20 ; Pikat Awek Foodpanda Ke?

Comincia dall'inizio
                                    

"Kenapa awak marah?"

"Sebab awak tipu saya!Ingat bila kali terakhir saya ditipu?Saya sakit Soo Min.Fizikal dan mental saya sakit.Takkan awak pun nak lukakan saya?"

"Ini perkara kecil je Tuan.Kenapa Tuan nak marah sangat?"

Soo Min memejam mata,lebih baik dia tutup rapat mulut dia daripada terus bercakap.Dia tak boleh berfikiran waras apabila dia dimarah Taehyung,menyebabkan dia meletakkan segala kesalahan kepada Taehyung.

"Perkara kecil?" sayu suara lelaki itu kedengaran.Dia mengangguk sambil ketawa kecil.

"Okay Soo Min.Saya faham," dengan itu Taehyung akhirnya masuk ke dalam keretanya.Soo Min masih lagi tercegat.Itu sahaja?Itu sahaja yang Taehyung katakan?

Enjin kereta dihidupkan.Bunyi yang dihasilkan oleh enjin itu sungguh kuat,bagaikan singa yang sedang mengaum.

Bagaikan suara Taehyung yang sedang marah itu.

Taehyung menurunkan tingkap kereta,tanpa memandang Soo Min dia memberi satu pesanan ringkas.

"Esok saya pergi kerja sendiri,"

Kereta Lamborghini silver itu kemudian memecut laju.Air mata yang dari tadi ditahan,jatuh berderai membasahi pipi.

Sebenarnya,dia sendiri sudah lupa apa yang dia dan Taehyung bincangkan.Otaknya sungguh keliru dan mulutnya sekadar menghamburkan apa sahaja yang terlintas di hati.

"Soo Min!" suara Jimin membuatkan dia terhenti dari lamunan.

Jimin yang sedang berlari ke arahnya itu menunjukkan wajah risau.Bila siap membeli makanan,dia perasan yang Soo Min tidak berada di tempat mereka.

Bila dicari,gadis itu sedang berdiri berseorangan di tempat parkir.

"Kenapa ni?Tadi saya cari awak,"

Soo Min tidak menjawab.Seleranya sudah tiada dan dia bercadang untuk pergi sahaja dari situ.

"Hey," lengannya dipegang Jimin.Kalau dia masih ada tenaga,mahu sahaja tubuh Jimin ditolak.Suka hati dia je nak pegang-pegang orang.

"Makanlah dulu.Lepastu baru kita balik ya?" pujuk Jimin.Dia tahu sesuatu telah berlaku tetapi dia mengambil keputusan untuk terus berdiam.

Kepala yang masih tertunduk itu diangkat oleh Jimin.Air mata yang masih lagi membasahi wajah Soo Min dilap menggunakan kedua-dua ibu jarinya.

Sekali lagi,perasaan untuk menolak Jimin jauh daripadanya itu menebal.Tetapi dia tidak berdaya.Mungkin sekarang dia perlukan Jimin?Lantaklah kalau Jimin berniat jahat atau tidak,dia hanya perlukan seseorang sekarang.

"Muka awak pucat.Kita makan dulu ya?"

Kita makan dulu ya?"

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.
Phone Number ; Miss Me Boss? || KTH Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora