Hali: (bisik) Hmm...kena cari rumah barulah nampaknya...

Gempa mengerling Hali yang berada di sebelahnya. Macam rancang sesuatu saja suaminya ni.
.
.
.
DI PEJABAT

Gempa terasa sedikit gugup untuk keluar dari pintu lif yang terbuka itu. Hali yang menyedari keadaan Gempa pun terus menarik tangan isterinya itu.

Hali: Sampai bila kau nak tetap dalam lif tu? Sudah, jom masuk.

Gempa: Ugh...Cik Erin ada ke dekat dalam?

Hali: Mestilah ada. Kan sini pejabat.

Gempa: O-ok...

Gempa mengikut langkah Hali dari belakang lalu mereka pun masuk ke dalam pejabat yang masih tidak penuh itu.

Hali hanya berjalan lurus bersama Gempa di belakangnya. Dan tanpa mereka berdua sedari, terdapat 3 susuk tubuh yang sedang memerhatikan Gempa dari belakang.
.
.
.
Gempa duduk di meja kerjanya. Dia menghela nafas sebelum dia mula menghidupkan komputer pejabat untuk melanjutkan kerjanya. Dia tidak sedar, dirinya didekati oleh seseorang.

"Apsal aku rasa tak sedap hati pula ni...?"

Bham!

Gempa: Opocotbungaapi! Eh? C-Cik Sofia...

Sofia: ...kau tengah busy ke?

Gempa: Uuhh...tak. Kenapa ya?

Sofia: ...ikut aku.

Gempa: Ke mana cik?

Sofia: Ikut sajalah.

Dan tanpa banyak soal, Gempa pun mengikut Sofia dari belakangnya. Di dalam hatinya tidak putus-putus berdoa agar dirinya tidak diperendahkan seperti sebelum ini. Dia tidak suka marah orang lama-lama. Kerana itu bukan type Gempa.
.
.
.
Gempa: Uuhh...cik? Kenapa kita dekat sini?

Gempa terkejut apabila Sofia membawanya ke kawasan pantri pejabat. Dan di situ, terdapat Erin dan Fina yang sedang menunggu dan memandang Gempa tajam.

Sofia: Duduk.

Gempa tidak berkata banyak, dia hanya mengikut sahaja kata-kata Sofia.

Erin dan Fina berjalan mendekati Gempa dan Sofia yang sedang berada di meja tersebut. Mereka bertiga menatap Gempa dengan pandangan yang agak sukar untuk ditafsir.

Gempa: Umm...ada apa-apa yang boleh saya bantu?

Erin: Sudah cukup berpura-pura Gempa.

Gempa: Maaf...tapi kalau cik semua nak cari gaduh macam tempoh hari, saya tak berminat. Saya ada kerja lain yang harus dibuat.

Fina: Eh, sekejap Gempa!

Fina menarik tangan Gempa untuk menghalang Gempa dari berganjak dari kawasan itu. Gempa memandang ke arah Fina yang masih kaku untuk berkata-kata namun cuba beranikan diri.

Fina: Maafkanlah kata-kata Sofia dan Erin, Gempa. Mereka sebenarnya nak minta maaf dekat Gempa. Fina pun sama.

Gempa: Minta maaf?

Fina menanggukkan kepalanya sebelum melepaskan tangannya dan Gempa lalu dia menarik Sofia dan Erin mendekatinya.

Fina: Fina rasa...Erin dan Sofia lagi berhak berkata-kata. Jadi, Gempa tolong dengar ya?

Gempa meneguk ludah sebelum mengambil nafas dan menangguk sambil tersenyum. Mujur ada Fina. Tenang sedikit rasa gugup Gempa apabila bersama Erin dan Sofia.

Fina: Erin, Sofiey...cakaplah.

Erin: ...Gempa...

Gempa memandang ke arah Erin yang memanggilnya. Dia perasan yang Erin menggenggam erat tangannya seperti sedang cuba melawan perasaan takutnya.

From Me To You [✅✔✅]Where stories live. Discover now