, Isyraf.



Luth Sandra [C]Where stories live. Discover now