LS 8

23.5K 803 32
                                    

Luth hanya memerhati tangan yang sedang bermain kiub rubik.

"Yeah! Rekod baru 32 saat!" ujar Syafiq teruja. Luth menggeleng.

"Kau ni tak padan dengan inspektor perangai macam jahanam." ujar Luth mendatar. Syafiq tersengih.

Itu Syafiq. Nama dia Nik Syafiq Ryz. Dia baru je pindah je sini. Kenalan baru. Baru tak baru, adalah dekat tiga tahun Syafiq dekat sini. Nak move on katanya. Entahla move on sebab apa.

"Macamana?" soal Syafiq tiba tiba. Luth mengerutkan dahi.

"Apa?" soal Luth bingung.

"Slow la kau ni. Bini kau tu la. Macamana? Terkejut tak dia bila dapat tahu siapa kau?" soal Syafiq teruja.

"Dia tak tahu apa apa lagi lah." ujar Luth mendatar. Syafiq melopong.

"What? Habis.. Habistu? Macamana kau kahwin dengan dia?" soal Syafiq pelik 

"Aku upah orang untuk jadi mak aku. Kononnya dia nak aku kahwin dengan perempuan yang aku tak suka. Perempuan tu pun kena upah jugak. Haha." ujar Luth sebelum menggaru tengkuknya.

"Ala bodo la kau." ujar Syafiq tak percaya.

Luth tersenyum lebar.

"Biarlah, at least dia percaya yang aku ada mak dan aku kahwin dengan dia sebab mak upahan aku tu suruh." ujar Luth.

"Baguslah tu. Kau kan, nanti kalau terniat nak buat novel, kau letak tajuk 'mak upahan' ha.. Rare sikit. Orang lain upah boyfriend atau girlfriend, kau upah makcik tua." ujar Syafiq. Luth tergelak.

"Lambat laun bini kau tu mesti akan tahu jugak semuanya." ujar Syafiq mendatar.

"Hmm.."
_______________________________

Sandra menyusun buku buku di atas rak. Siapa sangka, lelaki ais seperti Luth juga mempunyai koleksi novel. Haha.

Tangan mencapai sebuah novel lalu dibelek. Dia tak minat mana pun novel ni. So.. Untuk mengisi masanya yang lapang,  dia ambil jugak novel tu untuk dibaca.

Hmmph, baru dua muka surat dah rasa mengantuk. Haih.. Macamanalah mamat tu boleh baca satu rak novel yang setebal kamus dewan ni.

Ting Tong!

Sandra menoleh. Aik? Luth dah balik ke? Jam di dinding dipandang. 3.56 pm. Lambat lagi mamat tu nak balik! Habistu siapa yang tekan loceng tu?

"Jangan bukak pintu kalau ada orang datang. Even mama aku pun."

Gulp! Tapi...Dia nak tahu siapa yang datang tu!

Perlahan lahan kaki Sandra melangkah ke arah pintu. Bunyi loceng masih lagi kedengaran.

Nafas ditarik sebelum pintu dibuka.

"Arghhh!!!!"
___________________________________

Syafiq menggerakkan buah catur ke hadapan.

"Come on.. Nak checkmate dah ni." ujar Syafiq sinis. Luth berdecit sebelum melarikan Queennya.

"So easy man. Aku makan kau punya King ya?" soal Syafiq sopan sebelum buah caturnya digerakkan di hadapan lagi.

"Argh! Malaslah aku main. Kau takpelah, kecik kecik dulu dah kena sumbat dengan benda alah ni. Aku mana pandai main benda ni." rungut Luth. Syafiq tergelak.

"Kalah sikit merajuk." ujar Syafiq. Luth kembali ke mejanya untuk menyambung kerja. Telefonnya dilihat.

"Hmm.. Bateri habis. Malasla nak cas. Bukan guna pun." ujar Luth sendirian. Telefonnya diletakkan di tepi sebelum dia mula melakukan kerjanya. Syafiq bangun lalu meregangkan uratnya.

"Fuh.. Best betul aku kalau takde tugas macamni. Biasanya, setiap hari ada je kes." bebel Syafiq sambil melangkah ke arah meja Luth. Dia duduk.

Luth mengangkat muka.

"Aku rasa tak sedap hatilah" ujar Luth tiba tiba. Syafiq mengerutkan dahi.

"Kenapa?" soal Syafiq. Luth menjongket bahu sebelum menekan nekan kekunci.

"Biarlah, perasaan aku je kot." ujar Luth. Syafiq hanya diam.

"Weh, petang nanti kita singgah KFC nak?" soal Syafiq. Luth menggeleng.

"Malaslah aku. Lepas kerja nanti aku nak balik terus. Sandra tunggu aku." ujar Luth. Syafiq mencebikkan bibir

"Kau kan.. Sejak Sandra ada, kau lupakan aku. Sial betul.  Dahla, bye." ujar Syafiq sambil bangun dan menghentak kaki ke luar. Luth hanya memerhati sebelum menggeleng. Besar gedabak pun nak merajuk lagi.

Takpelah, takde effect pun kalau mamat tu merajuk. Tak bawak rugi pun dekat syarikat dia. Huhu.

Luth Sandra [C]Where stories live. Discover now